10 Disember 2014

Datuk Siti Nurhaliza artis wanita paling menyerlah 2014




KUALA LUMPUR: Tahun 2014 bakal ditinggalkan tidak lama lagi. Kurang empat minggu lagi maka 2015 pula akan menyusul.Industri hiburan terus berwarna dengan pelbagai rencah cerita kejayaan dan kontroversi.Malah sepanjang tahun ini, BH Online boleh menyifatkan enam artis wanita ini antara yang cukup menyerlah dan menjadi sebutan. 
Mereka ialah Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Nora Danish, Rozita Che Wan, Dayang Nurfaizah dan Amelina terus unggul di liga masing-masing.Siti yang sudah bertahan hampir dua dekad terus ampuh sebagai penyanyi terbaik di negara kita. Penyanyi lagu Aku Cinta Padamu itu terus mengumpul trofi kejayaan demi kejayaan. Bukan dalam dunia nyanyian bahkan legasinya dalam dunia perniagaan turut diiktiraf.Usahawan terkenal itu baru-baru ini menerusi rangkaian produk SimplySiti miliknya serta pembabitan seni menjadi penerima Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards dan Jewel Of Muslim World Awards. 
Pada Anugerah Industri Muzik ke-21 yang diadakan awal bulan ini, Siti daripada lapan kategori memenangi tiga kategori iaitu Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita dan Rakaman Album Terbaik (Konsert Lentera Timur).Cuma di sebalik semua kejayaan itu, ramai yang begitu sabar menanti gembira daripada beliau mengenai sisi peribadinya iaitu menunggu zuriat hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K). Tarikh 21 Ogos lalu genap lapan tahun mereka berkahwin. 
Nora Danish turut menjadi perhatian. Malah kalau ada kategori Ratu laman sosial Instagram, ibu tunggal kepada Rayqal ini boleh dicalonkan. Beliau menjadi artis tempatan pertama menerima sejuta pengikut di laman bergambar popular itu.Malahan ada pihak yang sanggup menggunakan khidmat promosi produk dan perkhidmatan di laman Instagram. Beliau antara artis yang mengenakan caj pengiklanan tertinggi di laman berkenaan. 
Difahamkan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 untuk tempoh dan hari tertentu.Daripada sudut kerjaya, beliau juga antara yang laris diberi peranan penting. Tak kira menerusi medium drama, filem mahupun teater. Nora turut diburu syarikat produk kecantikan untuk menjadikan beliau sebagai duta.Kesudahan cinta beliau dengan Nadeem Nazri turut ditunggu ramai. Apakah Nora bakal menamatkan zaman solonya? Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak namun perkahwinan pertamanya tidak bertahan. 
Nama Erra juga masih diingati saat ini. Perkahwinan keduanya yang berakhir Februari lalu turut menghambat beliau dengan gosip yang mengaitkannya dengan orang kenamaan. Erra baru-baru ini pantas mengakui dirinya sedang mengenali seseorang.Pengakuan itu diharap dapat memadamkan gosip bukan bukan yang menerjah dirinya. Erra kini juga terus laris sebagai pelakon dan pengacara.Ketika ini beliau sedang rancak berlatih untuk pementasan teater Takhta 3 Ratu yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 13 Disember. 
Rozita Che Wan masih menjadi perhatian. Biarpun sudah berkahwin dengan Zain Saidin hujung tahun lalu, popularitinya dianggap belum tergugat. Kehadiran bayi comel hasil perkongsian hidup mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana turut mencuri tumpuan ramai.Aaisyah dilahirkan pada 1 November lalu secara normal di Hospital Pakar Ampang Puteri. Malah kehadiran Aaisyah turut membuatkan ramai wanita di luar sana untuk berkahwin dan mendapatkan zuriat. 
Di sebalik yang menghentam Rozita bersolek cantik selepas melahirkan anaknya beberapa jam untuk muncul dalam program H!live di Astro, ada juga yang memuji imej beliau supaya tetap kelihatan menawan tak kira dalam apa jua keadaan.Tahun 2014 juga boleh dianggap sebagai tahun kebangkitan semula Dayang Nurfaizah di arena seni. Penyanyi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu tahun ini cukup menyerlah dengan lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik nukilan Rudy Imran. 
Tuah menyebelahi Dayang kerana lagu itu turut dijadikan lagu tema drama popular di TV3 iaitu Ariana Rose. Malah tahun ini juga genap 15 tahun pembabitan beliau di arena seni dan meraikan tempoh itu turut diadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas.Lagu Di Pintu Syurga benar-benar menaikkan momentun kerjaya seninya. Lagu berkenaan turut mara ke Anugerah Juara Lagu ke-29 yang akan berlangsung pada 18 Januari depan. Dayang turut terbabit dalam program Mentor Legend di TV3. 
Tak ketinggalan Amelina yang pernah mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia di era-90 itu membuat kemunculan semula bulan lalu. Selepas 15 tahun menghilangkan diri, Amelina kembali dan dilihat bakal menyemarakkan semula irama muzik dangdut yang kian terpinggir.Amelina menghilang sekitar tahun 1999 dan difahamkan ketika itu beliau memilih untuk berkahwin. Berita kehadiran Amelina dikatakan bakal menyertai kembali dunia seni dihidu selepas pertemuan santai beliau dengan penyanyi Maya yang popular dengan lagu Matahari. 
Akhir sekali, bakat cilik Puteri Balqis yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 di TV3 baru baru ini disifatkan sebagai pelapis generasi dunia lakonan yang wajar diperhatikan.Biar kategori itu dipertikaikan sesetengah pihak kerana melihatnya belum cukup 'wanita', Puteri Balqis boleh terbang tinggi jika kena pada percaturan dan gayanya. Beberapa selepas kemenangan itu namanya diumumkan sebagai calon anugerah di peringkat Asia pula.Beliau dicalonkan untuk Asian Television Award 2014 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik yang akan diadakan di Singapura 11 Disember ini.




Oleh Zaidi Mohamad : Sumber : Berita Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seronok kan baca tentang dunia artis,macam-macam perkara berlaku. Ada kisah pahit dan ada juga kisah manis. Bilalah angah akan jadi artis dan sehebat seperti mereka ini? 

4 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.