29 Disember 2014

Karnival Jom Heboh di Shah Alam ditunda



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sememangnya ianya sudah diputuskan. Konsert yang angah rasa sememangnya tidak patut dilakukan buat masa ini. Kerana apa? Kerana banjir teruk yang telah melanda beberapa negeri di negara kita. Bagus TV3.


Jom lihat entry daripada Berita Harian 



KUALA LUMPUR: Berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur, TV3 mengambil keputusan untuk menunda tarikh Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di ICT Shah Alam esok dan Ahad ini.
Tarikh baru akan dianjak pada tahun 2015.
Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang membatalkan semua sambutan dan program hiburan sempena Tahun Baharu bagi menghormati mangsa banjir,
Walaupun Karnival Jom Heboh di Shah Alam ditunda, pihak pengurusan TV3 terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk manfaat bersama.TV3 bersama warga Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, sudah mengadakan solat hajat dan bacaan doa petang tadi bagi memohon keselamatan untuk penduduk yang terjejas dengan bencana banjir ini.
Ia adalah aktiviti yang sering dijalankan setiap kali Karnival Jom Heboh diadakan.

2 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.