5 Januari 2014

Penat Belum Habis.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar anda semua??Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog hari ini.
Walaupun dalam keadaan yang penat,baru je sampai Shah Alam,baru je lepas kemas barang.Blog tak boleh dilupakan!! :D

This is angah with my mom!!

Perjalanan dari Kulim ke Shah Alam sangatlah memenatkan.Pagi tadi angah bertolak pukul 7.30 pagi ke stesyen bas Kulim.Tapi sebelum tu pegi sarapan dulu,makan nasi lemak.Yang menghantar angah ke stesyen bas sudah tentunya Mak dgn Ayah angah.
Pastu menunngu bas datang pula.Dan akhirnya tepat pukul 9.00 pagi bas pun bertolak.
Rasanya macam sekejap sangat cuti kali ini.Walaupun jumlah hari angah bercuti adalah 14 hari,tapi rasa sekejap sangat.Mungkin sebab dah hari terakhir,dah tiba masanya untuk berpisah dengan family.Memang angah selalu macam tu. Hehe.
Apa-apapun angah akan berusaha untuk tidak menghampakan family angah.Ye lah,dah pilihan yang angah pilih sekarang adalah pilihan sendiri.Jadi,memang angah kena buat dengan betul-betul.
Sekian 
Read more ...

Hello,Goodbye.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pagi ni angah sedang bersiap-siap untuk pulang ke Shah Alam.Sudah sampai masanya untuk angah kembali meneruskan pengajian.Cuti pertengahan semester selama 2 minggu sudah pun berakhir.
 Kembali ke Shah Alam bermakna angah akan kembali dengan pengajian. Hari-hari angah akan dipenuhi dengan latihan-latihan ,kelas-kelas. Nak rehat??
Ini bukan masanya lagi. Bukannya masa untuk bersenang lenang.Kata orang,susah-susah dahulu,senang-senang kemudian. So kita senang kemudian.
Sekian.

*Harap-harap perjalanan tak boring. 
Read more ...