19 November 2014

R2Rick - Stay Tonight - New Artiste Music Review



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Artis baru yang begitu bagus! Itulah yang dapat angah katakan kepada pendatang baru dalam industri Muzik Malaysia. Kebanyakan artis baru di negara kita tidak dipromosikan secara meluas. Sesungguhnya sebagai seorang yang cintakan muzik,angah sememangnya akan terus menyokong pendatang baru dalam industri hiburan.
Baru-baru ini angah baru sahaja mendengar sebuah lagu yang tak kurang hebatnya. Ianya dipersembahkan oleh R2 Rick- Stay Tonight. Sememangnya bagi angah sendiri lagu yang dimainkan adalah begitu sedap dan merdu. 
Siapakah R2Rick?? 




R2Rick ialah seorang penyanyi dan juga seorang komposer yang semakin meningkat naik di negara kita. Beliau baru sahaja memulakan langkahnya dalam bidang ini dalam jangka masa setahun yang lalu.
Apa yang angah nak beritahu kali ini ialah berkenaan lagu terbarunya iaitu Stay Tonight.
Lagu Stay Tonight ini bagi angah sendiri berbeza dengan lagu-lagu yang lain, muzik yang rancak dan juga lirik yang begitu mendalam maksudnya. Ini merupakan salah satu lagu yang menggunakan music electronic sebagai bunyi-bunyiannya.Lagu ini boleh juga dijadikan sebagai pembakar semangat untuk orang yang hilang semangat.
 Jadi,apa kata anda semua pula cuba dengar lagu ini.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan artis baru ini :-


Official Fan Page - www.facebook.com/r2rick 
Official Release Channel - www.soundcloud.com/r2rick 
Semitrance Records - www.facebook.com/semitrancerecords

Pulse Soundworks - www.facebook.com/pulsesoundworks 

Sekian terima kasih.


1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.