12 Februari 2014

Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa!



 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. 
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. 
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. 
Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. 
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.


Credit : Facebook + Google Image 
Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Asrama Puteri Terbakar : Mayat Hangus Terbakar


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Mungkin sebahagian daripada kita tidak pernah mendengar mengenai kisah duka yang berlaku pada 22 September 1989 ini bukan?
Oleh itu Astro telah mengambil kesempatan untuk menayangkan telefilem hebat ‘Pondok Pak Ya’ arahan Wan Hasliza pada Februari ini.Telefilem tersebut adalah berdasarkan kisah benar peristiwa yang telah meragut nyawa 27 pelajar perempuan dan sekaligus telah memusnahkan blok Asrama Puteri.
Menariknya, telefilem ini turut memuatkan beberapa fakta mengenai peristiwa tersebut antaranya ialah kebakaran berlaku dengan cepat, mayat yang dijumpai kebanyakannya sudah hangus terbakar dan sukar untuk dikenali serta mangsa yang terselamat masih lagi trauma walaupun sudah lebih 20 tahun kejadian tersebut berlaku.
Selain itu, anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dalam telefilem  tersebut dengan membawa watak sebagai ibu saudaranya.
‘Pondok Pak Ya’ telah mula ditayangkan di Astro Box Office Tayangan Hebat bermula Februari.
Sumber 
 
 :- Angah dah tengok dah cerita ini.Mula-mula rasa macam susahnya kehidupan zaman dulu,dengan susahnya perhubungan antara asrama itu sendiri dengan pihak bomba.Pastu boleh tengok bagaimana kejadian itu terjadi. Kemudian angah rasa sedih,bila melihat babak ibubapa menangis apabila dimaklumkan bahawa anak mereka sudah tiada.
Memang terbaik dan mampu menyentuh hati,telemovie yang menarik. 
Read more ...

Blogger Sombong | Baik | Peramah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapakah Blogger??Anda???Kawan anda?? Atau anda sendiri tidak mahu mengaku bahawa anda adalah blogger??
Kadang-kadang ada blogger yang tidak mengaku sebagai blogger.Kononnya malu apabila ramai orang tahu yang mereka ada blogger.Macam angah sendiri,pada awalnya angah agak malu dan takut untuk memberitahu sesiapa bahawa angah ada blog.
Tapi bila lama kelamaan,angah rasa siapa lagi yang nak baca blog angah kalau bukan kawan-kawan angah sendiri.Sejak dah berdomain,angah lagi rancak berblogging,walaupun angah sangat busy dengan study,tetapi angah tetapi takkan tinggalkan blog tanpa satu entry setiap hari. 
 
Blogger Sombong + Suka Kutuk Orang lain??

Pernahkah anda berjumpa dengan jenis blogger yang sebegini??Blogger yang sombong dan suka kutuk orang lain??Setakat angah berblogging,angah belum pernah lagi jumpa blogger yang sebegini,cuma angah pernah jumpa blogger yang mungkin tiada masa untuk membalas komen kita.
Bagi angah perkara sebegitu adalah normal.Sebab tak semua orang mempunyai waktu yang secukupnya.Macam angah sendiri,angah pun tak cukup masa untuk balas semua komen,angah hanya balas ikut yang angah mampu sahaja. 
Blogger yang sombong,sudah semestinya tidak akan disukai orang.Mungkin apabila blogger itu betul-betul sudah berjaya.Walau bagaimanapun,selagi hebat seseorang itu,bermakna selagi merendah diri orang itu. 
 
 Blogger Yang Baik Hati

Blogger yang baik dan rajin??Setakat angah berblogging,angah pernah jumpa ramai blogger yang baik dan rajin membantu blogger yang lain.Contohnya apabila angah dalam kesusahan aau bila angah ada masalah dalam blog,angah akan minta bantuan blogger lain,dan ternyata blogger itu sangat baik dan peramah.
Ada juga blogger yang akan menegur apabila kita salah dalam menghasilkan entry atau apa-apa berkaitan blog.Bagi angah itulah yang terbaik.Masing-masing menerima teguran dan nasihat orang lain. 

Sekian.

*Jadilah blogger yang bijak dan bukannya blogger yang senang dipijak!! :D

Read more ...