16 Disember 2014

Konsert Maestro Johari Salleh






Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada tanggal 13 Disember 2014 yang lalu,angah dan rakan-rakan telah ke sebuah konsert yang sangat menarik dan hebat. Konsert tersebut telah berlangsung di Angkasapuri , RTM. Konsert ini dikenali dengan nama KONSERT MAESTRO JOHARI SALLEH. 
 Sejujurnya, ini merupakan kali pertama angah melihat orkestra RTM bermain muzik di hadapan angah dengan nyata. Selain itu,sebelum ini angah tidak pernah kenal dengan Dato Johari Salleh,mungkin ilmu muzik angah masih belum mantap lagi untuk mengenal nama-nama hebat dalam bidang seni di Malaysia ini.



Walau bagaimanapun,bilamana angah melihat konsert yang sebegitu gah dan hebat,angah cukup terpesona melihat bagaimana orkestra ini bermain. Dan mulai saat itu,angah bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripada pemuzik di dalam orkestra tersebut. In shaa Allah.





In shaa Allah,angah akan berusaha untuk menjadi seorang pemuzik yang betul-betul mampu memberi kesan kepada dunia. Jangan ingat bahawa muzik hanya untuk hiburan semata-mata. Muzik juga mampu menjadi dakwah!

3 ulasan:

  1. Wah tingginya cita2.. semoga menjadi kenyataan amin....
    Nak menang RM100, RM50 dan hadiah misteri... jom join G A di blog saya….
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    BalasPadam
  2. Wahh seronok ler tuu..All the best Angah..Semoga cita2 tercapai..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.