11 Februari 2014

Negatif atau Positif : Flappy Bird




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda bermain game ini?? GAME FLAPPY BIRD yang sedang hangat dimainkan oleh seluruh manusia yang mempunyai handphone Android mahupun Iphone.
Apa yang best,game ni mengajar manusia untuk rasa bersabar.Memang susah untuk main game ni sebenarnya.Pertama kali angah main, nak dapatkan markah 1 pun susah.Angah pernah tengok video orang frust main game ni,sampaikan pukul dan baling2 handphone nya sehingga rosak. Nampak sangat orang tu jenis yang tak sabar kan?? 
 Angah rasa dari sudut positif,game ni boleh membuat angah kenal siapa yang sabar dan siapa yang tidak sabar.



Dari sudut negatif,game ni membuatkan orang ramai leka.Ya,leka kerana asyik bermain game ini.Tidak dinafikan,angah turut bermain game ini,tetapi tidaklah sampai terlampau taksub seperti sesetengah orang. 
Dengar cerita,pencipta game ini sendiri telah pun membunuh diri akibat tertekan.Dan kalau anda nak download game ini di google play store,sudah terlambat,sebab mereka sudah delete aplikasiini di laman web tersebut.Hanya mereka yang awal sahaja yang boleh download.
Sebab apa mereka delete,angah sendiri pun tak tahu.Apa-apa pun game-game jugak..tapi janganlah sampai lupakan hal-hal lain. 
 Sekian.

Read more ...

Garang atau Sayang : Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kasih Bapa.

Kadang-kadang kita tidak tahu betapa sayangnya ayah terhadap kita.Mungkin mereka hanya memendam rasa.Apa yang angah nak tunjuk kat sini adalah betapa sayangnya dua bapa ini terhadap anak mereka.
Gambar Pertama :- 

Kelihatan seorang bapa yang sedang menyelamatkan anaknya daripada ditembak oleh pihak Israel. Nama anaknya Muhammad, pada ketika awalnya,mereka berdua berlindung di sebalik dinding konkrit.Bapanya mencuba untuk selamatkannya.Bapanya menjerit, "Don't Shoot!!!" kepada askar-askar Israel,malangnya tembakan terus dibuat,bertalu-talu.

Muhammad terjatuh di atas riba bapanya.Akhirnya Muhammad dan bapanya mati ditembak.
Betapa bapanya menjaga anaknya sehingga akhirnya kedua-dua mereka menghembuskan nafas terakhir. 

Gambar Kedua :-
Kelihatan bapa kepada seorang bayi yang sudah dikafankan tidak sanggup meninggalkan jenazah anaknya walaupun ketika itu anaknya sudah mahu dikebumikan.
Kasih sayang yang ditonjolkan begitu membuatkan angah rasa sedih.Sayangnya bapa terhadap anak tidak dapat digambarkan melalui perkataan. 
Pengajarannya :-
Sebagai seorang anak,anda sepatutnya berbakti kepada ibu bapa dan bukannnya sekadar buat-buat lupa dengan mereka.Mungkin mereka tidak menunjukkan apa apa perasaan tetapi jauh di hati mereka,mereka inginkan anak mereka bersama dengan mereka.Jangan sampai nanti menyesal apabila mereka sudah tiada.
Sekian. 
 Lihat Entry : http://www.diarijejakahangat.com/2014/02/catatan-untuk-mak.html

Read more ...

Dua Persoalan : Handphone + Obesiti



Persoalan Pertama :-

Yang mana satukah adalah hanphone anda yang pertama??

Masih angah ingat,phone pertama yang angah tengok adalah henset milik ayah angah.Motorola yang mempunyai antena.Lawak pulak kalau nak diingatkan balik.Rasanya ketika itu angah masih di sekolah rendah.
Kemudian orang kedua yang mempunya henset di rumah angah adalah mak angah.Iaitu henset Nokia 3310.Ketika itu hanya mak dan ayah angah sahaja yang mempunyai henset. Beberapa tahun kemudian,kakak angah pula yang mendapat telefon bimbit.Akhirnya pada hujung tahun 2012,angah sendiri pulak yang dapat phone sendiri. 
Sekarang dalam family angah,hanya adik angah yang darjah 5 sahaja yang masih belum mempunyai henset sendiri.Kalau dulu,semua henset tekan-tekan..tapi sekarang semuanya touch screen.Memang hebat. Apa yang dapat dilihat,perubahan henset di dalam family angah turut mengikut trend semasa. :D 
Bagaimana pula dengan anda??Apakah jenis henset yang pertama anda gunakan??Dan pada bila??Jom kongsikan.. 

Persoalan Kedua :-
Malaysia Negara Tergemuk di Asia Tenggara?? 

Sungguh tidak disangka apabila Malaysia dinobatkan sebagai negara paling tinggi rakyatnya mempunyai berat berlebihan.Dari sudut positif,ia menunjukan bahawa rakyat Malaysia banyak makan + mempunyai rezeki yang banyak serta harta yang melimpah ruah berbanding negara lain.
Manakala dari sudut negatif pula,ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat malas untuk bersenam.Anda boleh tengok sendiri apabila berjalan di sebuah pasar malam.Rata-rata ramai yang mengalami penyakit obesiti. 
 Kesihatan amat penting.Orang selalu mengatakan bahawa orang yang berbadan besar + obesiti ini adalah orang yang sihat.Tetapi sebenarnya orang yang sihat dalam erti kata yang sebenar adalah orang yang mementingkan kesihatan dari segala aspek.
Sekian 

Read more ...