16 Januari 2014

Di Bawah Telapak Kaki Ibu : Sedih



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Gambar yang menyentuh hati kita.

Bagaimana anak seekor kucing yang baru sahaja mati,masih menyusu dengan ibunya.

Tapi manusia pula :-

  • Sanggup mengherdik ibunya sendiri di khalayak ramai.
  • Hantar ibu ke rumah jagaan orang tua kononnya tak mampu nak jaga.
  • Sanggup membunuh ibunya sendiri semata-mata tamakkan harta.
  • Berani untuk melawan cakap ibunya sendiri walaupun masih kecil.
  • Sanggup berbohong dengan ibu walaupun tahu berbohong itu berdosa.
Cuba kita ingat kembali,siapakah yang melahirkan kita? Siapakah yang menyusukan kita? Siapakah yang menyiapkan pakaian,makanan dan minuman kita? 
 Jangan tunggu sampai ibu kita sudah tiada baru kita nak menyesal dengan kelakuan kita.Mungkin selama ini kita tidak pernah kisah dengan apa yang kita telah berikan kepada mereka. Tapi ingatlah bahawa SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

Read more ...

Tak Rugi : Berblogging




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Dia ni tak habis-habis dengan blog dia. Bila balik bilik je,terus bukak laptop pastu bukak blog.Tak bosan ke dengan blog tu??"

Itu adalah dialog dari kawan angah.Ya,angah pada hari ISNIN,SELASA,RABU,KHAMIS akan balik lambat ke Kolej Jati.Memang dah jadi rutin harian angah.Angah akan balik pada pukul 11.00 malam.
Bukannya angah berpeleseran atau bersuka ria,tetapi angah practice lagu dan skills angah di Fakulti.Sememangnya angah tak suka balik awal,sebab tak boleh nak practice seperti yang sepatutnya angah practice kat bilik.
Berkenaan apa yang dialog tadi tu :-
Angah tak rasa berblog ini adalah satu dosa besar.Amboi.Tapi gaya dialog tu macam tu bagi angah.Angah rasa berblogging adalah suatu hobi angah pada masa sekarang.Angah masih tak boleh nak cakap kerjaya,sebab angah masih study lagi,tapi istilah hobi adalah yang terbaik.
Angah tak rasa berblogging atau mempunyai blog ini tidak mendapat manfaat langsung.Ada kalanya kita boleh dapat rezeki dalam bentuk harta benda.Dan adakalanya juga kita akan mendapat rezeki dalam bentuk ilmu dan selainnya.
Penegasan :-
Selagi angah tak kacau orang lain,angah tak buat benda yang berlawanan daripada ajaran Islam,angah tak rasa berblogging adalah suatu yang bosan.Malah,angah rasa seronok apabila dapat berinteraksi dengan rakan-rakan blogger walaupun tak pernah berjumpa.Dah macam sahabat rapat. Saling berkongsi cerita dan lain-lain..
Sekian. 
Read more ...