4 November 2014

Tips Blog : Bounce Rate penting buat blogger??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



 Bounce Rate? 

Rasanya ramai blogger yang masih tidak tahu dengan maksud sebenar Bounce Rate. Bagi angah ianya adalah seperti suatu kadar yang menentukan sama ada blog itu bagus atau tidak. Bounce rate merupakan sesuatu yang patut dititik beratkan oleh setiap blogger untuk berjaya selangkah ke hadapan.

Apa Itu Bounce Rate?

Bounce Rate adalah merupakan kadar atau ratio satu halaman yang dikunjung, atau kadar pengunjung meninggalkan blog anda selepas kunjungan kali pertama. Ini bermakna, anda terima pengunjung atas satu-satu tajuk tertentu, dan kemudian pergi meninggalkan blog anda atau klik x. Ini bermakna, persinggahannya itu tidak melihat pun entri2 lain yang ada dalam blog anda pada kunjungan pertama dia tu.

Untuk lagi memahami , anda boleh lihat di dalam blog HasrulHassan.com. Angah mendapat segala info ini daripada blog beliau. - http://www.hasrulhassan.com/2014/04/apa-itu-bounce-rate.html

MACAM MANA NAK LIHAT BOUNCE RATE BLOG ANDA?

1. Bagi pengguna akaun Google Analytics, anda boleh lihat di disitu. Di ruangan overview, anda boleh lihat bounce rate anda mengikut hari,bulan dan juga tarikh.




2. Alexa Rank. Di bawah paparan ranking blog anda, terdapat paparan tentang bounce rate,daily pageviews per visitor dan juga daily time on site.


Antara Penyebab Bounce Rate Tinggi Dalam Blog

1. Seseorang pembaca itu hanya datang ke blog anda sekadar untuk melihat satu entri sahaja dan kemudian beredar dari blog anda.
2. Blog anda sekadar mempunyai entry yang mempunyai topik hangat yg bersifat sementara sahaja. Maka,anda mempunyai bounce rate yang tinggi.
3.  Bounce rate yang tinggi salah satunya menyebabkan blog anda tidak mendapat Buffered Earnings.
4. Kebanyakan blog yang mempunyai bounce rate yang rendah ialah blog yang mempunyai niche-niche sendiri.
5. Bounce rate dibawah 60% adalah dikira berjaya. Manakala bounce rate yang tinggi adalah bermakna kegagalan.

Sumber : Google | http://www.hasrulhassan.com/


14 ulasan:

  1. perkongsian yang bagus . terima kasih djh

    BalasPadam
  2. Adakalanya blogger terpaksa memilih antara bounce rate rendah atau pageviews yg tinggi. Jarang keduanya bersatu dengan baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. tapi angah ada dgr juga yg bounce rate rendah menjadikan ranking alexa lebih bagus..

      Padam
  3. Sebab tu penting ada candangan artikel tu macam linkwithin. so pembaca terus stay lama2 untuk baca artikel lain. hehehe Thanks share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. bila pembaca nampak entry lama,dia mungkin akan klik entry tu.. :D

      Padam
  4. Bounce rate saya semakin meningkat. Geram betul saya tengok.

    Klik untuk baca entry terkini saya > Q & A : Yang Mana Satu Idaman Kalbu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kan.. geram bila bounce rate tinggi.. bila rendah... rasa suka pulak :D

      Padam
  5. nice sharing.. terima kasih :)

    BalasPadam
  6. waaa..info yang berguna..ingatkan dulu bounce rate ni benda bagus, haha..sekarang dah tau dah.perlu improvekan lg

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.