3 Disember 2014

Review : Gelang Penghalau Nyamuk - Bugslock




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa itu Gelang Penghalau Nyamuk??

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. 
 Bagaimana angah dapat gelang ni?

Untuk pengetahuan semua,angah merupakan salah seorang pemenang dalam Giveaway Bugslock ini. Alhamdulillah,apabila dah menang,maka sudah tibalah masanya untuk angah menceritakan keberkesanan produk ini. Sememangnya bagi angah sendiri,gelang ini merupakan sesuatu yang kreatif kerana sebelum ini angah belum lihat lagi gelang yang seumpama itu di negara kita.

Keberkesanan




Pendapat angah ialah,produk ini merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan. Beberapa hari yang lalu angah telah menggunakan produk ini ketika waktu malam,di mana angah sekeluarga bermalam di sebuah rumah yang baru sahaja didiami saudara angah di Kuala Lumpur.
Sudah menjadi lumrah,apabila rumah baru,sudah semestinya banyak nyamuk yang berkeliaran,maka pada waktu malam, angah memakai gelang tersebut, dan ternyata bahawa gelang ini dapat elak kena gigitan nyamuk. Kalau sebelum ini,saudara angah merungut bahawa banyak nyamuk dirumahnya,tetapi pada malam tersebut,boleh dikatakan hampir tiada nyamuk yang menghampiri. Sememangnya dengan memakai produk ini , ia merupakan cara mengusir nyamuk yang paling berkesan

 Cara Penggunaan

Bagi angah sendiri kekreatifan produk ini patut dipuji. Sememangnya idea produk ini sangat menarik kerana sesiapa sahaja boleh memakai gelang ini. Selain itu,gelang ini mempunyai jangka hayat yang cukup panjang iaitu selama 240 jam,jadi sudah semestinya keberkesanan produk ini adalah di tahap maksimum.
Kita boleh memakai gelang ini pada bila-bila masa termasuklah semasa beriadah,memancing,dan juga melancong. Sememangnya ia merupakan cara yang berkesan untuk menghalau nyamuk daripada menghampiri kita.

Pure Natural Bugslock

Angah mengesyorkan anda semua untuk segera membeli dan mempunyai gelang ini sebagai langkah pencegahan nyamuk,kerana ianya sememangnya berkesan untuk segala masalah berkaitan nyamuk. 

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

11 ulasan:

  1. Wah, bagusnya... akak nak pi beli xbeli2 lagi untuk baby...huhu

    BalasPadam
  2. kak kathy baru nak buat entri review ni angah..terkejar² jugak ni...

    BalasPadam
  3. Best kan Bugslock tu..
    Jemput join Mini GA saya di
    sini

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    BalasPadam
  4. shad pun dah try nih, best..
    dari segmen sama, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html

    BalasPadam
  5. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.