23 Januari 2014

Mood Blogging : Hambar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cerita Pertama :-

Kalau nak diikutkan,minggu ni adalah minggu yang paling sedikit angah blogwalking.Selain itu,angah pun tak sempat nak tengok dan balas komen-komen anda di setiap entry yang angah dah publish.
Untuk pengetahuan semua,kebanyakan entry angah pada minggu ni adalah entry auto-publish.Sebab apa? Sebab angah tak punya masa untuk hasilkan entry pada waktu-waktu tertentu.Jadi angah terpaksa menyiapkan 3-4 entry dalam satu masa sekaligus.
Walau apa pun,minggu ni dah berakhir.Jadi angah dah boleh kembali kepada yang asal.Maksudnya macam seperti biasa,angah berblogwalking dan balas komen anda di entry.
Cerita Kedua :-

Angah dah malas nak kaple.Kenapa macam tetiba je cakap pasal kaple kan?? Bukan apa,ada kisah di sebaliknya,tapi bagi angah tak perlu kut nak bercinta-cinta time study.Buang masa,buang tenaga dan buang segala-galanya.
Angah rasa macam tak penting untuk bercinta time study.Tambah-tambah sekarang pula angah semakin busy.Dan angah rasa bila terlampau busy,ianya seperti suatu kelebihan kepada angah untuk tidak terjebak dengan sesuatu yang tidak berfaedah.
Sekian. 
Read more ...