31 Disember 2014

INDIVIDU sebar berita palsu banjir ditahan - KPN






Sumber : Berita Harian

SUBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan seorang individu yang terbabit menyebar berita palsu mengenai bencana banjir. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat di Kuala Lumpur, dua hari lalu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. 
"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan siasatan masih dijalankan. 
"Individu yang menyebar ini ramai, lebih dari empat orang. Kita sedang kesan mereka ini," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Redland Aviation Service Sdn Bhd, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di sini, sebentar tadi.
...........................................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Akhirnya ada juga usaha untuk membanteras kes jenayah sebarkan berita palsu. Apa yang angah dapat lihat,kebanyakan orang zaman sekarang lebih mempercayai berita yang disebarkan oleh orang ramai,berbanding berita yang benar-benar sahih.
Kononnya bila ramai yang sebarkan sesuatu cerita itu,bermakna ianya tepat. Padahal ianya adalah suatu rekaan oleh makhluk durjana yang bernama manusia. Geram bila angah lihat,banyak info2 yang tidak sahih disebarkan,dan kita sebagai seorang yang tidak tahu apa-apa,ditipu secara hidup-hidup.
Angah harap agar pihak berkuasa dapat membanteras jenayah ini,kerana apa? ianya adalah satu jenayah FITNAH. Kalau berita itu direka-reka bukankah ianya adalah FITNAH?
Sekian. 

5 ulasan:

  1. Sepandai-pandai tupai lompat2 ke tanah juga akhirnya.

    BalasPadam
  2. Atas keyboard pandai je cakap tapi bukan nak pergi tolong mangsa banjir

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah taw nak sebar berita palsu saja

    BalasPadam
  4. tu la , kan da kena tangkap . ambil kesempatan ni

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.