8 Februari 2014

Kerana NAFSU : Lelaki Atau Wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Mengapa Menyalahkan LELAKI Kerana Tidak Pandai Mengawal Nafsu?

Sedangkan WANITA Yang Sengaja Berpakaian Merangsang Nafsu Lelaki??"

Siapa yang bersalah dalam hal ini?Siapa yang patut dipersalahkan??Siapa yang mahu bertanggungjawab?Sama-sama kita fikirkan.
Kadang-kadang kita terleka dengan urusan dunia.Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa akan akhirat. 
Sekian. 

Read more ...

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013, Gondol RM500,000




"Tahniah  diucapkan kepada kumpulan Sepahtu yang telah berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak             RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Keputusan undian sebanyak 72% melayakkan kumpulan yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim itu bergelar juara MLM musim ini.
Naib Juara menjadi milik Shiro dengan 69% undian dan mereka telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu, kumpulan Bocey memberi kejutan apabila ketiga-tiga mereka memenangi gelaran ‘Man Of The Match’ pada pertandingan akhir MLM2013 dan turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Bocey memberi saingan sengit kepada kumpulan Shiro dengan memperolehi 68% undian dan melayakkan mereka memperolehi hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi.
Tempat keempat dan kelima menjadi milik Kumpulan Jambu dan satu-satunya peserta solo, Nabil Ahmad dengan perbezaan 1% undian iaitu sebanyak 65% dan 64%.
Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM15,000 serta trofi sumbangan Astro. "

Tahniah!!

Akhirnya berakhir sudah Maharaja Lawak Mega 2013.Penantian yang cukup mendebarkan.Apa pendapat anda tentang persembahan semalam?Menarik??Atau ada yang tidak dapat hadiah yang sepatutnya?? :D 


Read more ...

Persahabatan : Riadah Bersama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Petang semalam bersamaan petang 7 Februari 2014,angah dengan rakan-rakan angah yang lain meluangkan masa untuk berbasikal di sekeliling UitmShah Alam. Selain angah,rakan angah yang lain adalah Afiq (Bassonist) ,Tasya (Pianist),Mandy (Pianist),Fatin (Pianist),Rushdan (Pianist),Ameer (Guitarist).
Memang best!
Best sangat bila dapat bersama dengan orang -orang yang sekepala.Mereka-mereka ini adalah kawan angah yang paling baik dekat fakulti.Ye la.Fakulti angah banyak jenis orangnya,ada yang pelik,ada yang perangai sombong,ada yang perangai merendah diri sesangat,ada yang perangai berlagak. 
Yang atas ni Afiq,dia main Basson,kalau anda tak tahu boleh lah Google apa itu basson.Dia juga antara kawan yang baik dengan angah.Kami serumah di kolej,walaup[un selalu jugak bergaduh,tapi tak pernah amik kisah pasal hal bergaduh tu haha.


Ini adalh time dekat kedai Sukipt.Kan Sukan IPT sedang berlangsung dengan hebatnya di Uitm Shah Alam,jadi kami pun bergambar di sebuah gerai di perkampungan SUKIPT.
Yang baju hitam tu Afiq,yang baju kuning tu Rushdan,yang baju merah tu sapa ek? Angah la haha..masing2 pegang teddy bear,tapi lepasa tu letak balik,sebab bukannya nak beli pun.Hahaha
Sekian. 

Read more ...