10 Februari 2014

Catatan Untuk Mak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kadang-kadang angah terfikir,bila dah lama sangat angah tak call mak angah,adakah mak angah akan sedih??Angah terbayang wajah mak angah yang sedang menangis menunggu anaknya pulang ke rumah.Angah takut suatu hari nanti,mak angah tunggu angah balik,tapi angah dah tak balik-balik..
Angah risau nanti kalau-kalau angah akan lupakan mak angah sebagaimana si tanggang,angah risau kalau lepas angah dah kahwin nanti,angah akan lebihkan isteri tanpa melihat kepada mak sendiri.Macam mana perasaan mak ketika itu?? 



Masih teringat lagi,ketika mak siap-siapkan angah untuk ke tadika dengan sekolah rendah.Ketika itu,mak masih muda.Mak siapkan pakaian angah,pastu hantar angah ke van.Bila angah balik rumah,mak sambut angah dengan muka gembira.Tanya apa yang angah belajar hari itu.
Tapi sekarang mak dah semakin tua.Sekarang mak dah tak payah siapkan angah,sebab angah sendiri dah boleh berdikari,tetapi secara jujurnya angah nak mak tahu,yang angah rindu semua tu. 


Angah rindu nak berada dalam pelukan mak.Rasa kasih sayang seorang ibu.Bila angah masuk sekolah menengah,angah terpaksa tinggal di asrama.Kebanyakan hari-hari yang angah lalui tanpa mak.Angah hanya call mak bila angah rasa angah nak call. Ketika itu,angah dah rasa yang mak mesti akan rindu angah
Kalau time hari sabtu atau ahad,bila mak datang,mak akan tanya macam2 tentang angah,angah dah makan ke belum.Minggu ni buat apa. Semua mak tanya.Dan yang paling angah terharu bila mak beli macam-macam untuk anak lelaki mak ni.Angah rindu mak.Angah rindu mak.


Bila angah masuk universiti,angah semakin jauh dengan mak.Angah semakin sibuk dengan pembelajaran sampaikan kadang-kadang angah lupakan mak.Tapi angah tau yang mak tak pernah lupakan angah.Angah tahu bukan abah sorang je yang cari rezeki,mak pun sama juga.Setiap hari mak menjahit baju untuk cari duit nak bagi kepada anak-anaknya.
Masih angah ingat ketika raya suatu masa dahulu.Mak sangat sibuk siapkan baju raya orang lain.Sampaikan baju raya angah mak hanya mampu siapkan pada pagi raya.Mak akan pastikan anak-anaknya memakai baju raya baru.Biarlah kalau mak sendiri pun tak pakai baju raya.
Apa yang angah boleh cakapkan adalah angah sentiasa doakan mak,semoga mak sihat sentiasa.Angah tahu setiap hari mak akan doakan angah.Angah cuma kesian dekat mak sebab kena berkerja lagi sedangkan anak dah besar.Angah harap mak boleh bersabar untuk tunggu angah mendapat pekerjaan.In sha Allah angah akan berikan gaji angah kepada mak dan abah. 
 Angah sayang mak!!

 Sekian.

*Entry ini angah buat dengan penuh rasa sedih dan rindu pada mak angah,Noriah Binti Halim.

Read more ...

Isteri Yang Baik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Isteri Yang Baik ...yang sentiasa menghiburkan hati suaminya disaat suaminya dalam kesedihan atau kemarahan dan sentiasa menenangkan suaminya apabila buntu mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah.
Isteri Yang Baik ...yang sentiasa senyum pada suami tak kira masa...dan bertutur dengan baik serta kemanjaanya.
Isteri Yang Baik...tidak pernah berkira dengan suaminya...tidak pula meminta apa-apa selain dari kasih sayang suaminya. 

Betul atau tidak?

Kalau bercinta,angah lebih suka bercinta selepas kahwin.Sebab lagi sweet kononnya.Kalau bercinta sebelum kahwin,angah rasa akan lagi banyak dosa yang akan dilakukan.Teringin jugak nak jadi macam cerita dalam novel,bila dikahwin paksa,dan pengakhirannya hidup bahagia.Tapi lagi bahagia apabila cinta itu disulami dengan keislaman. 
 Sekian.


Read more ...

Review Blog Hangat


Assalamualaikum dan salam sejahtertera.

Rasanya dah lama angah tak buat review kan??Jadi sekarang angah nak review 2 blog bertuah.Sebenarnya angah dah mintak dah link blog di FANPAGE DJH semalam,jadi blog yang terpilih ialah mereka yang akan angah review untuk hari ini.




Blog yang comel dan cantik ni sudah semestinya dimiliki oleh blogger JOHOR.Macam mana angah boleh tahu?Tengok di header blog tu pun dah tahu kan?? Blog yang cantik dan comel ni rasanya masih lagi bersekolah.Apa-apapun teruskan berblogging,cuma jangan lupakan pelajaran.Blog yang cantik dan menarik.
Angah bagi : 4 Bintang 





Blog yang seterusnya.Dengar nama blog pun macam dah hebat kan??? Aku Penghibur,sudah semestinya banyak perkara hiburan di situ?Apa yang angah dapat lihat,buakn setakat hiburan tapi banyak juga entry-entry berunsur nasihat,tips-tips dan info yang diberikan.Maknanya blog ni lengkap dengan segala benda yang kita perlu tahu.Tak gitu??Apa pun bagi angah blog ni best,dan angah selalu jadi silent reader je.Hehe..
Angah bagi : 4 Bintang

Pemarkahan : Memang ada 4 je bintang hehe.Blog angah pun bukan nya best sangat??Kalau best k 
Read more ...