4 Mac 2014

Tunjukkan Jalan Yang Benar : Dilema


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini angah nak luahkan apa yang terbuku dalam hati angah ini. Kiranya macam luahan perasaan.
Pertama :-
Kadang-kadang angah rasa macam jalan yang angah pilih sekarang adalah jalan yang salah.Ye,angah yang pilih untuk ambil bidang muzik.Tapi kalau dulu angah rasa bidang muzik adalah bidang yang senang,tapi sebenarnya bidang ini sangat susah.
Banyak cabaran,bukan sahaja dari segi ilmu atau dari pembelajarannya,tapi juga dari kehidupan sosial.Macam angah sendiri,kehidupan sosial angah agak kurang sekarang ini,kerana apa? Angah masuk fakulti pukul 8.15 pagi,lepas tu practice dengan kelas semua,balik pukul 11.00 malam.Masa bila angah nak bersosial??
Bagi angah sosial itu perlu,tapi jangan terlampau.Macam dekat fakulti angah sendiri,ada ramai orang yang terlebih sosial.Kalau angah nak ceritakan kat sini,nanti aib pulak.So better angah pendamkan yang itu.
Kedua :-

Kadang-kadang angah rasa penat untuk berblogging.Penat sangat.Tapi bila angah fikir balik,angah sudah pun membuat pelaburan dalam blog,dengan membeli domain,angah rasa macam sayang pula nak berblogging.Mungkin sekarang ni mood dah berkurang.Angah nak join contest pun angah rasa dah tak mampu.
Sayang nak tinggalkan blog ni.Kalau lah ada admin lain yang sanggup untuk update blog ini?? Hehe,tak perlu kut.Mungkin sekarang ni angah agak busy sampaikan mood utk berblogging tak muncul juga.Walaupun tak banyak entry yang angah buat untuk satu hari,tapi pageview harian tetap maintain.Itu yang angah suka.

Sekian.


 *Perhatian : Sila berikan Pandangan Bernas Anda. :)
Read more ...