4 Januari 2014

EPHYRA : 100 % Terbukti Berkesan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar?? Sebenarnya angah nak cerita lama dah tentang perkara ini.Tapi kena tunggu sehingga selesai baru boleh nak update.
Untuk pengetahuan semua,beberapa minggu yang lalu,angah telah menjadi antara 25 pemenang Giveaway Ephyra yang dianjurkan blogger terkenal Mialiana.Mengikut arahan yang diberikan selepas memenangi Giveaway itu,pemenang dari nombor 4 sehingga 25 hendaklah menyiapkan satu entry review selepas selesai 10 hari meminum produk Ephyra.


Itu adalah sachets yang terakhir yang sempat angah mengambil gambarnya.

Untuk pengetahuan semua,bukan angah yang meminum produk Ephyra ini. Siapa pula yang minum kan?? Cuba anda teka? Sebenarnya,angah beri MAK angah untuk menggunakan produk Ephyra ini.
Sebelum ini :-
"Mak angah mempunyai beberapa masalah seperti lenguh-lenguh badan.Bila nak naik tangga mesti rasa sakit kakinya. Kemudian,mak angah juga mempunyai penyakit resdung yang agak kuat. Hampir setiap pagi mak angah akan bersin dan selesema akibat resdung. "

Selepas menggunakan produk Ephyra :-

"Suatu hari,angah dan keluarga ke sebuah pasaraya,dalam pasaraya itu ada ESCALATOR dan juga tangga.Malangnya hari tersebut Escalator itu rosak.Jadi,mak angah terpaksa menggunakan tangga.Ajaibnya,mak angah langsung tak rasa sakit,malah boleh naik dan turun tangga seperti biasa. Sungguh berkesan produk Ephyra walaupun baru beberapa hari sahaja minum."
Selain itu :-
Angah ada mendengar perbualan antara ayah angah dan juga mak angah. "Muka mama nampak putih sedikit berbanding sebelum ni.Jeragat dan jerawat pun semakin kurang."Kata ayah angah kepada mak angah.Mak angah tak pakai produk lain ketika ini selain Ephyra.Walaupun hanya 10 sachets sahaja.Sememangnya mak angah berpuas hati dengan Ephyra.
Mahal kan produk Ephyra??
Sememangnya pada mulanya angah merasakan produk Ephyra ini agak mahal.Tapi bila dilihat balik kepada kesan-kesan positifnya,rasanya berbaloi apabila harga yang mahal dan kesan yang positif.Lainlah kalau produk ini langsung tidak memberi kesan positif.

Apa kelebihan produk Ephyra ni??

Khasiat pengambilan produk Ephyra :-
  • Kulit lebih lembab dan halus
  • Melicin,mencerah dan menegangkan kulit (Anti penuaan) 
  • Kurangkan masalah resdung
  • Memberi kekenyangan (Sesuai untuk proses diet.)
  • Merawat rambut gugur,kuku &rekahan tumit kaki
  • Menurunkan kolestrol & stabilkan kadar gula dalam darah
  • Menurunkan tekanan darah tinggi & kencing manis
  • Dan banyak lagi...
 EPHYRA sesuai untuk ??

Ephyra sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut  :-

  • Kulit berjerawat
  • Kulit Berjeragat + berparut
  • Gastrik + Masalah Usus
  • Sembelit + Cirit Birit
  • Sakit sendi + Sengal Badan
  • Masalah Senggugut + PMS
  • Darah tinggi + Kencing Manis
  • Jantung + Saluran Darah
  • Dan banyak lagi... 

 Orang lelaki boleh ke minum produk ni??
Boleh!! Lelaki dan wanita,kanak-kanak ( 4 tahun ke atas ),ibu menyusu dan hamil (6 bulan ke atas),mereka yang mementingkan kesihatan luar dan dalam.
Angah tak meminum produk ini,tak bermakna lelaki tak boleh.Angah hanya memberikan produk ini kepada mak angah dan ternyata produk ini berkesan 100%!!

Kesimpulannya :-
Satu keluarga angah sememangnya berpuas hati dengan keberkesanan produk Ephyra ini.Tambahan pula,mak angah sentiasa memuji produk ini!! Sememangnya keluarga angah sebelum ini tidak percaya dengan sebarang produk tetapi dengan adanya produk yang berkesan ini,kami percaya dengan produk Ephyra.
 Hubungi mereka jika anda berminat :-

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Read more ...

MLM 2013 : Tiada Penyingkiran di Minggu ke 8





"Kejutan di minggu kelapan! Dengan bertemakan `rancangan TV, pihak juri telah mengumumkan tiada penyingkiran yang pada malam tadi di Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Meskipun ada satu dua kumpulan yang gagal memberikan persembahan terbaik, ianya boleh dimaafkan kerana ada peningkatan yang ditunjukkan mereka
Bagaimanapun, ada kejutan apabila peserta `favourite`, Shiro berada dalam kedudukan bahaya sewaktu hos, Dato` AC Mizal mengumumkan tiga peserta di kelompok terbawah dari segi undian.
Selain Shiro, dua lagi peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah SYJ dan Wala.Ketiga-tiga mereka seharusnya boleh menarik nafas lega pada minggu ini kerana tiada penyingkiran dan cabaran harus diteruskan pada minggu hadapan.
Sementara itu, Jep dari kumpulan Sepahtu pula telah dipilih sebagai Man of The Match pada minggu ini. " SUMBER 

Pendapat Angah :-

Persembahan mereka secara keseluruhannya sangat menarik.Mungkin tema malamini membuatkan beberapa kumpulan agak susah untuk memikirkan persembahan mereka.Bagi angah,kumpulan yang masih tinggal sekarang adalah kumpulan yang terbaik sehinggakan angah rasa seperti tak mahu salah satu pasukan pun yang disingkirkan.
Read more ...

Hanya Islam Hanya Pada Nama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ianya kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.”  
H.R. al-Baihaqi 

ISLAM HANYA PADA NAMA.
Kebanyakan manusia akhir zaman hanyalah ISLAM pada ic. Benarlah hadis  diatas.Hadis yang menerangkan tentang akhir zaman.Bilakah akhir zaman itu??Sekarang.Masing-masing mengaku yang mereka itu Islam.Tapi amalannya? Adakah dilakukan? Segala suruhannya?? Bila datang hal-hal berkaitan agama?

"Bayangkan Diikat Kaki & Tangan Kemudian Di Bakar Seperti Ayam Ini! "

Solat tidak pernah tertinggal,
Gosip pun tidak pernah tinggal jua,
Jaga tepi kain orang,
Layari Facebook dari pagi hingga ke malam,
Lupa pada keburukan diri,
Tak pernah nak bertaubat pada Ilahi,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,
Aku kata aku cinta Allah,
Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,
Setiap saat aku nak bersama makwe,
Dia yang aku paling puja dan suka,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,
Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,
Dekat pun tak boleh, berzina apatah lagi,
Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,
Membuatkanku ketagih dan nak lagi,
Mula-mula ditempat terbuka beramai-ramai,
Kemudian tertutup di internet berdua,
Kemudian Allah sahajalah yang tahu,
Aku hanya Islam pada nama.

Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,
Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,
Lelaki kena tundukkan pandangan,
Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,
Aku tahu melihat aurat itu salah,
Aku tahu bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,
Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku pakai tudung,
Aku pakai baju kurung,
Aku tak bisa melihat ada orang berdua,
Aku tak bisa melihat benda yang curiga,
Kena heboh dan beritahu orang lain,
Allah kata jangan,
Tapi itu yang lebih ku suka,
Aku hanya Islam pada nama.

Aku munafik rupanya,
Nampak macam Islam,
Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,
Tuhanku hawa nafsu,
Yang penting aku seronok dan suka,
Bila ada iftar aku paling laju,
Bila ada kelas tentang Allah aku balik dulu,

Aku mahu bertaubat ya Allah,
Baru kutahu sukar nak masuk syurga,
Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,
Allah sahajalah yang layak disembah,
Bukan nafsuku,
Bukan apa yang orang suruh,
Bukan bintang-bintang,
Sebab semua itu Kau ciptakan,
Kau sahajalah yang layak disembah,

Islam bukan hanya pada nama,

Tetapi...
Pada hati, lidah dan anggota,
Pada mu'amalat, pada syari'at,

Sekian.
Read more ...