8 November 2014

Tutorial : Letak Video YOUTUBE dalam entry blog.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH. Kebanyakan blogger suka untuk share pelbagai perkara dengan para pembaca termasuklah video-video menarik daripada Youtube. Tetapi yang menjadi masalah ialah bagaimana untuk meletakkan video tersebut di dalam entry blog?
Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Senang dan mudah sahaja untuk sesiapa berkongsi video daripada youtube terus ke dalam entry blog anda. Jom ikut cara mudah ini. 

KLIK GAMBAR untuk lihat dengan lebih jelas.

1. Log in ke blogger. Kemudian , klik untuk buat entry baru.

2. Pergi ke laman Youtube . Cari video yang anda mahukan untuk diletakkan di dalam blog.


Dah jumpa? Klik pada bahagian SHARE.

3. Klik pada bahagian Share,kemudian klik Embed . Kod embed ialah kod yang akan digunakan untuk diletakkan di dalam blog anda.




4. Pastikan anda menggunakan saiz yang sesuai.


5. Klik HTML pada bahagian Post di mana tempat untuk anda meletakkan video itu tadi.


6. Anda boleh ubah saiz mengikut kehendak anda.




7.Setelah itu,anda boleh klik bahagian Compose/Karang dan 
video itu akan kelihatan seperti ini.


8. Publish apabila dah oke dan segalanya sudah siap!!

Cara yang senang dan mudah bukan? Terbaik. Jadi selepas ini dapatlah kita bersama-sama untuk share video daripada Youtube ke dalam entry blog.


7 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.