13 Januari 2014

Tutorial Button Follow dan Dashboard Dalam Blog




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai semua,kita kembali lagi dalam rancangan "Tutorial Bersama DJH." Okeylah..rasanya dah lama angah tak buat tutorial kan? Jadi kali ni angah nak buat tutorial yang simple dan ringkas.Angah pasti mungkin ada antara anda yang nak buat,atau tak nak buat. Haha..
Apa -apa pun kita mulakan dengan mukadimahnya :-


Anda sudah semestinya sudah perasan dengan BLOG DJH,maksud angah di bahagian hujung dan kanan sekali ada sesuatu tertulis  + Follow | Dashboard . Angah rasa widget tu antara yang terpenting sebab senang untuk angah kembali ke dashboard angah sendiri.Selain itu,kalau blog-blog yang lain yang turut mempunyai widget ini,sudah semestinya angah akan senang untuk Follow apabila butang Follownya betul-betul di atas.Buka-buka blog terus nampak. Kan mudah je?? :D
 Ini adalah cara-caranya :-

  • Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript.
  • Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript.

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-feYAFwQF-GM/TtOSBVXcMmI/AAAAAAAAHvk/GH1PZPVvU7c/follow.png" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://4.bp.blogspot.com/-N61PPu_1haE/TtOSBZgZikI/AAAAAAAAHvc/vIEC_dYpIVo/dashboard.png" /></a></div> 

  • Masukkan ID  blog anda ke dalam ruangan 'ID BLOG ANDA' 
Macam mana nak tahu ID blog anda??

Anda klik pada 'new post' dari dashboard, dan akan ada paparan seperti gambar di bawah. Nombor yang angah highlight adalah contoh NO ID BLOG 



  • Setelah anda selesai letakkan ID blog anda, save dan lihat hasilnya.

Itu sahaja tutorial untuk hari ini. Senang dan mudah kan? Jangan lupa untuk tinggalkan komen setelah mencuba.Tutorial yang mudah dan simple ni dibawakan khas oleh Diari Jejaka Hangat


Sekian itu sahaja untuk hari ini,kita berjumpa lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH di lain waktu.
Read more ...

Bahana Media Sosial : Binasa




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


FACEBOOK atau Media Sosial telah membuatkan kehidupan manusia bertambah mudah.Dengan adanya kemudahan Facebook,lebih mudah untuk kita berhubung sesama rakan.Selain itu.media sosial juga membolehkan sahabat yang sudah terputus hubungan untuk berhubung semula.
Tetapi,beberapa kejadian atau kelakuan pelik manusia sudah boleh dilihat pada zaman sekarang.Media Sosial yang digunakan untuk berhubung dijadikan tempat untuk meluahkan segala-galanya.Selain itu,maksiat juga bermaharajalela.
Mari kita lihat situasi-situasi di bawah yang memungkinkan Media Sosial sebuah tempat yang 'baik'. 
 
Situasi 1
"Saya suka post gambar di FB,Instagram,Twitter dan semua media sosial yang ada di dunia ini.Ramai yang suka tengok muka saya yang comel dan putih ni.Lagi satu,jumlah LIKE yang saya dapat untuk satu gambar tu adalah dalam ribu tau!! Saya rasa bangga sangat,tapi saya bersyukur sebab dapat semua apa yang saya nak." kata seorang perempuan yang bertudung di dalam FB.
Pandangan Angah :-
Orang yang jenis macam ni,adalah jenis yang suka publisiti murahan.Ye,apabila gambarnya banyak LIKE jadi,dia akan berasa seperti dia seorang puteri mahligai.Sedangkan ada banyak manusia yang mungkin telah mendownload gambar-gambarnya. Maksiat terus berlaku. 

 
Situasi 2
"Saya seorang yang bertudung.Selain itu,saya juga berpurdah.Saya mungkin tidak suka untuk bersosial bersama lelaki-lelaki.Saya hanya akan keluar dengan rakan-rakan sahaja.Tetapi saya ada satu hobi,iaitu meletakkan gambar saya di FACEBOOK.Benar,gambar saya dalam Facebook hanyalah gambar saya berpurdah.Bukannya saya membuka aurat.Jadi saya rasa tak kisah dan tak peduli dengan apa yang orang nak kata." Kata seorang muslimah.
 Pendapat Angah :-
Yang jenis ini pulak,adalah jenis manusia yang bagus cuma agak terpesong sedikit.Niat yang ada adalah salah. Mungkin melalui matanya yang ternampak itu membolehkan orang melihat dan mengatakannya cantik.sekaligus membuatkan maksiat hati berlaku.Walaupun dia tidak tahu.

 
 Situasi 3
"Saya tak suka bila ada orang yang entah tiba-tiba TAG saya masuk dalam sesuatu post secara tiba-tiba.Lepas tu,dia menyuruh saya untuk LIKE gambar pulak.Ingat saya ni apa? Anoyying la semua ni!! Serius,kalau lepas ni ada lagi Friend saya yang TAG macam tu.terus saya BLOCK dan UNFRIEND." jelas seorang lelaki.
Pendapat angah :-
Masalah sebegini angah telah hadapi.Ada beberapa manusia yang suka membuat sebegini.Kalau sekali tak apa la.Inikan pula,setiap kali post,mahunya untuk di TAG kita.Tidakkah ia merosakkan mood seharian??


 

Situasi 4
"Memang gambar saya banyak dalam Facebook. Ada gambar saya dengan boyfriend saya, ada gambar saya dengan kawan-kawan saya.Tapi memang banyak gambar saya yang saya suka. Terlampau terdedah?? Biarlah,dah hidup saya macam ni.Lagipun parents saya tak kata apa-apa pun.Jadi saya buat je lah.Kalau awak tak suka,tak payah Friend dengan saya.Tak payah tengok. " jelas seorang remaja perempuan bawah umur.
Pendapat Angah :-
Orang sebegini sepatutnya tidak diberikan kebenaran untuk membuat akaun Facebook.Kerana apa? Kerana dia dibawah umur dan sudah mempunyai boyfriend?? Bagus betul cara ibu dan bapanya  mengajar anaknya.Mungkin kurang kasih sayang daripada ibu bapa barangkali? Apa-apa pun perangai sebegini lebih ketara sejak akhir-akhir ini.

 Kesimpulannya :-
Sebagai seorang yang sudah mampu berfikir sendiri,rasanya kita sepatutnya sudah pandai untuk membezakan yang mana yang buruk dan yang mana yang baik.Selagi kita mampu untuk hidup berteraskan ajaran Islam selagi itu,kita tidak akan terpesong.Gunakanlah apa yang kita ada sekarang ini untuk sesuatu yang membawa ke arah kebaikan.
Sekian.

Bagaimana pula dengan pendapat anda?? 
Read more ...