17 Januari 2014

Ranking Semasa Pengomen Tegar Blog DJH : 17.1.2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya dah lama angah tak update Ranking Pengomen Tegar Blog DJH kan?? Jadi,kali ini angah nak tunjuk kepada anda semua,ranking TOP 30 pengomen tegar DJH.


Seperti biasa,akak Kathy mendahului carta dengan 85 komen manakala blogger Invisible Me mengekori rapat dengan 84 komen.Blogger Asha Lya berada di bawah Invisible Me dan diikuti oleh blogger Muhammad Khairuddin Lim,Marou Apple Hijau,sYiRa Lokman. Blogger Mama di ranking ketujuh diikuti Akif Imtiyaz,Teto Yaksa dan Zulqarnain Abu Hassan.

Ranking seterusnya diteruskan dengan tempat ke sebelas.Wafi remli di tempat ke sebelas diikuti dengan blogger Shark Kay,Nurfaezah Abdullah,Sheila Salim,Sukma Haron dan Telinga Bulat.Manakala di tempat ke 17 ialah Akeyla Azmi diikuti Maria Fidz, Yun Sing dan Abak's Role.

Di kalangan 21 sehingga 30 pula menyaksikan blogger Ian Faizal di tempat ke 21 diikuti dengan Kisah Si Dairy,Pha Is,ana likes dan Bahrain. Seterusnya diikuti oleh Claramenda Douhin ,Farah Arina,Liniey Nor,Muhammad Wafi,(Kenapa ada dua pulak?) dan Nuna Pringia.
Alhamdulillah,blog DJH masih mendapat sambutan daripada anda semua.Terima kasih menyokong DJH walaupun sudah bertukar domain.In shaa Allah angah akan membalas kunjungan anda.
Apa yang dapat angah rumuskan di sini ialah,kebanyakan daripada mereka di atas adalah blogger yang baru angah kenali.Bagus lah!! Semakin banyak blogger yang angah baru kenal.Alhamdulillah,semoga persahabatan kita terus terjalin.
*Di setiap hujung bulan,10 pengomen teratas akan mendapat tempat di dalam BLOGLIST DJH. 
 
 



Read more ...

Rezeki : Ketentuannya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Angah masih lagi teringat ketika first time angah masuk orkestra.Gambar kat atas ni adalah ketika angah tingkatan 3 tahun 2010.Angah yang paling muda dan paling hensem. Ahahaha.. itu adalah kali pertama angah join Wind Orkestra. Alhamdulillah,angah diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam pasukan orchestra.
Ye,lah time tu angah masih tak tahu apa-apa tentang persembahan,setakat berada di atas pentas dan perform sahaja.Angah masih rasa gugup ketika itu,bercampur dengan perasaan bangga dan excited. 


Gambar yang ini pula adalah ketika angah bersama dengan orchestra angah untuk kali terakhir ketika angah tingkatan 5 pada tahun 2012.Ketika itu,angah lah yang paling senior dan yang paling hensem.ahha..Apa yang angah fikir time tu adalah untuk perform sehabis mungkin dan buat yang terbaik untuk sekolah.
Perasaan excited,bangga dan sedih turut terasa ketika angah membuat persembahan ini.Bahkan angah hampir mengalirkan air mata kerana ini adalah last orchestra angah. Sedih kerana akan meninggalkan satu-satunya perkara yang angah sayang di sekolah.

Hakikatnya :-

Angah ingatkan itu adalah kali terakhir angah membuat persembahan,rupanya angah masih lagi diberi peluang untuk membuat persembahan.Ya,angah ambil bidang muzik untuk meneruskan apa yang angah hajati.Mungkin pada semester pertama,angah masih belum mampu untuk join mana-mana persembahan. 
Tapi untuk semester kedua ini angah sudah mempunyai konsert sendiri.Angah akan join persembahan kumpulan orchestra UiTM yang akan membuat persembahan pada bulan Februari ini.
Kini,latihan giat dijalankan meskipun waktu sangat terbatas. Yelah,dengan study lagi,dicampur dengan latihan untuk konsert itu,sememangnya tiada masa untuk berehat dan main-main.Kalau ada yang masih main-main maknanya itu WASTED.
Sekian. 
Read more ...

Penjelasan Sebenar : Gempar!!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Penjelasan Sebenar.

Berhubung dengan soalan yang sering dinyatakan oleh beberapa orang tentang apa yangs edang angah lakukan sekarang ini.
"Angah belajar nyanyian ke?? Angah ambil bidang nyanyian?? Memang angah nak jadi penyanyi??"

Pertama :-

Untuk pengetahuan semua pembaca blog DJH,angah merupakan seorang mahasiswa UiTM yang sedang menuntut ilmu dalam bidang Muzik.Angah mengambil kos Diploma Seni Muzik yang hanya terdapat di Kampus Seksyen 17,Shah Alam.
Kedua :-

Angah memilih untuk mengambil alat Clarinet sebagai angah punya principal instrument.Jadi,ini bermakna setiap kali exam studio,angah perlu bermain instrument Clarinet dan bukannya MENYANYI.
Ketiga :-

Angah bukan hanya setakat belajar Clarinet sahaja,subjek-subjek lain masih ada seperti berikut :-
  • Theory In Music
  • Aurall Skills
  • History In Music
  • Pengajian Agama Islam
  • English
  • Performing Group (Orchestra/Choir/Guitar Ensemble/Modern Ensemble)
  • Forum ( Performing Live)
  • Keyboard Skills
  • Conducting Skills
  • Basic Harmony
  • Music Management
  • Traditional Music (Caklempong,Gamelan,Melayu Asli,Keroncong.)
  • Percussion Method
  • Dan banyak lagi subjek.
 Ada banyak lagi subjek-subjek yang perlu angah belajar dalam Diploma ini.Angah tak rasa music adalah satu bidang yang senang.Sama susah dengan bidang-bidang yang lain.
Keempat :-

Ubah persepsi anda apabila mendengar, 
"Saya belajar Muzik." "Jadi awak nak jadi penyanyi?Belajar menyanyi?" 
Muzik tu luas,bukannya semata-mata penyanyi.Kadang-kadang angah penat dengan persepsi masyarakat Melayu itu sendiri.Kononnya muzik tu haram.Sebenarnya segala-galanya boleh jadi haram kalau melalaikan,tinggal solat,buat benda-benda yang dilarang.
Kelima :-

Alhamdulillah,sekarang ni angah rasa gembira dengan apa yang angah buat sekarang. Bukanlah angah nak jadi penyanyi,tapi angah nak jadi ahli muzik,pensyarah Muzik,cikgu Muzik,pengarah Muzik dan juga seorang ahli bisnes Muzik. In shaa Allah.
Kesimpulannya :-

Persepsi masyarakat suakar diubah. Apa yang dilihat,semua orang patut jadi DOKTOR,PEGUAM,ENGINEER. Jadi,siapa yang nak menjadi AHLI MUZIK??Fikir-fikir dan percayalah. Tak guna menghukum orang lain tanpa asas.

Read more ...

Ranking Alexa : 17 Januari 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Global Rank : 1,915,017

Rank In Malaysia : 8,475

Alhamdulillah,ranking semakin mengecil.Tapi tak bermakna angah sudah puas hati.Ya,selagi angah mampu untuk berblogging,selagi tu angah akan berusaha untuk mengecilkan lagi ranking ini.
Kalau sebelum ni angah pernah berada di kalangan bawah 200 000 dalam Global Rank,kenapa sekarang tidak kan?? Apa -apa pun sentiasa sokong angah ye rakan-rakan.
Mood : PENAT + LETIH + KECEWA 
 

Read more ...