9 Disember 2014

Senarai Penuh Keputusan AIM 21

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sumber : Astrogempak


Mungkin angah terlambat sedikit untuk update tentang pemenang bagi Anugerah Industri Muzik ke 21. Sememangnya anugerah berprestij tersebut telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada penyanyi No 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza kerana berjaya menggondol tiga anugerah. Beliau mengekalkan kecemerlangan beliau di dalam industri hiburan dengan sungguh hebat. Bagaimana seseorang artis mampu menjadi sebegitu konsisten? 

Apa-apa pun jom kita lihat senarai pemenangnya. 

Anugerah Sri Wirama AIM21

Datuk Ramli Sarip

Lagu Terbaik AIM21
No More - SonaOne

Album Terbaik
Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito, Mujahid Abdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Dato' Siti Nurhaliza)

Artis Baru Terbaik
Poova

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki)
Akim Ahmad - Mewangi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Lebih Indah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)
Azhael - Hujung Waktu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia

Kulit Album Terbaik
#1 - Stacy (Wan Izhar)

Rakaman Album Terbaik
Konsert Lantera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza (Greg Henderson)

Video Muzik Terbaik
Falling - Yuna (Yuna & Zul Luey)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Akar Kita Zapin - Ihab Ismail (ciptaan sepenuhnya Ihab Ismail)

Lagu Nasyid Terbaik
Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) - Iwan Syahman & Iwan Junior (ciptaan sepenuhnya Iwan Syahman & Iwan Junior)

Lagu Rock Terbaik
Rentak Laguku - Bunkface ft Amy Search (komposer: Sam Bunkface / Penulis Lirik: Bunkface)

Lagu Pop Terbaik
Sesal Separuh Nyawa - Alyah (komposer: Rizal Tiga & Adil AF / Penulis Lirik: Alyah & Shah Shamsiri)

Lagu Hip Hop Terbaik
Apa Khabar - Joe Flizzow ft SonaOne (komposer: Joe Flizzow & SonaOne / Penulis Lirik: Joe Flizzow)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
No More - SonaOne (ciptaan sepenuhnya oleh SonaOne)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Salahkah - Hafiz Suip & Dato' Rossa

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan (Aubrey Suwito)

Tahniah diucapkan..

2 ulasan:

  1. tengok aim baru tau sonna one tu orang malaysia..sobss.. sleng english dia xmcm malaysian lahhh/.

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.