20 Januari 2014

Rakan Blogger : Bantu Blogger




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda pernah dengar RAKAN BLOGGER? Rakan Blogger merupakan suatu tempat untuk anda mendapat pelbagai maklumat dan info tentang dunia blog. Anda juga boleh bertanya segala benda tentang dunia blog di situ.
Macam mana nak join??

Anda hanya perlu klik LIKE sahaja pada button Like di bawah,dan anda akan menerima update daripada Rakan Blogger. In shaa Allah.



Kalau anda perlukan bantuan,boleh lah datang ke page Rakan Blogger,in shaa Allah kami akan bantu anda. Jom sama-sama meriahkan dunia blog!!

Sekian.

*Klik LIKE sebagai tanda sokongan anda! :D Thanks 
Read more ...

Lorong Seni : Seksyen 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Petang semalam,angah dan kawan-kawan angah ke suatu temat di Seksyen 2,Shah Alam.Art Street. Kalau anda nak tahu,di situ terdapat satu lorong dibelakang kedai-kedai di kawasan seksyen 2.
Apa yang menarik adalah di sepanjang laluan itu,terdapat pelbagai lukisan yang cantik dan menarik.Semuanya cantik dan mengagumkan.Sebenarnya lorong seni ini sudah lama siap,cuma angah dan rakan angah yang sibuk dan tak sempat nak bergambar.
Jom saksikan :- 


Gambar cikgu yang nak pukul anak muridnya.


Versi pukul punggung.


Murid-murid berlari.


Macam ada yang pelik kan dalam gambar ni?


Model yang sama.


Feeling Cantik.


Beriman.


Pegang Belon.

Kalau anda berminat untuk melihat tempat ini,datanglah ke Shah Alam.Ada banyak lagi lukisan-lukisan yang menarik.Terima kasih diucapkan kepada Afiq + Ashraf kerana sanggup menjadi model untuk kali ini.
Sekian.

Berminat untuk datang :-

Seksyen 2,Shah Alam.
Art Street 

Read more ...

Neraka : Tempat Anak Abai Ibu Bapa



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"JANGAN MALU IBUMU SEORANG PENJAJA JALANAN TAPI MALULAH PADA DIRI SENDIRI KERANA IBUMU MASIH DISITU MENJAJA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPANNYA"

Seorang anak semestinya perlu dan wajib berbakti kepada kedua orang tua mereka. Kerana apa? Kerana itu adalah sdah menjadi kewajipan mereka.Sedangkan mereka yang yatim piatu sendiri mahukan ibu bapa,inikan pula kita yang ibu bapa masih hidup,sihat walafiat.
"Saya ada jiran yang sanggup tinggalkan ibunya di rumah orang-orang tua.Bila saya tanya,kononnya senang sikit kerja,lagipun sebab si anak tu sibuk."jelas seorang wanita.
Seperti situasi di atas,apa perasaan ibunya yang ditinggalkan di rumah orang-orang tua? Kalau angah sendiri,sudah semestinya masa kecil lagi sudah angah tinggalkan si anak tu di mana-mana.Bila besar,tak kenang budi.
"Sudah lama anak saya tak balik.Dah dekat 10 tahun.Kalau pasal duit saya tak kisah,biarlah dia tak beri langsung,asalkan saya boleh jumpa dia." luah seorang pakcik. 
Situasi seperti di atas jelas menunjukkan betapa anak-anak sibuk dengan perkara dunia dan melupakan ibu bapa.Apa salahnya jika kita pulang ke rumah? Berjumpa dengan ibu bapa? Ini adalah sungguh tidak bagus.

Klik Gambar untuk lebih jelas

Jom sama sama kita doakan untuk ibu bapa kita. Mungkin kita sedar dan mungkin kita tidak sedar akan perlakuan kita.Ingatlah bahawa mungkin kita boleh buat perkara yang teruk kepada kedua ibu bapa kita,balasannya mungkin anak kita sendiri akan melakukan perkara yang sama,bahkan lebih teruk daripada itu.
Sekian. 
Read more ...

Selamat Hari Lahir :- Mialiana



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tanggal 20 Januari adalah ulang tahun hari kelahiran seorang blogger yang paling hebat pernah angah jumpa iaitu kak Mialiana.Kenapa angah kata paling hebat?? Sebab blogger ini selalu membantu angah kalau angah dalam kesusahan.
Semoga Kak Mialiana terus maju dalam segala bidang yang akak ceburi.In shaa Allah. 

Happy Birthday Kak Mia!! :D 



Read more ...

International Gamelan Festival 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

International Gamelan Festival



Festival Gamelan Antarabangsa kali pertama telah dianjurkan oleh Fakulti Muzik UiTM yang berlangsung di Panggung Sari,Kompleks Kraf Malaysia,Jalan Conlay,Kuala Lumpur.Festival ini berlangsung selama 2 hari iaitu 18 Januari 2014 dan juga 19 Januari 2014.
Sebanyak 9 buah pasukan telah menyertai festival yang julung kali diadakan.Antaranya ialah :-

  • Gamelan Club UiTM
  • Sanggar Kirana,UTP
  • Gamelan Bayu,UPSI
  • Universiti Malaya Gamelan Ensemble
  • Gamelan Gena,Gangsa SMKBBS
  • Gema Gamelan Wafaqan,KISAS
  • Gamelan Salukat,Bali
  • Laras Nusa,ISI Yogyakarta
  • Gamelan Asmaradana,Singapore

Fakulti Muzik UiTM dengan rasa bangganya turut mengumumkan bahawa tahun 2014 adalah tahun ke 30 program muzik di perkenalkan di Universiti Teknologi Mara.Pelbagai program dan rancangan menarik telah diatur untuk meraikan 30 tahun program Muzik,antara programnya termasuklah Festival Gamelan Antarabangsa ini.

Beberapa gambar di bawah adalah gambar festival ini.


Panggung Sari,Kompleks Kraf Malaysia.





Kumpulan Salukat,Bali.


Kumpulan Gamelan Bay,UPSI.




Pemandangan dari pentas.



Backstage.

Dianjurkan oleh :-

Fakulti Muzik,UiTM
www.music.uitm.edu.my
www.facebook.com/MusicUiTM
www.twitter.com/MusicUiTM


 Kredit Gambar : Lily,Khy
Read more ...