19 Januari 2014

Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja



Tekan Banner untuk Join 
Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]

Tag : http://invisiblenote.blogspot.com/
http://blogashalya.blogspot.com/


Read more ...

Bangun Lambat : Ini padahnya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebenarnya angah tak sepatutnya update entry ini untuk hari ini.Angah sememangnya untuk hari sabtu dan ahad ini busy dengan Festival Gamelan Antarabangsa. Angah jadi CREW untuk event tu. Jadi,angah memang dah siapkan beberapa entry autopublish.Supaya takda lah blog DJH ni terbiar.
 Masalahnya,hari ini,sepatutnya 7.00 pagi dah gerak ke fakulti.Bila angah bangun je,tengok2 dah cerah. Tengok jam,dah pukul 8.06 minit. Macam mana ni?? Dah la festival tu kat KL. Jadi,angah tak pegi untuk hari ini,lagipun hari ini adalah hari terakhir.
Angah rasa bersalah sangat dengan kawan-kawan angah yang lain,sebab tak turut serta jadi CREW dengan diorang.Sebabnya,hari ini sepatutnya segala GAMELAN dan BARANG-BARANG kat sana,perlu diangkut kembali ke fakulti.Nampaknya tak dapat angah nak tolong.Angah rasa bersalah sangat-sangat.

Mood terus berubah.

Mood angah hari ini terus berubah,malas nak study,malas nak buat apa-apa pun.Update blog ni pun sebab rasa rajin sikit. Sampaikan angah nak cakap dengan roomate angah pun dah malas. Apa-apapun esok dan start minggu STUDIO EXAM. Harap-harap mood rajin tu datang balik.
Sekian 
 
 *Nantikan entry tentang FESTIVAL GAMELAN ANTARABANGSA
 
Read more ...

Permainan Tradisional : Semakin Pupus.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masihkah anda ingat dengan permainan-permainan tradisional seperti Congkak,Batu Seremban,Lubang Tikus,Tuju Tin,Teng Teng dan sebagainya??
Zaman cepat sangat berubah arah.Kalau sebelum ini,kanak-kanak remaja pastinya akan tahu permainan tradisional ini,tetapi zaman sekarang mereka sudah tidak tahu.Apakah penyebabnya?
  • Gadjet-gadjet yang lebih menarik perhatian.
  • Lambakan GAME internet membuat mereka berminat dan ketagih.
  • Tiada sebarang hebahan ataupun event yang mempopularkan permainan tradisional.

Masihkah anda ingat akan permainan-permainan di bawah?

Permainan Tuju Tin


Permainan Lubang Tikus

Permainan Teng Teng

Permainan Batu Seremban

Permainan Congkak


Permainan Jan Jan Jala Itik

Sejujurnya,angah masih ingat lagi semua permainan ini.Mungkin kalau dimainkan pada masa sekarang angah akan dianggap kuno atau pelik.Tapi sememangnya itulah permainan tradisional melayu yang perlu kita jaga dan simpan supaya ianya terus dimainkan oleh kanak-kanak kita.
Apablia menularnya permainan games internet,telefon mudah alih android,permainan seperti di atas semakin dipinggirkan.Malah,mereka bermain permainan yang langsung tidak bermanfaat kepada diri mereka.Sekurang-kurangnya,permainan tradisional ini mampu menyihatkan badan kerana ia memerlukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,sebaliknya pula dengan Games internet dan sebagainya.Mereka hanya perlu duduk di satu tempat dan yang bergerak hanyalah jari-jemari mereka sahaja.
Bagaimana dengan pendapat anda??

Jom kongsikan dengan DJH. 
Read more ...

Tutorial : Scroll Box For Bloglist



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi bersama dalam rancangan Tutorial Bersama Blog DJH.Baiklah,kali ni angah sebagai pengacara anda akan mengajar anda tutorial yang terbaru,mungkin anda dah tahu,tetapi sesuai bagi blogger baru macam angah.
SCROLL BOX FOR BLOGLIST 
Apa yang angah dapat lihat,kebanyakan blogger baru atau newbie yang baru mempunyai senarai bloglist yang agak panjang dan meleret-leret. Mungkin pemilik blog itu sendiri suka dengan bloglist yang panjang dan meleret.
Tapi bagi angah sendiri,panjang dan meleret-leret bukanlah sesuatu yang kemas dan simple.Jadi,angah nak bagi cadangan kepada anda untuk membuat SCROLL BOX pada bloglist anda.
Contohnya ada dibawah :-


Jadi,begini caranya :-

  • Log in > Design > Edit HTML  > Tick Expand Widget Templates 
  • Tekan Ctrl F dan cari tajuk bloglist anda,seperti blog angah,tajuk bloglist angah adalah Rakan Blogger.
  • Bila anda dah jumpa tajuk bloglist anda itu tadi,cuba anda lihat di sekitar kawasan tajuk bloglist itu tadi,anda akan berjumpa dengan code seperti di bawah :-
<div class='widget-content'> 
  • Dah jumpa?? Tahniah!! Sekarang gantikan code yang anda jumpa dengan kod yang baru seperti yang dibawah :-
<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>  
  • Gantikan nombor yang bewarna merah itu dengan kesesuaian anda sendiri.
  • Cuba PREVIEW,kalau menjadi,boleh terus SAVE. Kalau tak menjadi,kenapa tak jadi eh? Tinggalkan komen anda di ruangan entry ini.
Senang dan mudah kan?

Credit : Lyssa 

Sekian sahaja untuk rancangan kali ini,kita bertemu lagi dalam rancangan Tutorial Bersama Blog DJH. Assalamualaikum..
Read more ...