4 Disember 2014

Putrajaya & MAHA 2014 : Bersama Family




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini angah nak bercerita tentang apa yang angah buat bersama keluarga. Pada tanggal 29 dan 30 November yang lalu,keluarga angah telah ke ibu negara iaitu Kuala Lumpur dan bermalam di rumah saudara angah yang tinggal di sana. Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk menghantar angah pulang ke Shah Alam,memandangkan Shah Alam dan Kuala Lumpur tidaklah jauh mana.

Alang-alang sudah berada di Kuala Lumpur,kami sekeluarga bertolak dan melancong ke pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya. Sememangnya ada ahli keluarga angah yang belum pernah ke sana. Angah sudah beberapa kali ke Putrajaya. Apa yang menarik ialah, apabila bersama keluarga,jalinan hubuhangan kekeluargaan semakin erat. Memang terbaik. Kami berjalan di sekitar kawan Putrajaya, Masjid Putrajaya. 



Selepas sahaja kami ke Putrajaya,seterusnya kami ke MAHA 2014. Apa itu MAHA? Ia merupakan pameran pertanian dan lain-lain yang merupakan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara. Sememangnya keadaan di situ begitu berasak-asak memandangkan ianya merupakan hari terakhir. 
Penuh sesak kawasan tersebut dengan pelbagai lapisan masyarakat, apa yang angah terkilan,susah untuk sesiapa sahaja untuk datang,memandangkan pengunjung perlu menaiki bas dari padang kawad UPM untuk ke kawasan pameran. Sudahlah perlu berhimpit-himpit,selain itu,ramai orang,maka itu sememangnya tidak patut terjadi.
Walaubagaimanapun,penat berjalan di pameran tersebut,memandangkan kawasan tersebut sangat luas. Banyak pameran  menarik yang telah dipamerkan,pelbagai produk tempatan dan luar negara telah dikongsikan oleh mereka.

Sekian. 

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.