1 Januari 2014

Khas Untuk Lepasan SPM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ini khas untuk Lepasan SPM. Mesti ada yang tengah memikirkan mahu sambung ke mana? atau "Dimana aku nak pilih untuk sambung study?" "Universiti mana yang bagus??","Susahlah kalau amik asasi,semua budak pandai.", "Apalah sangat diploma tuh..", "Form 6 ni macam budak sekolah je."
Ini adalah nasihat atau benda penting yang perlu anda tengok.
Yang Pertama:-




Ini adalah rahsia-rahsia untuk orang yang gagal. Anda perlu pastikan bahawa anda tidak mempunyai semua sifat rahsia ini di dalam diri anda.
Yang Keduanya :- 


Kenali diri anda,ketahui kekuatan anda dan kelemahan anda. Ketahui bidang yang sesuai untuk anda.Ketahui juga segala-galanya dahulu.
Yang Ketiganya :- 


Ketahui pilihan laluan selepas SPM anda.
Yang Kelima :-


Ketahui perbandingan antara setiap cabang pembelajaran yang akan anda pilih.Buat pilihan yang bijak.
Yang Terakhir :- 


Tawakal dan berserah diri kepada Yang Maha Esa.

Ketentuan yang telah ditetapkanNya adalah yang terbaik. Terima dan yakin dengan segala yang ditetapkan.In shaa Allah,anda pasti akan berjaya.
Walau dimana pun anda berada,proses belajar tetap berlaku.Apa yang penting sentiasa bersemangat untuk maju ke depan.Pedulikan apa yang orang lain nak kata,yang penting diri kita sendiri.
Sekian.

Sumber : Halatuju

Read more ...

Pemenang Review Blog Djh 2014 :D





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang tibalah masanya untuk angah umumkan pemenang Review Blog DJH 2014.Tak tahu pun ada segmen?? Anda tentunya tak alert dgn post angah di FB.Walau apa-apa pun..
Ini lah pemenangnya :-

6 Pemenang


Terima Kasih diucapkan kepada blogger Syira Lokman .Review yg baik dan best.Hehe,rasa seronok je bila baca entry itu.Sape yang tak seronok kan??Bila direview?? Klik gambar di atas untuk lihat entry tersebut.
Hadiah : Facemask & Collagen Eyemask


Terima Kasih diucapkan kepada blogger Fatimah Azzahrah kerana sudi sertai segmen simple ini.Review yang menarik walaupun hanya sedikit :D Tekan gambar untuk ke entry review :D

Hadiah : Fridge Magnet 


Terima kasih diucapkan kepada blogger Asha Lya yang sentiasa menyokong DJH.Review yang menarik dan the best. :D Klik gambar untuk ke entry review.
Hadiah : Hadiah istimewa daripada DJH


Terima kasih diucapkan kepada blogger Sharwani kerana turut serta segmen simple ini.Tak layak lagi nak kutuk DJH?? hehe..semua orang layak nak kutuk..jom kita kutuk sesama blogger?? :D Klik gambar utk ke entry review.
Hadiah : Topup RM 5



Angah nak berikan pujian kepada blogger  Iman kerana membuat entry review yang kreatif dan menarik.Review yang menarik sangat.Hampir semua part dalam blog blogger ini review.Nak tahu?? Klik gambar untuk terus ke entry itu.
Hadiah :  Keychain dri Sarawak 
 


Terima kasih diucapkan kepada blogger Wafi .Review yg simple dan menarik.Terima kasih..dan tahniah.
Hadiah : Keychain dari Sarawak
Penghargaan
Sejuta ucapan terima kasih angah ucapkan kepada mereka semua yang sanggup berpenat lelah,bersengkang mata dari pagi sampai ke tengah malam,untuk menyiapkan entry review Blog DJH. Terima kasih kerana sudi mereview blog DJH.
Blog DJH masih lagi seperti blog-blog yg lain.Masih banyak yang perlu diperbaiki.Harapannya supaya anda semua sentiasa menyokong dunia blogging.Sama-sama kita mewarnai dunia blogging ini.
Selain itu,ucapan tahniah juga untuk mereka kerana telah terpilih untuk menerima hadiah!! :D
Sila PM DJH di Fanpage :-

Nama :
Alamat :
Entry Review :
No Telefon :

Read more ...

10 TOPIK PALING TRENDING DALAM DUNIA HIBURAN TEMPATAN SEPANJANG 2013

Bermula dengan rasa suka-suka untuk membuat parodi di Youtube, mereka kini mula dikenali ramai dengan angka ‘followers’ yang begitu tinggi. 
Berikut merupakan 10 topik paling trending dalam hiburan tempatan pilihan kami :
1) Bobo – Shae ‘Sayang’
Mula dikenali menerusi lagu Shae berjudul Sayang apabila Bobo telah meniru aksi penyanyi tersebut. Tidak dinafikan ada yang suka kerana bagi mereka parody tersebut merupakan satu hiburan, namun tidak kurang juga yang tidak gemar.
Bobo kini telah menandatangani kontrak bersama bersama Metrowealth International Group (MIG).

2) Gwiyomi
Gwiyomi telah menjadi satu fenomena kedua terbesar di Malaysia selepas ‘Gangnam Style’ dan ‘Harlem Shake’. Ianya bermula sebagai sebuah lagu, namun aksi comel penyanyi asal lagu tersebut, Hari, telah mendapat perhatian dan menjadi ikutan.
Selain itu, pengaruh salah seorang artis K-pop dari kumpulan BTOB, Ilhoon juga merupakan salah satu pengaruh dan telah menwan hati peminat0peminat di Asia sehingga menyebabkan trending di Youtube dan juga Twitter.

3) Syasya Solero – Macam Cantik Je
Bermula dengan hanya suka-suka, aksi comel oleh wanita yang dikenali sebagai Syasya ini dengan aksi mata yang besar menyebut “Macam Cantik Je, Macam Comel je” telah menjadi trending!
Video yang berdurasi selama 37 saat ini telah ditonton oleh lebih 1.3 juta penonton dan pelbagai respon telah diberikan kepadaSyasya sama ada yang psitif mahupun negatif. Syasya kini telah semakin popular sehingga baru-baru ini telah di jemput oleh Radio ERA.FM sebagai tetamu jemputan selain muncul dalam muzik video lagu terbaru Erry Putra.

4) Wak Doyok
Wak Doyok, suatu nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen kerana gaya dan perwatakannya yang unik telah berjaya menarik minat anak muda untuk di jadikan sebagai ikon fesyen.
Stail dan keunikan beliau bergaya sering mencuri perhatian media dan juga orang ramai, selain itu Wak Doyok juga telah memperkenalkan jenama The Garment yang menampilkan fesyen Mods pada tahun ini.

5) Shila Amzah – Ombak Rindu
Penyanyi, Shila Amzah telah membuat kejutan apabila telah memuat naik video lagu berjudul ‘Ombak Rindu’ yang dinyanyikan olehnya sendiri, Apa yang membuatkannya menjadi trending ialah lagu terseut telah dinyanyikan sambil menitiskan air mata.
Video tersebut telah di muat naik sendiri oleh Shila sebagai tanda memohon maaf berikutan kemelut yang dihadapi oleh ayahnya ND Lala bersama bekas teman lelakinya Sharnaaz Ahmad.
6) Puisi Isteri Pertama Ashraf Muslim
Puisi tersebut menjadi bualan hangat kerana bait-bait ayat yang di karangkan oleh isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana jelas menunjukkan perasaan hatinya ketika mendapat berita suaminya itu telah bernikah di Thailand bersama Sakinah yang merupakan isteri keduanya sekarang.
Antara bait-bait puisi yang di karangkan ialah “Tak bicara tentang payung emas, kerana aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah.”

7) Isteri Mat Yo – Saya Tak Bodoh
Pada bulan September yang lalu, video amukan isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo telah tersebar di secara meluas secara online.
Isterinya, Siti Aisya Adam di katakana mengamuk terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Yang menjadikannya trending ialah ayat yang di sebut oleh Siti Aisyah iaitu “Saya Tak Bodoh” secara berulang-ulang kali telah menjadi perbualan ramai.

8) Sharifah Sakinah – Seluar Dalam Merah
Pelakon, Syarifah Sakinah telah menjadi bualan hangat dan juga ayat yang di tuturkan ketika membuat video di laman sosial Keek telah menjadi isu. Beliau dikatakan tidak sensitive terhadap perkataan yang disebutnya iaitu ‘Spender Merah’.
Video tersebut sebenarnya di muat naik adalah hanya sekadar suka-suka tetapi dia juga tidak menyangka video tersebut telah menjadi isu.

9) Budak baru ‘couple’ seminggu.
Video budak remaja berusia 15 tahun ini telah berjaya menarik lebih 28 ribu jumlah tontonan di laman Youtube.
Dengan mood yang dan juga ucapan yang diberi boleh dikatakan gadis ini sedang bahagia bersama teman lelakinya dan mereka baru sahaja bercinta selama seminggu.
Berdurasi selama 2.41 minit, video ini juga ,memaparkan gadis tersebut meluahkan janji-janjinya terhadap kekasihnya yang dikenali sebagai Ery.

10) Erma Fatima, Rebecca – 5 sen
Baru-baru ini industri hiburan telah dikejutkan dengan kes pelakon dan pengarah, Erma Fatima yang telah membayar wang tuntutan saman berjumlah RM 11,200 dengan menggunakan syiling 5 sen.
Kes tersebut telah hangat di perkatakan tidak kira sama ada phak media mahupun peminat. 
Sumber : Murai 

*Betul atau tidak?? Mereka telah mewarnai dunia hiburan.Ada yang negatif dan ada juga yang positif.Apa yang penting,sentiasa ceria selalu!! :D
 
Read more ...