14 Januari 2014

Kaji Selidik : Anda Berasal Dari Mana?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Klik Gambar Untuk Paparan Besar

Masih ingatkah anda dengan Status Fanpage DJH siang tadi? Ya,angah telah pun membuat kajian tentang dari manakah blogger yang LIKE fanpage DJH. Mereka diminta untuk memilih negeri asal mereka dan nyatakan di ruangan komen.
Alhamdulillah,seramai 76 blogger telah pun turut serta kaji selidik yang berlansung dalam masa sehari itu. Selain memilih negeri asal,mereka juga diminta untuk meninggalkan link blog mereka supaya senang untuk angah tahu siapakah dan yang mana kah blog mereka.
Jadi di bawah ini adalah keputusan Kaji Selidik tersebut :-



Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar


Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

  • 1. Perlis : 1%
  • 2.Kedah : 8%
  • 3.Pulau Pinang : 7%
  • 4.Perak : 13 %
  • 5.Selangor : 13 %
  • 6.N.Sembilan : 0%
  • 7.Melaka : 3 %
  • 8.Johor : 17 %
  • 9.Pahang : 4 %
  • 10.Terengganu : 11%
  • 11.Kelantan : 12%
  • 12.Sabah : 5%
  • 13.Sarawak : 5%
  • 14.KL : 1%
  • 15.Labuan : 0%
  • 16.Putrajaya : 0%

Blogger Utara iaitu blogger daripada negeri Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak adalah sebanyak 29 %. Manakala blogger Timur Semenanjung Malaysia iaitu dari negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang pula adalah sebanyak 27%.Blogger Selatan iaitu dari negeri Johor,N.Sembilan,Melaka pula 20%.Blogger Tengah iaitu dari negeri Selangor dan Kuala Lumpur pula ialah 14%.Manakala blogger Borneo pula adalah sebanyak 10%.
Negeri yang paling banyak blogger yang membuat kaji selidik ini ialah dari Johor manakala negeri yang tidak terlibat langsung adalah Negeri Sembilan,Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dibawah ini adalah senarai mereka yang telah menyertai Kaji Selidik ini. Nombor yang terdapat pada bersebelahan url blog mereka adalah nombor negeri mereka.Apa - apa pun,terima kasih kerana turut serta Kaji Selidik ini.
Jom blogwalking dan berkenalan dengan blogger dari negeri masing-masing!! 

Apa lagi tunggu? Dah blogwalking ke belum?? Atau dah jumpa link anda? Terima kasih sebab join.Ini bermakna ramai blogger yang berasal dari negeri Johor.Manakala blogger utara tak kurang juga hebatnya. Mungkin angah kena promote lagi fanpage angah kepada negeri-negeri yang lain pula.
Sekian 
Read more ...

Dia Sudah Kembali : Alexa





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah..salam maulidur rasul.Bila pagi-pagi ni angah bukak je blog,angah tengok dekat ruangan statistik tu macam ada perubahan.Rupanya dah ada ranking DJH dekat Alexa.
Rasa bersyukur sangat,akhirnya dah ada ranking sendiri.Hehe..walaupun terpaksa merangkak balik,tapi macam yg MAMA kata kat angah,cepat je ranking nya menjadi bagus.

 Kenapa ranking ALEXA ini penting??
Bagi angah penting sebab kadang-kadang ada orang yang menilai sesuatu blog itu melalui ranking Alexa nya.Kalau ranking nya bagus jadi lebih mudah untuk pengiklan untuk berminat beriklan di blog kita. :D
Apa-apapun,angah harap anda semua masih menyokong DJH walau apa pun yang berlaku. :D 
Sekian.


Read more ...

Kesibukan Waktu : Mengguris Hati



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Apa yang anagh nak cerita kali ini adalah tentang apa yang baru je berlaku dalam hidup angah buat masa sekarang.
Minggu ni agak sibuk memandangkan cuti umum bagi hari SELASA dan juga JUMAAT.Selain itu,pada hari khamis angah menjadi krew bagi Festival Gamelan Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Jadi,hari yang angah datang ke Fakulti hanyalah hari Isnin dan Rabu sahaja.Malangnya,angah tak sempat nak berjumpa dengan Lecturer Principal angah iaitu lecturer yang mengajar angah Clarinet.
Lebih parah,minggu depan pada hari rabu adalah hari Midterm Studio Exam,iaitu exam di dalam studia dan angah diminta untuk memainkan 2 buah lagu beserta 4 scales.Masalahnya di sini,anagh tak sempat nak prektis dengan lecturer angah sendiri.Jadi,mungkin dia tak tahu macam mana progress angah.
Ditambah lagi dengan prektis Persatuan Wind Orkestra Uitm (PERWIRA),angah memilih untuk bermain bass clarinet,iaitu sejenis alat yang belum pernah angah main kerana ianya amat berbeza dengan clarinet yang biasa. Jadi,angah perlu prektis alat itu dan juga instrument angah sendiri.
Diburukkan cerita,exam tradisional + exam orchestra yang akan berlangsung pada minggu yang sama. Wah,semakin teruk nya hidup angah.Hahaha..

Kesimpulannya :-
Semakin hari,semakin mencabar hidup kita.Angah akan cuba hadapinya dengan perasaan gembira sebab inilah jalan yang angah pilih. Apa-apapun doakan angah berjaya hadapi Midterm Studio Exam pada minggu hadapan. 

Read more ...

Biodata Rasulullulah : Maulidur Rasul 1435



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasulullah dan Nabi Muhammad adalah orang yang sama.Anda sudah semestinya tahu akan perkara itu,cuma anda mungkin terlupa atau perlu direfreshkan minda tentang biodata Rasullullah yang telah pun kita pelajari semasa sekolah dahulu kala. Jadi,apa kata sama-sama kita refresh minda dan ingatan kita. In shaa Allah banyak pengajarannya.


BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah

Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah

Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza  
 
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam  syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Kalau artis-artis,artis K-POP boleh je kita kenal dan tahu segala apa yang dia suka,dia minat dan rutin hariannya,mengapa Rasulullah kita tak boleh nak tahu tentang diri nya? Jadi,apa kata kita luangkan masa untuk bersama-sama refresh balik ingatan kita. :D
Read more ...