22 Februari 2014

Belum apa-apa lagi sudah pandai berlagak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dalam sesuatu bidang yang kita ceburi,nasihat angah,tak perlulah nak rasa sombong atau berlagak sekiranya kita mempunyai sesuatu ilmu yang lebih daripada orang lain.Tak perlu nak mendabik diri dan menganggap diri itu adalah benar-benar sempurna.
Kadang-kadang macam angah sendiri,di fakulti,ramai yang sangat pandai bermain alat muzik,sampaikan ada yang sudah menjadi artis,tetapi mereka masih merendah diri dan tidak meninggi diri.Ada jugak sesetengah tu,yang baru bermain alat muzik,tetapi perangainya yang berlagak,sudah mampu membuatkan orang lain rasa meluat dengannya.



Angah bukan nak salahkan sesiapa tapi sebagai seorang manusia yang sememangnya diberikan akal dan fikiran,cuba fikir,tak ke mana pun kalau berlagak tu.Rasanya lagi menambah bilangan orang yang membenci diri kita,ye lah.
Sama juga seperti dalam berblogging,ramai blogger yang famous dan pandai serta sudah berjaya.Tapi janganlah sampai berlagak dan tidak menjenguk blogger seperti angah ini.Angah masih perlukan blogger-blogger hebat untuk berjaya.
Akhir kata,berpijaklah di bumi yang nyata.Kadang-kadang tanah sendiri pun tak mampu nak terima kita,inikan pula langit yang dijunjung. 
 
 
 
Read more ...