17 Disember 2014

Kenapa saya suka KFC (Kentucky Fried Chicken)




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak daripada angah kecil lagi,family angah telah memberi angah makanan segera yang paling popular di Malaysia iaitu Kentucky Friend Chicken. Dahulu,angah tinggal di Kuala Kangsar,dan KFC Kuala Kangsar yang terletak di tengah-tengah bandar merupakan tempat yang selalu dikunjungi.
Kemudian berpindah pula ke Beruas,Perak. Di Beruas tiada sebarang kedai makanan ini,jadi terpaksalah ke bandar-bandar besar seperti Sitiawan,Manjung dan juga Lumut kalau mahu merasai kesedapan makanan ini.

Selepas itu,kami berpindah pula ke Kulim,Kedah. Alhamdulillah,di Kulim terdapat lebih daripada satu kedai KFC. Ada yang terletak di tengah bandar,ada juga yang terletak di pasaraya Giant. Jadi,agak mudah untuk membeli KFC. Walaubagaimanapun, waktu untuk makan KFC juga sudah berubah,ianya hanya mengikut waktu dan ketika sahaja,dan bukanlah setiap hari. 



Kini,apabila angah belajar di Shah Alam,angah sering membeli KFC di kedai KFC yang terletak di seksyen 2. Selain itu,angah juga akan pergi ke mana-mana sahaja kedai KFC yang terdekat.



Makanan Yang Paling Angah Suka?



Sudah semestinya ialah Cheesy Wedges. Adik beradik angah juga suka makanan ini. Mungkin kerana kesedapan cheese dan juga bahan brwarna keemasan tersebut. Kalau ke kedai KFC bersama keluarga,sudah semestinya lebih daripada 2 bekas makanan tersebut akan dipesan.
Kalau diikutkan,keluarga angah lebih suka ke KFC berbanding kedai maknan segera yang lain. Semuanya disebabkan harga yang berpatutan dan juga kelazatan makanannya.

Anda Bagaimana? 

11 ulasan:

  1. cheeze wedges kegemaran khaty juga..tambah sos cheeze lebih ckit..yum..yum..lapaq kfc plak..

    BalasPadam
  2. tahn ia bagus juga sesekali ya...ada promosi kadang kala ..kat KFC..sedap ..dah follow blog Etuza ke ..

    BalasPadam
  3. saya pon macam family angah, fastfood yang ayah selalu beli adalah KFC sebab dia ayam n boleh dijadikan lauk untuk makan ngan nasi, kalau besdar pon ayah selalu belanja kfc, masa tu saya suka whipped potato, sedap gile rase huhu

    BalasPadam
  4. dulu masa studi selalu jugak ke kFC dekat PKNS seksyen 2 shah alam... heheh

    BalasPadam
  5. Join join giveaway di blog. Menang RM100 dengan komen banyak banyak
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    BalasPadam
  6. saya pun suka gak makan KFC lagi2 bila keluar outing ngan kawan mse dok ostel dulu..skang bila dah kat U rasa nak tukar selera pulak..hihi

    BalasPadam
  7. seppp sikit!!! paling suka cheesy wedges.. tapi kfc skrg dah macam2 variety side dish ada tauuu.. nak cake dessert pon ada..nyummmsss

    BalasPadam
  8. Cheesy Wedges memang menjadi kesukaan Kak Lya dan anak2 jugak angah hehehe

    BalasPadam
  9. Selalu mintak cheese lebih dan coslaw besar kalo pergi kfc. hehe.

    BalasPadam
  10. Papaglamz suka wedges die. Sedap..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.