9 Januari 2014

Persembahan, Berjaya!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Kalau anda semua dah terbaca entry sebelum ini,tentu anda tertanya-tanya tentang apa yang angah persembahkan? :D
Gambar kat atas tu adalah gambar angah ketika sedang memainkan lagu.Angah main Clarinet.Nampak macam gemuk sikit hahaha.Memang sekarang ni angah agak happy.Hahaha..
Persembahan yang angah buat petang tadi adalah berjaya.Bukan berjaya apa,cuma angah rasa seperti takut untuk menghadapi ulasan-ulasan lecturer berkenaan persembahan angah.
Lagu yang angah dapat untuk persembahkan adalah susah + panjang sangat.Rasanya yang paling lama buat persembahan tadi ,angah lah kut.Memang angah main kedua-dua lagu sampai angah rasa tak cukup nafas.Hehehehe..
Apa-apapun sudah berakhir satu daripada kesemua aktiviti yang angah perlu lakukan dalam semester ini.Bolehlah angah nak berehat untuk beberapa hari.Tanpa perlu nak main clarinet.Tapi tak boleh lama sangat,sebab minggu depan dah start prektis untuk Persatuan Wind Orkestra Uitm.
Hujung Minggu ni baru boleh angah nak berblogwalking secara banyak.Sekian.


Read more ...

Membuat Persembahan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hurm..angah agak bizi minggu ni,disebabkan angah ada perfomance hari INI!! Ya,angah prektis tiap-tiap malam,semata-mata untuk hari ini.Harinya sudah tiba.
Harapannya semoga persembahan angah berjaya seperti yang angah harapkan.Untuk pengetahuan semua,angah akan buat persembahan depan rakan-rakan sebatch dan juga para lecturer.Para lecturer akan memberi komen terhadap persembahan angah.
Kalau persembahan angah tu teruk,angah akan diminta untuk repeat persembahan itu lagi di hujung semester.Manakala kalau angah buat persembahan dengan jayanya,angah akan luus subjek FORUM dengan jayanya.
Doakan angah supaya dapat buat persembahan dengan jayanya!! :D

Sekian. 
Read more ...