2 Disember 2014

Johan Mengaku Ozlyn Lahir Puteri Sulung 25 Nov Lalu






Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelawak dan penyampai radio Era.fm Johan akhirnya membuat pengakuan terbuka telah menimang cahaya mata perempuan sejak lima hari lalu.Sebelum ini sebuah blog hiburan pernah mendedahkan kelahiran bayi perempuan pasangan Johan dan Ozlynn kira-kira dua hari selepas dia dilahirkan, namun ketika Astro Gempak menghubungi mereka (Whatsapp) untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut, mereka tidak memberikan apa-apa klu mahupun jawapan.
Ozlynn cuma memberitahu kepada Astro Gempak mengenai sekeping foto dia dan seorang bayi dan memberitahu si comel tersebut merupakan anak kepada pelakon Didie Alias bukan bayinya seperti yang didakwa blog hiburan tersebut. 
Bagaimanapun, Johan menerusi akaun Instagram yang dikongsi bersama isterinya @Jozlynnhanania telah memuat naik sekeping foto dan kapsyen dan mengesahkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan sulung seberat 4.11 kilogram pada 25 November lalu.Menerusi perkongsian tersebut, Johan turut memberitahu anak dan isterinya berada dalam keadaan sihat. Dalam pada itu Johan turut menulis tidak akan mendedahkan wajah penuh anaknya itu sama seperti yang dilakukannya sebelum ini. Johan juga tidak menyebut nama puteri sulungnya itu. 
Berikut merupakan kapsyen yang telah ditulis Johan pada foto yang dikongsinya pada petang Ahad: 

Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya.. maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian.. moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin.. 
Sumber : Astro Gempak

Dunia artis sememangnya penuh warna warni. Kehadiran anak mereka juga turut menjadi salah satu perkara yang perlu diketahu para peminat. Apa- apa pun,tahniah Johan.

5 ulasan:

  1. tahniah johan dan isteri.. suke follow ig beliau.. bestt :)

    BalasPadam
  2. first time diorng dpt anak perempuankan..
    sblom nie 3 orng hero

    BalasPadam
  3. saya sudah review blog Tuan..maaf kalau ada kesilapan

    http://www.syukurnyasihat.com/2014/12/review-blog-2-diari-jejaka-hangat.html

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.