11 Januari 2014

2014 - Jumlah Yang Unik







Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya dah lama angah printscreen,cuma tak sempat nak update entry.Hehe..nombor FOLLOWER yang unik iaitu 2014 sama seperti tahun sekarang iaitu 2014.
Alhamdulillah,walaupun angah tak berjaya mencapai 2000 follower pada tahun 2013,tapi pada permulaan tahun 2014,akhirnya angah berjaya dapatkan 2000 follower,jadi angah terus tukar domain.Heheh..
Kenapa Bertukar Domain??
 Sebab angah rasa,sekarang adalah masanya untuk angah bergerak dengan lebih serius dalam dunia blogging.Walaupun hanyalah part time,tapi tak apa kalau kita melabur sedikit duit.Hehe..
 Sekian.
Read more ...

Kenangan Bersekolah Saya




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih Ingatkah Anda Pada Hari Pertama Anda Ke Sekolah??



Kalau angah,angah rasanya tak ingat macam mana angah ke sekolah time darjah satu.Angah darjah satu time tahun 2002.Jadi memang angah tak ingat sebab lama sangat,korang pun sama jugak kan?? Hehe. Sekolah rendah angah ada TIGA sekolah.
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II,Kuala Kangsar,Perak (2002-2003)

Sekolah Kebangsaan Beruas ,Beruas, Perak (2003-2006)

Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan,Kedah (2006-2007)

Mesti anda pelik kan,kenapa ada tiga sekolah?? Memandangkan ayah angah adalah seorang pegawai polis,jadi memang sudah menjadi lumrah apabila polis berpindah randah.Hehe.Jadi angah pun bersekolah di tiga tempat dan dua negeri.
Macam Mana Pulak Dengan Sekolah Menengah??

Kalau sekolah menengah rasanya,angah masih ingat lagi.Hari pertama angah masuk sekolah adalah pada tarikh 8 Januari 2008. Bukan setakat masuk sekolah je,angah masuk asrama pun hari yg sama jugak.First time berjauhan dengan family. Tapi sebenarnya taklah jauh mana pun,dekat je.
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Bukit Mertajam,Pulau Pinang. (2008-2012) 

Sebuah sekolah yang mempunyai nama yg panjang.Angah rasa sekolah yang ni paling best.Sebab apa?? Angah bersekolah disitu selama 5 tahun,sebab sekolah asrama penuh kan?? Haha..
Apa yang best?? Kalau angah tak masuk sekolah tu,rasanya angah takkan berada di tempat yang angah berada sekarang.Walaupun nama sekolah tu SEKOLAH SAINS,tapi daripada sekolah tu jugak angah mula meminati bidang Muzik.
Angah aktif dengan Pancaragam kat sekolah tu dari form 1 sampai form 5. Dan akhirnya angah memilih untuk meneruskan pengajian muzik.Walaupun dekat sekolah tu subjek Muzik ditawarkan hanya kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
 
Kenangan Paling Best Masa Di Sekolah?? 

Kenangan paling best angah adalah ketika dapat result UPSR/PMR dan juga menang Pingat Emas utk Festival Wind Orchestra.
Alhamdulillah time angah darjah 6,angah telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR,dan anagh telah ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh.Angah rasa best sangat sebab time tu angah dapat tengok muka parents angah yang bangga.Termasuk Mak Ngah angah yang memberitahu satu kampung tentang result angah. Hehe..
Kemudian pada tahun 2010,result PMR dikeluarkan di dewan sekolah.Ramai yang mendapat keputusan 8A,tapi time kami kat dalam DEWAN BESAR SEKOLAH tu,nama angah langsung tak disebut. Angah boleh tengok wajah parents angah yg sedih.Angah rasa sedih sangat.Mungkin bukan rezeki angah.Tapi bila angah nak amik result dekat guru kelas,result angah takda. RUPANYA...result angah kena tahan dekat PEJABAT SEKOLAH sebab angah tak bayar yuran sebanyak RM20.Bila angah tengok result tu,angah happy sangat sebab angah dapat 8A... sekali lagi angah dapat tengok wajah parents angah dalam kegembiraan.

 Pada tahun 2010/2011/2012..Tun Syed Band telah mendapat EMAS utk ketiga-tiga tahun sekaligus. Pada tahun 2010,kami balaik awal,jadi result hanya kami terima apabila sampai di sekolah.Alhamdulillah masing-masing menangis kegembiraan di bilik Muzik apabila dapat berita EMAS tersebut.
Pada tahun-tahun yang berikutnya,kami berjaya kekalkan EMAS dan gembira sangat.Tahun 2012,tahun terakhir angah bersama Tun Syed Band,angah dan rakan form 5 yang lain berjaya menggondol EMAS walaupun tahun itu,kami mempunyai masalah yang besar iaitu tiada GURU MUZIK.Hehehe..

Bagaimana Pula Dengan Anda?? 
 Jom kongsikan dengan angah kisah pengalaman anda di sekolah!!
Read more ...

PU Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Musim Pertama




"Tahniah buat PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang telah diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas bersaing dengan tiga peserta lain di pentas akhir yang  diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) sebentar tadi.
Hafiz, 32, yang berasal dari Selangor telah memilih tajuk Pendakwah: ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk kedua pula iaitu Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema ‘Cinta Rasulullah’.
Dengan kemenangan PU Hafiz sebentar tadi, dia telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Kemenangan PU Hafiz diambil selepas dia berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan mempunyai pengisian yang tepat selain mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana) serta juri jemputan Datuk Aznil Hj Nawawi.Selain itu, Mimbar Akhir Pencetus Ummah turut dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Nazri bekas ahli kumpulan Raihan, Hijjaz, Aris Ariwatan, dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.
Program Pencetus Ummah telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106). "
 Sumber
 Pendapat angah :-
Secara jujurnya angah nak beritahu,memang angah tak mengikuti langsung perjalanan Program Pencetus Ummah ini.Bukannya nak kata angah tak suka program-program islamik,cuma angah takde astro kat kolej.Kat rumah memang angah ada,tapi masa bila angah balik rumah pulak kan??
Jadi angah rasa,program ni berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia untuk lebih mendalami Islam dengan cara yang betul. 


Read more ...

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Read more ...

Kini Berdomain Baru!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kini Berdomain Baru :-
www.diarijejakahangat.com

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana angah sudah pun berjaya menukar domain yang baru.Ini adalah salah satu daripada azam tahun 2014 untuk blog DJH.Akhirnya angah berjaya menukar domain yang baru.
Kalau sebelum ini url blog DJH adalah :-
diarijejakahangat1.blogspot.com

Kini bertukar kepada :-
www.diarijejakahangat.com

Apa yang boleh angah katakan adalah terima kasih kepada blogger otai, Bro Framestone dan Mama,kerana membantu angah dalam proses menukar domain ini.
Benarlah seperti apa yang diperkatakan NETKL memang laju je servicenya.Baru beberapa jam daftar,tengok-tengok dah tukar dah pun domain.Sememangnya ranking Alexa + pagerank semuanya akan kembali seperti pertama kali kita membuat blog kita.
Bagi angah tak mengapa,angah akan usaha dari bawah untuk terus maju dalam bidang blogging.
Jadi untuk mencari kembali url link untuk BLOGLIST terpaksa la angah mencari satu persatu pada esok hari.
 *Mood Hari Ini : Happy sangat
Read more ...