4 November 2014

Review Blog #9




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi dalam rancangan Review Blog bersama DJH. Dah hampir seminggu angah tak review blog. Baiklah. Kali ini angah akan review 5 blog hebat-hebat yang angah peroleh daripada FANPAGE DJH.


1. http://www.cantikpermainan.com/


Blog pertama ialah blog Cantik Permainan. Motif tajuk blog macam tu? Tertanya-tanya buat seketika. Setelah dibuka blognya, rupa-rupanya ia ialah blog yang mempunyai banyak entri-entri berkenaan info2.
Patutlah header blog yang sangat ringkas. Apa yang angah dapat lihat ada banyak entri-entri yang berunsurkan hiburan dan juga info-info sedunia. Jom terjah blog ini. 


2. http://comot-pink.blogspot.com/


Blog seterusnya ialah blog Suara Dari Telapak Kaki Comel. Sememangnya blog ini sangat comel. Terpegun seketika bila angah tengok header blog yang cantik dan menarik. Selain itu,apa yang menarik minat angah ialah blog ini kelihatan macam sebuah diari. Sebab apa? Sebab dari segi entrynya,cuba anda lihat,entrynya seperti diari yang ditulis setiap hari. Terbaik!!
Loading blog yang mantap!! Apa lagi? Angah suka dengan semua yang ada dalam blog ini. Jom terjah blog comel ini!!

3. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/


Blog ketiga ialah blog Miss Banu Story. Blogger yang berasal daripada negeri Pulau Pinang ini telah bermula blogging sejak tahun 2009. Apa yang angah dapat katakan ialah blog ini mempunyai pelbagai entry. Sama ada entry giveaway,entry maklumat2, dan juga entry-entry lain.
Bagi angah ini adalah blog yang sangat hebat kerana dapat menarik jumlah pembaca yang banyak. Macam mana angah tahu? Angah nampak di widget yang diletakkan di sidebar. Good job!! Jom terjah blog ini... 


4. http://www.ianfaizal.com/


Seterusnya ialah blog ianfaizal.com. Sebuah blog yang menarik. Tiada header. Bila kita buka blognya,kita akan lihat ruangan seperti di dalam gambar di atas. Menarik bukan? Apa yang angah dapat tengok ialah pelbagai entry terdapat dalam blog itu. Selain itu,entry-entry terdahulu juga senang untuk dilihat dengan adanya widget-widget tertentu. Terbaik!!
Walaupun tiada header, tapi blog ini mempunyai daya tarikannya tersendiri. Apa-apa pun angah nak ucapkan selamat maju jaya kepada tuan punya blog!! 


5. http://mrsfara.blogspot.com/



Blog seterusnya ialah blog MRS FARA. Blog yang cantik. Pertama sekali,angah nak cakap yang loading blog ini agak slow. Angah terpaksa refresh banyak kali juga. Kalau loading blog lambat mungkin menyebabkan blog anda akan ditutup oleh orang lain. Dan mungkin juga loading blog lambat disebabkan internet angah yg lembab.
Apa yang angah suka ialah blog ini sangat simple. Header yang sangat simple dan kecil. Selain itu,senang untuk lihat entry-entry terdahulu. Ucapan angah ialah rajin-rajinlah update blog!! :D Jom terjah blog ini.

Sekian.

2 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.