26 Februari 2014

Kesabaran Terhakis Bila Dipanggil Anjing Kurap, Libatkan Ibubapa – Sharnaaz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


“Apabila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa, kesabaran saya pun ada batasnya.“Mereka (Fauzi dan Lisda) sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dengan baik,” kata Sharnaaz yang dipetik daripada laporan Harian Metro pada Rabu berhubung kontroversi yang melibatkan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati.
Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mengambil pendekatan berdiam diri sebelum ini turut mengeluarkan amaran kepada Fauzi dan Lisda untuk memohon maaf dalam masa seminggu.
“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf kepada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.
“Nak saya minta maaf kepada Lisdawati kerana meninggikan suara? Saya boleh buat sekarang. Tapi boleh tak mereka minta maaf kepada ibu bapa saya seperti saya tuntut? Jika tidak saya saman,” katanya tegas.
Sharnaaz turut memberitahu, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.
“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman saya semaksimum mungkin,” katanya.
Menurut Sharnaaz dia juga tidak akan tunduk kepada Fauzi dan Lisdawati kerana kebenaran berpihak kepadanya dan pasangan itu memutarbelitkan situasi sebenar.
“Saya terlepas meninggikan suara kepada disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburuk-burukkan saya di lokasi tanpa sebab dan benda itu sampai ke telinga saya.
“Apabila insiden itu berlaku Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tetapi tidak pula dia tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut mengesahkan sudah membuat laporan polis du Balai Polis Jinjang pada Isnin lepas.
Konflik di antara Sharnaaz dengan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati berpanjangan selepas pasangan tersebut membuat laporan polis dan mendakwa menerima message berbaur ugutan dipercayai dihantar  Sharnaaz menerusi aplikasi iPhone Message pada 21 dan 22 Februari lalu.
Sharnaaz juga dilaporkan telah meninggikan suara terhadap Lisdawati di lokasi penggambaran.

 

Read more ...