21 November 2014

Malaysia : Negeri Sembilan Darul Khusus



Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Pernahkah anda ke Negeri Sembilan? Apa? Belum? Sebenarnya angah dapat agak bahawa ramai rakyat Malaysia sendiri masih belum mengenali tempat asalnya sendiri. Jadi,apa kata kita membaca tentang asal usul negeri masing-masing? Kali ini angah nak memberitahu anda semua tentang Negeri Sembilan Darul Khusus.
Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan :
  • Selangor di utara;
  • Pahang di timur;
  • Johor di tenggara;
  • Melaka di selatan; dan
  • Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal MinangkabauSumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada 9 negeri seperti Johol JelebuKlangSungai UjongNaningRembauJelaiSegamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.



Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.

Asal Nama Negeri Sembilan

Nama Negeri Sembilan mula digunakan sejak abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian dari Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian dari Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagian dari Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian dari Pahang, dan Klang yang kini menjadi sebahagian dari Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding saiz Negeri Sembilan yang asal.

Negeri Sembilan terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, iaitu di bahagian selatan negeri Selangor. Negeri ini bersempadan dengan Pahang di bahagian timur dan Melaka serta Johor di bahagian selatan. Bandar Seremban, iaitu ibu negeri Negeri Sembilan, terletak kira-kira 60 km dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang baru di Sepang.

Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Jempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan. Sambil Banjaran Titiwangsa semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang getah dan kelapa sawit di sebelah barat.

Daerah


Negeri Sembilan pada asalnya diambil dari sembilan daerah iaitu dan dibakukan menjadi Negeri Sembilan. Pada masa kini tinggal tujuh.
  • Jelebu (جلبو)
  • Jempol (جمڨول)
  • Seremban (سرمبن)
  • Kuala Pilah (كوالا ڨيله)
  • Rembau (رمباو)
  • Port Dickson (ڨورت ديكسون)
  • Tampin (تمڨين)
Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-
  • Jelebu (جلبو)
  • Inas (اينس)
  • Johol (جوهول)
  • Rembau (رمباو)
  • Sungai Ujong (سوڠاي اوجوڠ)
  • Tampin (تمڨين)
  • Jempol (جمڨول)
  • Ulu Muar (اولو موار)
  • Gunung Pasir (ݢونوڠ ڤاسير)

Sumber : Wikipedia 

4 ulasan:

  1. Wah wah wah banyak jugak Kak Lya tahu ni ..Hari ni singgah sini belajar sejarah Negeri Sembilan ..Thnaks Angah

    BalasPadam
  2. Suka dengar org negori cakap. Hehe

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.