9 Februari 2014

"Saya Nak Jual Blog DJH."




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak menulis tentang blog DJH.Dah lama rasanya angah tak menulis tentang blog kesayangan ramai ini.ye ke?? Haha..

Pertama :-
Begitu banyak broken link dijumpai dalam blog angah.Gambar yang di atas adalah buktinya sebanyak 131 broken link dijumpai.Kenapa jadi macam ni eh?Angah rasa mungkin disebabkan oleh entry-entry terdahulu tentang peserta2 GA/SEGMEN yang pernah angah anjurkan.
Dan cara untuk angah buang,sudah tentunya dengan membuka setiap satu,kemudian delete satu persatu.Aduss... lambat kut nak habis :(

Kedua :-


Dalam beberapa hari ini,seringkali entry-entry angah menerima komen SPAM daripada anonymous.Contoh ayatnya :
Today, I went to the beach with my children. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear. She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but I had to tell someone! Also visit my web site ... กิฟฟารีน 
Memang komen-komen sebegini mengganggu angah.Hampir 50 komen untuk setiap entry. Solution terbaik??Kita padam komen-komen sebegini.

Ketiga :-

Harga keseluruhan blog angah adalah : $ 4154!!! Sungguh tak disangka blog angah semahal sebegitu.Jadi kepada anda semua yang berminat nak beli,bolehlah kumpul duit banyak tu dulu,pastu baru boleh beli blog angah.*Tu pon kalau ada yang berminat.Hehe
Sebenarnya bukan angah nak jual blog pun,cuma saja nak chek value blog angah.Barulah kita akan rasa betapa mahal dan murahnya blog kita sendiri.
Sekian.

Read more ...

Magnet itu BUKTINYA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampakkah anda gambar di atas?Itu adalah gambar magnet dan juga serbuk besi.Itulah medan magnet yang terhasil apabila diletakkan bersama.Apa yang ajaib,bila angah tengok gambar ini,mengingatkan angah terhadap sesuatu.Yang sebetul-betulnya serupa dan sama..

Boleh anda bayangkan apa yang serupa atau sama itu??Kalau tak juga angah ada petunjuknya.
QIBLAT 

Bila angha tengok gambar di atas,terus angah teringat dengan Kaabah.Sebijik kut gambar tu,terbayang suasana ketika orang ramai tawaf di keliling Kaabah.Begitulah pemandangannya.
Ini menunjukkan ada suatu kuasa yang lebih kuat yang menunjukkan bahawa Kaabah la pusat kepada seluruh dunia.Ia juga menjadikan bukti bahawa ISLAM itu adalah agama yang benar.Kalau nak diikutkan bukan sahaja dari pemandangan di Mekah sahaja yang kita dapat lihat sebegini rupa. 
 
Tapi di seluruh dunia juga.Kerana apa?Kerana semua umat Islam menjadikan Kaabah sebagai qiblat maka sudah semestinya semuanya tertumpu ke arah yang sama,sama seperti keadaan di Kaabah ,Mekah.

Masih tak bersyukur??

Anda masih belum bersyukur kerana dikurniakan nikmat Islam??Bersyukurlah pada tuhan yang ESA.Ingatlah bahawa Allah.S.W.T menjadikan hambanya untuk beribadat kepadaNYA.Janganlah kita lebih-lebihkan dunia semata,sedangkan akhirat ditinggalkan. 

Read more ...

"Saya dengki dengan Awak."



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Cuba kau tengok dia tu,setiap kali exam mesti dia boleh skor.Aku jeles dengan dia.Tengoklah suatu hari nanti,aku curi buku-buku dia,at last dia tak boleh nak study..hahahah.."
Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang sebegini rupa?Jenis yang mendengki terhadap orang lain?Inilah orang yang paling dibenci angah sendiri.Apabila berhadapan dengan orang macam ni,kita semestinya perlu berani untuk pertahankan hak kita sendiri.
"Aku nak sabotaj kedai sebelah aku ni.Nanti pelanggan-pelanggan dia lari,datang kedai aku.Kahkahkahaah.."

Kemis yang iri hati terhadap orang lain.Sebenarnya persaingan yang ada sebaiknya dilakukan secara positif.Bersaing secara positif.Itulah yang terbaik.Kadang-kadang bila angah berhadapan dengan orang macam ini,untuk kali pertamanya angah rasa macam nak berputus asa,tapi angah sedar bahawa orang macam ni tak patut dilayan.Dia cuma tidak dapat merasa apa yang kita rasa.
Kalau angah jadi orang tu??

Kalau angah jadi orang tu,angah rasa lebih baik angah majukan diri berbanding sabotaj orang lain.Orang yang kita sabotaj tu mungkin akan lebih berjaya selepas itu,kita pulak??Masih ditakuk yang sama??
Usaha Tangga Kejayaan

Tanpa usaha tiada sesiapapun mampu berjaya.Sedangkan nabi pun berusaha untuk sebarkan agama inikan pula kita yang tidak seberapa ini.Percayalah kejayaan itu ada pada setiap orang,cuma lambat atau cepat serta dilakukan dengan usaha atau pun tidak.
Sekian.
Read more ...