10 November 2014

Lupakan Kisah Silam





"Sometimes The People With The Worst Past , Create The Best Future"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perkongsian angah kali ini tentang kisah silam. Anda mempunyai kisah silam? Angah sendiri mempunyai kisah silam yang buruk,tetapi bagi angah sendiri janganlah kita jadikan kisah silam yang teruk itu sebagai penanda bahawa kia sememangnya teruk.
Angah ada terbaca resipi kejayaan beberapa orang ternama yang mengatakan bahawa mereka pernah jatuh dahulu,barulah mereka bangkit daripada kejatuhan tersebut. Dengan kejatuhan atau kegagalan tersebut menjadikan mereka lebih berani untuk hadapi cabaran dan dugaan di masa akan datang.
Ada juga orang yang menjadikan kejatuhan sebagai satu batu loncatan untuk lebih berjaya. Kegagalan bukanlah suatu pengakhiran. Begitu juga dengan kejayaan. Kadang-kadang ada kejayaan yang hanya bersifat sementara,jadi sebagai seorang yang inginkan sesuatu yang positif dalam hidup,anda perlulah berusaha tanpa menoleh ke belakang.
Sekian. 
 
 


3 ulasan:

  1. betul tuh angah..kebykan orang yang berjaya akan merasakan kegagalan dulu..bersusah2 dahulu..bersenang senang kemudian..huhu

    BalasPadam
  2. kenangan buruk pasal kerjaya tu takdelah cuma kenangan buruk pasal tingkah laku je..time2 jahil dlu.hehe..arap anak2 x mengikut

    BalasPadam
  3. kisah silam jadikan pengalaman hidup untuk terus maju ke depan

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.