12 Januari 2014

MLM 2013: Menang Kereta, Bukti Kebangkitan Sepahtu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kesembilan menyaksikan kumpulan Sepahtu mengekalkan penguasaan mereka sebagai kumpulan paling mendapat perhatian dan popular di kalangan peminat program komedi ini selepas memenangi sebuah kereta baru Perodua Alza dengan 65 peratus undian malam semalam.
Kemenangan mereka juga adalah bersempena pelancaran kereta Perodua Alza yang baharu berlangsung sebelum bermulanya program MLM 2013 yang diadakan di perkarangan pintu utama One Utama New Wing, Bandar Utama, Petaling Jaya.Menurut Jep Sepahtu, kemenagan mereka adalah atas sokongan padu daripada para penyokong yang tidak putus-putus memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus berjuang di gelanggang MLM 2013.
“Syukur ke hadrat ilahi kerana hasil usaha kami akhirnya terbalas dengan bantuan para peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Tanpa mereka tidak mungkin kami tidak mampu untuk mendapat undian tertinggi dan seterusnya memenangi kereta Perodua Alza ini,” jelas Jep kepada Astro Gempak.Tambah Jep, mereka pada awalnya tidak menyangka nama kumpulan Sepahtu disebut sebagai pemenang untuk minggu kesembilan kerana tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir pada malam tersebut.
“Kami memang tak sangka kemenangan berpihak kepada kami pada malam ini. Tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir juga para penonton di rumah.  Kami buat sehabis baik yang mungkin supaya peminat masih mempercayai kemampuan kami di atas gelanggang hebat seperti MLM 2013 ini.
“Lebih manis salah seorang kumpulan kami iaitu Rahim diumumkan “Man Of The Match” pada malam ini. Ini adalah bukti berkat usaha serta fokus kami untuk buat terbaik buat pemiant diluar sana. Apa pun ribuan terima kasih kepada para penonton dan peminat MLM 2013 juga peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Anda semua adalah kekuatan kami sejak dahulu lagi,” ujar Jep lagi.
Ditanya di antara mereka bertiga siapa bakal memiliki kereta tersebut, keputusan masih belum ditentukan namun tidak menolak menjadikan ianya kereta rasmi kumpulan Sepahtu kelak.
Minggu kesembilan menyaksikan kumpulan Wala tersingkir selepas menerima undian terendah berbanding tujuh kumpulan yang lain. Penyingkiran mereka telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap MLM 2013 iaitu Luna Maya. " SUMBER : ASTROGEMPAK 
 
 
 Komen angah :-
Tahniah diucapkan kepada mereka.Tak sangka dapat kereta lagi!! Memang untung kalau jadi pelawak zaman sekarang.Kalau zaman dulu-dulu,tak dapat apa pun kan?? Apa-apapun jangan lupa untuk teruskan menonton maharaja lawak mega 2013!! :D
Read more ...

Aurat : Kesalahan Tanpa Disedari




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Wanita yang BERTUDUNG kini 
bukan lagi pilihan LELAKI SOLEH tetapi
 wanita yang menutup aurat dengan sempurna yang 
menjadi dambaan dan pilihan lelaki soleh.."

Apa yang kita nak bincangkan kali ini?? 

"Hari ini saya tengok ramai wanita yang memakai tudung atau kain yang menutup rambutnya tapi saya tengok masih ramai yang belum menutup auratnya." Kata seorang lelaki yang sering berada di khalayak ramai.
" Bagi saya,menutup aurat bukanlah setakat menutup kepala,tapi bahagian lain terdedah,itu bukannya menutup aurat,tapi sekadar menutup kepala." Kata seorang wanita muslimah.
Kebanyakan wanita zaman sekarang sudah mula menutup rambutnya.Trend itu boleh dilihat apabila ramai artis wanita yang sudah berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung.Tapi adakah mereka betul-betul menutup aurat?? 

Kesilapan Wanita Dalam Menutup Aurat :-

1. Wanita menganggap menutup aurat adalah sekadar memakai tudung.
2. Bertudung tapi hanya memakai T-Shirt lengan pendek.
3. Bertudung tapi baju kurung atau kebayanya terbelah kainnya.
4. Bertudung tetapi bajunya sendat,nipis dan menampakkan bahagian tubuh yang menggoda.
5. Bertudung tetapi amat longgar dan menampakkan jambul dan hujung rambutnya sahaja.
6. Bertudung tetapi hanyalah sekadar di tempat-tempat tertentu sahaja seperti sekolah,pejabat       dan kelas.
7. Bertudung tetapi apabila menaiki motor,menayangkan betis yang putih melepak.
8. Memakai baju kurung tetapi pergelangan tangan  tidak ditutup hingga menampakkan kulit         lengan tangan. 
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)

 Kesilapan Lelaki Dalam Menutup Aurat

1.Berpakaian pakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan segala-galanya.Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.
2. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita. Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
3. Mengenakan pakaian mengikut trend. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing.
4. Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat. Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahaja.
5.Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.  
6. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa. Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan. 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).

“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari). 
7. Lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera. 
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih). 

Kesimpulannya :-
Sama-samalah kita menjaga aurat masing-masing.Bukannya susah. Adakah anda mahu hidup dalam keadaan dibenci Tuhan?? Tepuk dada,tanya Iman. Bukannya susah,tak susah pun Islam ini. 
 Sekadar Berkongsi :)
Read more ...

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)
>
Read more ...

Feed Blog Kembali Bermasalah





Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Feedburner BLOG DJH kembali bermasalah.Angah update entry baru,langsunt tak keluar dekat bloglist.Angah menjelajah ke blog rakan-rakan yang letakkan blog angah di bloglist,yang ada hanyalah entry 12 jam yang lalu.Adoyaii..
Nampaknya angah kena selesaikan masalah ini dahulu untuk hari ini!! Takpa..kita cuba..kalau tak boleh juga..angah tanya blogger otai. :D
Mood : Sedih + Risau 
 
Read more ...

Wala Sudah Bersedia Dan Jangka Akan Tersingkir




“Sebenarnya sejak dua minggu lepas perasaan kami sudah tidak tenteram dan dapat merasakan yang perjalanan kami di pentas Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) akan terhenti pada bila-bila masa.
“Bagaimanapun kami bangga kerana dapat bersaing sehingga minggu ke-9 dan menjadi perserta top 8…Bukan mudah bagi kami yang junior ini nak bertarung dengan pelawak senior,” kata Wan yang mewakili kumpulan Wala ketika ditemui Astro Gempak pada Jumaat.
Wala yang dianggotai Wan dan Lope disingkirkan apabila gagal memberikan persembahan terbaik dan memperolehi peratusan undi terendah iaitu sebanyak 46%.
Mereka bagaimanapun berterima kasih kepada para pemina, khususnya peminat yang telah mengundi pada setiap minggu.
“Tanpa peminat dan pengundi, siapalah Wala pada hari ini…Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana telah memberi peluang dan menyediakan platform kepada kami untuk lebih dikenali,” kata Lope.
Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) minggu ke-9 telah bersiaran secara langsung di hadapan 15,000 penonton di perkarangan utama pusat membeli belah One Utama (New Wing) yang membawa tema bebas.
“Terus-terang, berat rasa hati nak meninggalkan pentas MLM2013 kerana sudah pasti selepas ini kami akan merindui sahabat-sahabat yang lain.
“Selama lapan minggu kami bersama, mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Mereka umpama abang, kami pula adik yang sedang bertatih untuk naik…Terima kasih kepada semua,” tambah Wan mengakhiri perbualan. " SUMBER
 Pendapat angah :-
Angah rasa kumpulan mereka ni bagus.Cuma mungkin dah kekeringan idea sampaikan takt ahu nak buat lawak apa lagi.Dan faktor yg lain adalah,peminat-peminat kumpulan lain lebih agresif dan lebih ramai berbanding kumpulan Wala.
Semuanya yang ada sekarang ni adalah antara yang hebat di Malaysia untuk masa sekarang.Jadi angah harap supaya yang sememangnya patut menang akan menang. :D 
Read more ...

Masa Memang Cepat



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rasanya hari ini angah nak blogwalking sahaja.Sebab apa? Mungkin sebab angah cuti weekend ni.Hehe..Bukannya apa bila hari-hari lain semuanya sibuk sangat.
Angah sibuk??Memang betul.Sibuk dengan study. Tapi study best jugak.Tak sangka dah semester kedua.Angah amsih rasa amcam semester pertama je. Masa memang cepat berjalan.
Sekian. 
Read more ...

Nikmatkah Maksiat??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nikmatkah Maksiat??



Pada zaman sekarang ni,senang nak jumpa atau nak tengok maksiat.Ada yang boleh kita jumpa di depan mata kita sendiri.Dan ada yang kita nampak melalui kacamata televisyen dan lain-lain.
Nikmat ke maksiat itu?? Kadang-kadang angah terfikir apa yang best sangat apabila melakukan maksiat.Adakah ianya sesuatu yang seronok? Adakah ianya sesuatu yang bagus?
Saksi Di Akhirat




Firman ALLAH yang bermaksud: "Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan." (Surah An-Nur : 22)
"Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Surah Yasin : 65)
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Fussilat : 20)   
 Tiga ayat diatas menerangkan tentang tubuh badan manusia itu sendiri yang akan menjadi saksi kepada tuan mereka sendiri.Tubuh badan itu sendiri akan menjadi saksi perbuatan tuannya sewaktu di dunia.

7 Anggota Yang Perlu Dijaga Dari Maksiat

Imam al-Ghazali menasihatkan kita untuk memelihara tujuh anggota daripada melakukan maksiat kepada ALLAH. Tujuh anggota tersebut ialah lidah, mata, telinga, tangan, kaki, perut dan faraj. 
Lidah :-
Peliharalah lidah daripada berbohong,mengumpat,menfitnah,mungkir janji,mencaci maki.

Mata :-
Jagalah mata daripada melihat video atau gambar yang menaikkan nafsu syahwat,mengintai seseorang,dan sebagainya 
 Telinga :-
Membiasakan diri dengan mendengar perkara-perkara kebaikan,nasihat dan pelajaran yang berguna.Janganlah mendengar perkara-perkara yang berunsurkan maksiat.


Tangan :-
Jagalah tangan daripada melakukan kecurian,membuat sesuatu yang lucah,tidak elok dan sebagainya.Jadikanlah tangan itu sebagai sesuatu yang baik seperti memberi pertolongan kepada orang lain.
Kaki :-
Gunakanlah kaki anda untuk ke tempat-tempat yang elok dan terbaik seperti masjid.Elakkan daripada ke tempat-tempat yang mendatangkan maksiat seperti disko dan kelab hiburan.
Perut :-
Jagalah penjagaan perut anda.Kerana perut merupakan tempat sumber penyakit.Setiap apa yang masuk akan menjadi darah daging kita sendiri.
 Faraj :-

Jagalah faraj daripada perkara yang mendatangkan perkara yang haram.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela." (Surah Al-Mukminun : 5-6)

Kesimpulannya :-

Apabila kita menjaga kesemuanya,in shaa Allah kita akan terhindar daripada melakukan maksiat.Ye,memang kita adalah manusia dan manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.Tapi takkan sepanjang masa kita hanya nak melakukan kesilapan??Cuba kita perbaiki diri dengan lebih baik. 
Read more ...