3 Februari 2014

Rindu Melekat Dalam Hati




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Nampaknya sudah berakhir cuti raya cina,bermakna berakhir jugak cuti untuk angah bersama family.Kalau ketika cuti,tiada langsung sebarang kerja-kerja study yang angah bawak pulang ke Kedah,nampaknya selepas ini angah akan bersama balik dengan buku2 + clarinet+ lecturer + kengkawan.
Apa yang angah akan rindukan??

  • Mak,Abah,Adik.
Angah sudah semestinya akan merindui mereka.Ye lah,mereka semua adalah family sendiri.Kalau angah tak rindu,sudah semestinya angah bohong. Bila angah tak balik,hanya tinggal tiga orang sahaja dirumah,iaitu Mak,Abah,dgn adik angah yg kecil.
  •  Along.
Walaupun malam ni angah akan naik bas bersama dengan along a.k.a kakak angah,tetapi tetap akan rindu jugak.Dia sekarang kerja di Kuala Lumpur.Angah pulak dekat Shah Alam.Nampak macam dekat,tapi nak berjumpa,huh..sungguhlah susah.
  • Kucing-kucing
Ya,kucing.Kat rumah angah ada lebih kurang 20 lebih kucing yang dibela oleh family angah.Banyak kan??Time angah balik ni,seekor kucing dah pun beranak lagi 4 ekor anaknya.Bertambah lagi.Sememangnya angah akan rindui mereka. 
  •  Katil + Bilik
Bilik sendiri + katil.Walaupun bilik angah tak la sekemas mana pun,tapi angah tetap akan rindu dengan bilik angah.Sebab bilik angah adalah tempat angah rehat + tidur.Hehehe..itu saja.

Sekian. 
Read more ...

Iklan Terbaik daripada...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Miss G

Angah baru je pasang Miss G kat blog DJH ni.Setakat ni masih baru lagi..kadang-kadanga da peningkatan..dan kadang-kadang tak meningkat langsung..

Mr N
Yang ni pulak dulu-dulu angah pernah guna,tapi tak pernahnya nak dapat earning.Sakit hati sangat2!! Sekarang pulak dengan cerita-cerita tentang Mr N yang tak bagi earning dalam bulan Januari.

Mr K

Yang ni angah letak balik..sebab nampak macam oke je.Earning pun dalam USD!!Sama-sama kita nantikan apakah pengakhirannya.


Miss E

Saja je angah try guna yang ni.Ini adalah yang terbaru!!Tak sabar nak tengok kesan-kesannya.

*Bila letak iklan-iklan yang banyak ni,khuatir juga kalau blog lambat loading or jadi lambat..mintak2 tak terkesan sangat..
Read more ...

Pilihan Anda : Terbuka : Tertutup



Terbuka.
Lalu di deretan gerai yang menjual kuih-muih,pasti kedai yang meletakkan kuih-muih di dalam bekas tertutup sahaja yang akan menjadi pilihan ramai.Dalam fikiran pembeli,makanan yang terdedah dan terbuka pasti tidak bersih dan telah dihinggapi debu atau lalat.
Mempunyai sesuatu yang menarik ada kalanya akan menimbulkan satu perasaan ingin diketahui umum.Biarlah orang lain dapat melihat dan mengetahuinya dan sudah pasti akan mendapat pujian.Secara tidak sedar,ia turut membuka sifat riyak dan takkabur dalam diri orang tersebut.
Maksud ayat 6 surah al-Ma'un merakamkan bahawa antara orang yang mendustakan agama ialah orang yang berkeadaan riyak (Menunjuk-nujuk dalam ibadah dan bawaannya.)
Menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang hasad dan dengki untuk menghancurkannya.Jangan biarkan ia terbuka,kelak akan membuka mudarat kepada diri sendiri. 
Tertutup

Hadiah yang dibalut dengan kemas dan sempurna pasti dapat menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya.Biarpun tidak mengetahui apa isi yang ada di sebalik kotak tertutup itu,ia tampak sangat istimewa hanya kerana ia tertutup rapi.
Sesuatu yang tertutup itu pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan dilindungi.Tidak semestinya ia menyembunyikan sebarang kecacatan,tetapi ia mahu dilindungi daripada dipandang oleh orang ramai.Ia sesuatu yang berharga mungkin.
Tutup dan jagalah barang berharga kita dengan sebaiknya.Tertutup itu bukan memalukan,tetapi tanda kita mempunyai rasa malu dan bukankah malu itu tanda orang yang beriman dan cabang daripada keimanan.
Daripada Abi Mas'ud,Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :-
"Apabila engkau tiada sifat malu,maka lakukanlah apa-apa sahaja yang engkau mahu."
(Riwayat Al Bukhari)
Apa yang penting di sini,satu pesanan khas buat wanita Muslimah,tutuplah aurat,semoga pintu syurga terbuka buat kita.
 Sekian
Read more ...