3 Januari 2014

Promosikan Fan Page Blog




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selalunya,seorang blogger yang serius dalam berblogging,pasti akan mempunyai FANPAGE FB mereka sendiri.
Laman FANPAGE FB merupakan satu medium yang lain untuk kita berinteraksi dengan pengunjung blog kita. Mungkin mereka mengenali blog kita melalui fanpage dahulu.Selain itu,fanpage FB juga adalah untuk memudahkan proses tuntutan hadiah GA/SEGMEN  yang anda sponsorkan.
Sebab yang lain adalah selain anda PING entry anda di group-group blogger,anda juga boleh membuat post di fanpage anda.Apabila fanpage sudah di LIKES beribu riban,sudah semestinya blog anda akan mendapat pembaca melalui post di fanpage sahaja.

Jadi :-

Di bawah ini adalah fanpage BLOG-BLOG hebat yang telah memberikan link url Fanpage mereka di fanpage DJH.Sama-sama kita fanpagewalking.Klik LIKE dan klik nama fanpage itu untuk ke fanpage tersebut. 





Sungguh banyak kan?? Sama-sama kita menyokong perjuangan rakan-rakan blogger,supaya dunia blogging menjadi ceria! :D

Sekian. 
Read more ...

Kenapa WANITA gila shopping??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk yang agak racist sikit hari ini.Bukan racist apa pun,sekadar pertanyaan kenapa ?? Angah dapat lihat pada hari semalam,angah keluar ke sebuah pasaraya di bandar Kulim. Dalam pasaraya itu,majoriti yang berada di dalam pasaraya itu adalah wanita.Kebanyakan lelaki pula hanya bekerja di salah sebuah kedai,atau pun sekadar menemani teman wanita mereka sahaja.
 Di Foodcourt pasaraya itu pula,angah lihat tak banyak lelaki yang ada,selain angah sendiri,ada beberapa pekerja Bangladesh dan satu family. Yang lain hanyalah wanita muda,dan wanita-wanita yang lain.

Sebenarnya angah tak rasa hanya wanita sahaja yang gilakan shopping,tapi berbalik kepada tajuk diatas,angah tengok wanita lebih banyak menghabiskan masa apabila bershopping.
Sebab pertama :-

WANITA lebih mementingkan kualiti setiap barang yang ingin dibeli.Mereka membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain mengikut harga.Yang mana lebih murah,yang mana lebih berkualiti.
Sebab Kedua :-

Apabila wujudnya SALE,DISKAUN, wanita tertarik untuk berbelanja lebih disitu memandangkan harga yang kononnya lebih murah.Padahal harganya sama sahaja,cuma untuk membuat pembeli tertarik untuk membeli.
Sebab Ketiga :-

Memang sejak dulu lagi,WANITA lebih dikenali dengan kaki shopping meskipun tidak semua yang gemar melakukannya. Bagi sesetengah orang,menyimpan duit adalah lebih bagus daripada membelanjakannya.Manakala sesetengah orang lagi,setiap pembelanjaan adalah untuk pelaburan di masa hadapan. 
 Kesimpulannya :-
Semuanya bergantung kepada diri masing-masing.Kalau bagi angah,memang angah tak suka duduk lama-lama dekat pasaraya.Angah hanya beli benda yang memang angah rancang beli,pastu balik rumah. Tak melencong ke tempat-tempat lain.
Yang angah pasti,ibu saudara angah memang seorang yang gilakan shopping.Setiap kali angah keluar dengan dia,sudah semestinya angah akan letih dan penat pada hari tersebut,sebab kena temankan dia pusing-pusing setiap kedai dalam pasaraya itu dan pengakhirannya tiada satu barang pun dibeli. :P 

Rasanya tahun 2014,bukanlah tahun yang sesuai untuk kita bershopping.Mungkin itu adalah ujian daripada Yang Maha Esa,supaya kita lebih berjimat cermat dalam membeli barang.Mungkin selama ini kita sudah terlampau boros?? :D


Persoalannya,Kenapa Wanita Gila Shopping?? Kalau bukan wanita,Kenapa Lelaki Tak Gila Shopping?? Sebenarnya semuanya terpulang kepada diri masing-masing. :D

Sekian.
Read more ...

"Terlalu Bereksperimen Punca Persembahan Sepahtu Merosot."




Seolah-olah bangkit dari ‘kekalahan’ Sepahtu yang dianggotai Rahim, Jep dan Shuib turut menarik perhatian penonton di studio apabila berjaya mendapat tepukan gemuruh usai persembahan bertemakan muzikal minggu lepas.
Bagaimanapun ada cerita kurang enak yang kami dengar apabila ramai yang mendakwa kumpulan Sepahtu hanya bergantung kepada populariti Jep semata-mata.
“Saya rasa telahan itu tidak tepat sama sekali, kerana kami datang bertiga…Idea juga datang dari kami bertiga bukan dari saya seorang.
“Rasa tak sedaplah bila orang kata Sepahtu mendapat undian tinggi adalah kerana populariti saya. Tanpa Shuib dan Rahim saya tak mungkin mampu untuk berlawak,” kata Jep ketika ditemui pada majlis sidang media MLM2013, Jumaat lepas.
Tambah Jep lagi, dia juga kurang senang apabila ada yang mendakwa kumpulan Sepahtu tidak bersungguh ketika berlawak kerana sudah berada di zon selesa.
“Sepahtu tidak pernah rasa berada di zon selesa kerana setiap minggu kami akan cuba beri yang terbaik kepada penonton semua, kami tak pernah main-main.
“Cuma mungkin kerana terlalu bereksperimen menyebabkan beberapa lawak kami tidak menjadi sebelum ini. Tetapi Sepahtu belajar dari kesilapan dan akan bangkit semula menebus kembali kekecewaan demi untuk para peminat kami yang telah mengundi selama ini..."

Pendapat angah :-

Rasanya Sepahtu sememangnya bagus,cuma masalahnya,kumpulan-kumpulan lain semakin bagus. Eh,peliklah pulak?? :D

Read more ...