13 April 2014

"Nafsu tak tahan,awek seksi."



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak berbicara tentang soal Nafsu. Kebanyakan manusia sememangnya mempunyai nafsu. Sama ada mereka mampu mengawalnya atau pun terpaksa mengikut kata-kata nafsu itu sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa hal-hal nafsu seringkali berkait rapat dengan syaitan. Jadi barang siapa yang tidak mampu mengawal nafsu bermakna mereka sudah dikawal syaitan?

"Aku tak tahan la tengok perempuan tu,dah la seksi,aku tak tahan beb!!" 

Dalam kes ini,siapakah yang bersalah? Adakah ibu bapa si polan itu sendiri? Berdasarkan pemerhatian angah,daripada kisah sebenar,angah dapat simpulkan bahawa yang bersalah adalah individu itu sendiri.Kerana lemahnya iman,kerana kurangnya didikan agama dan kerana hilang pemikiran terhadap perkara yang benar dan juga perkara yang salah.
Selepas itu,baru kita boleh salahkan ibu bapa kerana tidak memberikan didikan yang secukupnya. Dari kisah benar,seorang rakan angah,apa yang angah dapat tengok adalah masalah antara kedua ibu bapanya menyebabkan keseluruhan keluarganya hancur.
Dari itulah punca keluarganya porak peranda,adik beradiknya hidup dalam keadaan terlampau sosial. Hidup bergelumang dalam maksiat yang nyata. Segala kejahatan dianggap sesuatuyang baik. Inilah akibatnya apabila hidup tiada iman. Iman terhadap sesuatu yang benar-benar mampu membawa kita ke arah yang lebih baik.
Selain itu,apa yang angah dapat katakan adalah diri sendiri itu adalah penting. Kalau diri sendiri tidak mampu nak dijaga,macam mana pula dengan orang lain? Selalu angah tengok orang yang berbuat jahat ini pada asalnya adalah seorangyang baik.Tetapi disebabkan beberapa faktor,maka mereka terdorong untuk melakukan sesuatu kejahatan.
Apa- apapun sebagai seorang yang mampu berfikir dan mampu membaca artikel ini lagi,kita seharusnya elakkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat,selain terus mengukuhkan keimanan.
Sekian. 

Read more ...

Festival Wind Orchestra SBP 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk entry kali ini pula angah nak ceritakan tentang Festival Wind Orchestra SBP tahun 2014 yang bertempat di Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Pertandingan yang mengumpulkan jumlah pelajar SBP teramai telah diadakan untuk kali yang ke 16. Sebanyak 26 pasukan telah menyertai festival kali ini.

Sekolah angah iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin turut menyertai festival ini.Buat kali pertama setelah beberapa tahun berada di divisyen 2,sekolah angah a.k.a Tun Syed Band akhirnya pada tahun ini berada di divisyen pertama dan berentap dengan sekolah-sekolah hebat yang lain seperti SAS,SMACH,TKC,SSP dan lain-lain.
Tun Syed Band pada tahun ini memilih lagu :-
Pro Acclamation : Lagu Inggeris

Permaidani  : Lagu Melayu

Pasukan TSB pada tahun ini agak kecil dari segi kuantiti. Seingat angah Tun Syed Band pernah jadi pasukan teramai ada tahun 2011 apabila membawa seramai 80 orang pelajar.Manakala tahun ini pula hanya sekitar 50 orang sahaja.
Apa yang angah boleh katakan adalah pada tahun ini,ada beberapa masalah dari segi "tuning" dan juga harmony. Bukannya boleh salahkan pelajar itu sahaja,tetapi juga dengan usia alat-alat muzik yang sudah berusia puluhan tahun.
Apa-apapun angah rasa satu saingan yang cukup hebat apabila TSB mampu lagi berada sebaris dengan sekolah-sekolah lain meskipun mempunyai beberapa masalah besar.Angah tabik dengan diorang yang sentiasa berusaha untuk majukan TSB walaupun mempunyai kekangan daripada beberapa pihak.


Pada tahun ini,pihak penganjur turut membuat suatu rancangan yang besar iaitu ingin membuat rekod Malaysia iaitu Flashmob Wind Orkestra terbesar di Malaysia. Pada ketika flashmob itu,mereka semua memainkan lagu Joget Kenangan.
Seterusnya pada sebelah malam pula,ada sebuah konsert mini yang hanya dipersembahkan oleh sekolah-sekolah daripada divisyen pertama sahaja. Sekolah angah turut membuat persembahan pada malam itu. Yang paling best,pada malam itu,angah turut membuat persembahan sekali,bersama junior-junior angah yang lain. Tak sangka boleh juga angah menyelit di tengah-tengah orang ramai itu.

Keesokkan harinya adalah bengkel bersama para tutor Perwira FM. Pada sebelah malam pula adalah malam keputusan.Sangat mendebarkan apabila masing-masing menunggu keputusan diumumkan. Ada yang menangis,ada yang gembira.


Berikut adalah keputusan pada malam itu :-
 Divisyen 1

Emas :
Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh,Perak (finale)
Sekolah Dato Abdul Razak,N.Sembilan (finale)
Sekolah Menengah Sains Machang,Kelantan (finale)
Sekolah Alam Shah,Putrajaya (finale)
Kolej Tunku Kurshiah,N.Sembilan(finale)
Sekoalh Seri Puteri,Cyberjaya

Perak :
Sekolah Menengah Sains Dungun,Terengganu
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud,Terengganu
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah,Perak
Sekolah Menengah Sains Selangor,Selangor

Gangsa :
SMJK Perempuan St George,Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains Kuching,Sarawak
Kolej Melayu Kuala Kangsar,Perak

Divisyen 2

Gangsa :

Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah ,Kuantan (johan)
SMJK Ave Maria Convent
Sekolah Menengah Sains Muzzafar Shah
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Sekolah Tuanku Jaafar
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan.
Sekolah Tuanku Fatimah
Penang Free School


Keputusan yang agak memeranjatkan apabila Sekolah Seri Puteri buat pertama kalinya tidak melayakkan diri ke finale wind Orchestra.Begitu juga kejutan di divisyen 2 apabila tiada satu pun sekolah yang berjaya mendapatkan pingat emas mahupun perak. Kesemua sekolah di divisyen 2 hanya mendapat pingat gangsa.
Apa -apa pun TSB berjaya memperoleh pingat Gangsa divisyen 1. Sebagai tahun pertama di divisyen 1,TSB mampu untuk terus berusaha dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain di divisyen 1.
Kesimpulannya :

Angah percaya Festival Wind Orchestra ini telah membuktikan bahawa bukan bidang akademik sahaja yang difokuskan oleh pihak kementerian. Banyak cabang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia juga merupakan satu platform yang bagus untuk para pelajar mencungkil bakat dalam bidang muzik.
Untuk Tun Syed Band,angah percaya dengan sokongan yang mantap daripada para alumni akan membuatkan pasukan TSB sentiasa maju dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak.
Sekian. 





Read more ...