2 Disember 2014

Pemain Bolasepak Harimau Malaya perlu jauhi perlakuan negatif




KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya menjauhi segala perkara negatif dalam berdepan dengan Vietnam pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki. 
Merujuk insiden penyebaran sebuah gambar penyerang kebangsaan, Safee Sali yang sedang merokok, beliau berkata pemain harus lebih disiplin dalam dan luar padang untuk membolehkan mereka lebih bersedia dalam perlawanan itu. 
"Jangan merokok kalau nak fit (cergas), kena tidur awal, fikir positif dan makan (makanan) baik. Macam mana hendak jadi juara kalau merokok. 
"Saya harap jurulatih pasukan, Dollah Salleh fokus dan tingkatkan permainan dalam padang...jangan buat perkara negatif," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan banjir di sini, sebentar tadi. 
Semalam, FAM memberi amaran keras kepada Safee berhubung kes memegang rokok ketika `lepak minum' bersama rakan sepasukannya di Kota Singa yang tersebar luas di media sosial, baru-baru ini. 
Biarpun dihimpit kontroversi berkenaan, Safee berjaya menutup mulut pengkritik dan membuktikannya di atas padang apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan selama setahun setengah bersama skuad Harimau Malaya dengan ledakan pada minit ke-60 pada aksi di Stadium Nasional, Kallang itu.

SUMBER : Berita Harian 

Pendapat angah :

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pendapat angah sendiri berkenaan isu ini sememangnya sama dengan apa pendapat anda. Sememangnya bila ada perlawanan sebegini,sudah semestinya ada banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak lawan kita,begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, sebagai orang yang mahukan kecergasan,merokok bukanlah suatu yang sesuai.

3 ulasan:

  1. merokok bkn pilihan tepat bg mereka yg memg memerlukn kecegasan..
    yg pasti, jauhi rokok itu adlh yg terbaik

    BalasPadam
  2. Sama2 menjaga adab sopan walau di mana berada ..pasti org lain akan ebih menghormati kita ...

    BalasPadam
  3. Dah jadi orang pemes kena lah jaga perilaku ... Lagipun merokok memang membahayakan kesihatan Si Perokok dan jugak orang2 sekitar nyer ... Katakana TAK pada rokok ... Wallahua'lam ...

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.