7 Januari 2014

Manisnya Bercinta...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


MANISNYA BERCINTA
Apakah perasaannya apabila bercinta sebelum berkahwin?
"Kalau sebelum kahwin,bolehlah keluar dengan orang yang kita sayang,berkasih sayang dalam media sosial,dalam telefon. Boleh jumpa,jalan sama-sama. Yang paling best adalah boleh DATING.
Lepas tu,bertunang,bertunang 6 tahun baru kahwin,bila dalam tempoh bertunang,rasa seronok je,hidup rasa macam tak sabar je nak kahwin.Yang si lelaki pulak,sedang sibuk mengumpulkan duit untuk kahwin.
Bila dah kahwin,tak rasa kekok sangat.Ye lah kan,dah lama kenal.Keluar sama-sama.Semuanya masih seperti time sebelum kahwin,cuma ada kelebihan yang lain..hehehe.. sekarang lepas dah ada 3 orang anak,saya rasa bahagia je hidup ni." 
 

Apakah perasaannya apabila bercinta sebelum kahwin??

"Kalau selepas kahwin,tak fikir pasal cinta sebelum kahwin.Bolehlah nak fokuskan dekat bisnes + study.Selain tu,tak perlu nak berhabis duit untuk keluar makan dengan kekasih.Kan dah jimat di situ?? Lagi satu,boleh hidup dengan rasa best tanpa perlu dikongkong oleh orang lain.
Bila dah nak dekat kahwin,masih tak kenal dengan orang yang kita akan kahwini.Akan rasa berdebar disitu,dan bila dah berkahwin akan muncul rasa malu-malu.Sweet je tengok.Dan selepas tu baru saya cuba mengenali dia. Tak sangka dia tu seperti yang saya nak selama ni.Baik rupa dan elok kelakuannya.
Alhamdulillah kami bahagia sehingga sekarang.Dengan anak seramai 4 orang,sudah menjadikan hidup kami lengkap.Siapa kata bercinta lepas kahwin akan bercerai?? " 
 
 Jadi apa masalahnya??
Masalahnya sekarang adalah berpunca daripada diri sendiri,mungkin orang sekarang tak suka bila ibubapa sendiri yang mencari jodoh untuk diri anda,tapi percayalah mereka tahu apa yang baik dan apa yang buruk.Tapi tak semestinya pengakhirannya akan menjadi sebegitu bagus seperti di dalam NOVEL atau DRAMA ADAPTASI NOVEL.
Sama juga seperti pilihan sendiri.Mungkin kita lebih tahu siapa yang kita suka.Apa yang pasti,jagalah kelakuan,lelaki dengan cara lelaki,wanita dengan cara wanita.Tak salah nak bercinta sebelum berkahwin,tapi janganlah sudah seperti pasangan yang ditangkap pada malam tahun baru. :) 
 
 Pengalaman angah??
Angah ada pengalaman ke dalam bercinta?? Sememangnya angah pernah bercinta dan amsih lagi bercinta.Malu pula nak cerita,kami bercinta dah lama dah.Setakat ni dah hampir 19 tahun kami bercinta.Lama kan?? Angah selalu sangat DATING,boleh dikatakan setiap hari,angah WAJIB berdating selama 5 kali.
Bila angah nak jumpa DIA,mesti angah akan berpakaian segak-segak.Selain itu,angah juga akan berjumpa dengan DIA pada masa yang sudah ditetapkan.Bila angah dalam kesusahan,angah selalu minta pertolongan DIA. Bila angah dapat sesuatu yang angah hajati,angah pasti akan berterima kasih kepada DIA.
Siapakah DIA??

DIAlah Allah S.W.T. Bercinta dengan Tuhan Semesta Alam. Kalau kita boleh berpakaian segak ketika berjumpa GF,kenapa tak boleh nak pakai segak-segak time solat?? Takkkan nak pakai selekeh2 je?? Bercinta dengan Tuhan adalah lebih menarik!! :D
Sekian. 
 
Read more ...

Apabila Blog Terabai??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua??Alhamdulillah angah baik-baik sahaja.Masih seperti biasa,sentiasa sibuk dengan study tapi masih tak mampu nak membiarkan blog ini terabai.Kenapa angah tak mahu blog terabai??

Angah rasa blog angah kalau dibiarkan,rasanya memang takde sapa yang akan tengok dah blog ini.Bukannya apa,blog angah masih lagi baru lagi,walaupun dah lama angah buat,tapi 3 tahun yg pertama langsung angah tak tahu apa pasal blogging.Angah start aktif seaktif-aktifnya adalah pada hujung tahun 2012,selepas angah habis SPM.
Mungkin ramai yang akan persoalkan.. "Alah,blog dah hebat,buat apa nak bising-bising.." Mana ada blog angah hebat?? Blog DJH masih lagi baru.Kalau tengok,angah sekarang ni lebih suka berinteraksi dengan rakan-rakan blogger di Fanpage DJH.
Kalau anda pernah tengok fanpage DJH,angah selalu meminta link-link blog untuk blogwalking.Angah lebih suka untuk menggunakan fanpage dengan cara itu.Kadang-kadang angah juga meminta akaun Twitter/url Fanpage Blog lain,dan macam-macam lagi.Bukannya apa,bila kita dah ada medium yang lain untuk berinteraksi dengan pembaca,apa salahnya kalau kita mencuba?
 Tips macam mana angah naikkan Like FANPAGE dengan begitu cepat??

Jadilah sponsor dalam mana-mana Giveaway.Ya,mereka yang menyertai Ga tersebut akan Like Fanpage anda.Selain itu,promote lah Fanpage anda di blog anda sendiri.Senang je. Lagi satu,jangan biarkan fanpage anda boring dan kosong,cuba update fanpage dengan post-post yang menarik.
Sekian 
 
Read more ...