14 November 2014

Pisang Oh Pisang



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Dah lama tak makan Pisang."

Sememangnya dah lama angah tak makan buah pisang secara segar-segar. Terliur melihat gambar ni. Dengan betapa licinnya kulit buah itu,ditambah lagi dengan isi yang padat dan sedap. Memang tak dapat nak gambarkan betapa sedapnya buah pisang yang segar dan cantik macam dalam gambar ini.
Suatu masa dahulu,mak angah sendiri pernah membuat kek pisang. Kek yang sedap sebab ada rasa pisang. Angah sebenarnya bukanlah seorang yang terlampau suka dengan buah ini,tapi kadang kala nak juga rasa buah ni.
Angah suka buah pisang emas sebab rasa yang sedap. Pisang emas dalam bahasa inggeris ialah Lady Finger Banana. Haha,kenapa namanya Lady Finger?Entahlah haha. Tapi rasanya yang manis dan juga saiz yang kecil sangat sedap.
Angah tak berapa gemar dengan pisang goreng sebab kadang-kadang terlampau berminyak. Lagi satu angah pernah terkena apabila membeli pisang goreng yang dimasak menggunakan minyak yang sudah berbau. Hasilnya? Sudah semestinya bau yang tak sedap dan rasa yang pelik.
Pisang Oh Pisang

Apa-apa pun selagi mana kita hidup,kenalah merasa setiap makanan yang ada. 
 
 Sekian.
 

4 ulasan:

  1. Assalamualaikim jejaka hensem.. Ngeee.. Pisang baik untuk perkuhan.. Senang nak teeeetttt.. Hahaa

    Jom terjah entri baru papaglamz

    http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-kehebatan-seorang.html?m=1

    BalasPadam
  2. ummi ina baru je beli pisang tadi, tak berusik pun atas meja haha! btw tak sangka nama pisang emas in english lady finger banana.. menarik ^^

    BalasPadam
  3. Suka jugak pisang emas tapi lagi suka pisang lemak manis la Angah hehehe

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.