13 Februari 2014

Misteri : Diserang sesuatu yang PANAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi time angah pergi fakulti,rasa oke je.Dengan perasaan gembira tapi sedih sikit sebab lambat masuk kelas.Semuanya berpunca bas tiada.Memang panas hati + takut lecturer kunci pintu.
Bila angah datang kelas,lecturer terus cakap,"Hari ini kita nak buat test!"Nasib baik angah sempat ke kelas.Kemudian teruskan dengan exam.Bila datang waktu petang,angah start rasa sejuk.Angah pakai sweater dalam bilik orchestra pun still sejuk lagi.
Kawan angah check badan angah terlampau PANAS!!Suhu yang panas!
Lepas habis je kelas tu,angah terus balik bilik,sedangkan ada kelas lagi lepas tu,kelas orchestra.Angah dah tak tahan,rasa sakit sangat badan ni.Sampai bilik,angah terus tidur dan berselimut.Nasib baik housemate angah semuanya baik-baik.
Siap bagi ubat + letak kain yag basah lagi dekat dahi angah.Alhamdulillah,sekarang dah berkurang sikit,cuma angah still rasa seram sejuk je.Memang plan untuk study dengan roomate tak berhasil...
Sekian. 
Read more ...

"Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Assalamualaikum pak cik ,menu hari nie roti canai.Pakcik ambik lah. Ade bnyak lebih.pak cik ambik lebih sikit tuk bagi kat anak dan isteri pak cik."
"Takpa nak pakcik takda isteri dan anak lagi dah"
"Kalau camtu ape kata pak cik ambik lebih sikit simpan tuk makan malam dan pagi esok."
"Takpalah nak, pak cik tak mahu membazir ramai lagi kawan pak cik yang tak makan dan ambik lagi makanan ni. Nanti  tak merasa diorang."

Terdiam sekejap.

Siapa tahu manusia yang takde tempat tinggal,keluarga,harta dan kelayakan lebih tahu erti kehidupan.Pakcik nie lusuh sangat.nampak hitam dah baju dia.yelah setiap malam tidur tepi jalanan dan mencari rezeki dengan tulang empat kerat dia. Tapi dia tahu ape tu erti syukur,kehidupan dan keserdehanaan.Walaupun begitu sunnah rasullulah dia tetap jaga.Simpan jambang,pakai ikut sunnah dan cara kehidupan.Dia tak miliki kemewahan tapi dia miliki redha dan kebahagiaan dari Allah. In Sha Allah.Kadang-kadang Allah sahaja tak bagi orang macam nie kehidupan yang mewah walaupun orng macam nie dah bnyak bersyukur sebab Allah nak bagi hadiah tu dekat akhir jalan.



Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.(QS. 14:7)


Pencipta post nie bukan Admin tapi kawan berjemaah Admin.

                                          A.H

Nota Angah : Situasi di atas adalah ketika kawan berjemaah angah sedang memberikan makanan kepada golongan gelandangan di bandar Kuala Lumpur.

Read more ...

Misteri : Ular Sawa Melilit Sebuah Bas


Assalamaulaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya time angah sedang menyiapkan entry ini,angah tersangatlah stress,stress dengan kerja dan assignment yang banyak.Bukan setakat itu sahaja,dengan minggu depan ada exam yang banyak.Hampir kesemua subjek nak adakan exam pada minggu hadapan.Practice PERWIRA + final piece lagi.Memang angah rasa macam angah tak mampu,tapi sebenarnya angah mampu.
Jadi,untuk kurangkan tahap kestressan angah,angah rasa ada baiknya angah tengok gambar-gambar yang menarik.Jom bersama dengan angah untuk usha gambar2 cantik. 

Ular Melilit Sebuah Bas

Kelihatan menarik dan terbaik.Nampak seperti betul,tetapi kebenarannya ia hanyalah sebuah ilusi mata.Itu hanyalah sekadar lukisan di sebuah bas.Mungkinkah ianya memang ular sebenar?? 

Bermandi Manda di Kawasan Awam

Bayangkan apabila anda sedang bermain di sungai bersama orang tercinta,tetiba ada seekor buaya yang sedang mengendap.
Walaupun ia hanyalah sekadar gambar dan ilusi,tetapi tetap menakutkan. 

 





Kewujudan Gua Bawah Tanah

Sememangnya sangat cantik lukisan yang telah mereka hasilkan.Sangat cantik dan betul-betul buat angah tertarik untuk promosikan gambar ini di blog angah.Apa pendapat anda dengan gambar ini??Menarik kan??? 


Penampakan Wajah Dua Binatang
Dalam gambar sebelah kiri,kelihatan seekor singa yang ganas tetapi wajahnya agak sedih sedikit,manakala gambar sebelah kanan menunjukan gambar seekor arnab barangkali??





Kesimpulannya :-

Memang sekarang ni kehidupan angah sangat penat.Tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada kita.Apa yang selalu angah ingat adalah kalau kita rasa kita dah susah,ada lagi orang yang lebih susah daripada kita,kalau kita ingat kita dah senang,ada banyak lagi orang yang lagi senang dari kita. 



Read more ...