28 Januari 2014

Jangan Delete Blog!!!


Assalamaualaikum dan salam sejahtera.


Rasa sedih bila bilangan Follower tak bertambah??

Kenapa nak rasa sedih?? Jangan sedih.Itu hanyalah sekadar jumlah.Kadang-kadang ada je blog yang hanya ratus-rauts je followernya,tapi pageview dah berjuta-juta.Tak perlu rasa sedih,bahkan perlu usaha lagi untuk majukan blog anda.
Rasa terkilan kerana tak dapat  pageview yang banyak??

Rasanya anda perlu berbalik kepada tujuan asal anda berblogging.Kalau sememangnya sekadar inginkan pageview berjuta-juta tanpa entry yang best,itu bermakna niat anda dah salah.Blog merupakan medium untuk kita berkongsi cerita sesama blogger.Bukan setakat menjadi famous dan hebat.
Rasa kecewa bila tak pernah menang GA?

Kenapa nak kecewa?Mungkin keuntungan dari segi harta benda kita tak dapat.Tapi keuntungan dari segi follower,pageview,semuanya meningkat apabila kita menyertai sesuatu GA,itupun dikira keuntungan.Percayalah setiap kelakuan anda pasti ada balasannya. 

Rasa bosan bila tak tahu nak update entry??

Kenapa nak rasa bosan?Bila dah rasa bosan,lebih baik anda blogwalking.Cari blog-blog yang best,baca dan komen di entry-entry rakan -rakan blogger.Kalau setakat update entry seciput,tanpa idea yang banyak,rasanya baik tak payah update,sebab susah untuk rakan-rakan blogger nak tinggalkan komen.Nak komen apa pun diorang tak tahu.
Rasa bangga bila blogger otai komen di blog kita??

Yup,yang ini memang perlu dibanggakan.Ini bermakna blogger-blogger otai sudahpun merasai kehadiran anda dalam dunia blogging ini.Susah tau nak tengok blogger otai komen di blog blogger newbie macam kita ni.Tapi janganlah sedih kalau tiada komen daripada blogger otai.Ia sebenarnya tak terlampau penting untuk sesuatu blog itu mempunyai komen daripada sesiapa pun.
Sekian. 
 
Read more ...

Aib Orang Diselindung, Aib Sendiri Disorok.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Aib Orang Diselindung,
Aib Sendiri Disorok.

Berkenaan tajuk kita hari ini,tentnag aib orang.Zaman sekarang ni terlampau banyak medium-medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan aib orang lain. Kalau zaman dahulu penyebaran aib hanyalah melalui mulut ke mulut.Tapi zaman sudah berubah,makanya perlulah untuk menyebarkan aib orang lain di medium baru.
Apa perasaan apabila anda diaibkan orang lain??
Kalau bagi angah sendiri,sudah tentunya angah rasa marah yang teramat-amat.Dan satu lagi rasa malu,sebab sesuatu yang mengaibkan hanya digelar aib jika ia benar-benar memalukan bagi diri seseorang.
Pernah Diaibkan??
Angah masih teringat apabila angah diaibkan depan rakan-rakan dan cikgu tentang sesuatu yang memang angah sangat malu.Kejadian ketika angah masih di sekolah rendah.Angah pun dah lupa hal apa,tapi memang mengaibkan.Ia ibarat memberitahu satu dunia tentang rahsia kita.
Tak perlu untuk sebarkan aib orang!!

Bagi angah,tak payah kut,nak sebarkan aib orang.Tak perlu!.Sebab kadang-kadang kita akan rasa happy setelah mengaibkan orang,mana tahu suatu hari nanti,masa kita pula diaibkan orang lain.Allah S.W.T Maha Berkuasa untuk melakukan apa-apa pun.
Sekian. 
Read more ...