14 April 2014

Segmen : Blogwalking by DayangDeno



Cara penyertaan :
1- Like fanpage -->> 
2- Follow blog -->>  www.dayangdeno.com
3- Tajuk entri bebas. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4. Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen 
5- Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge  :)

>> Doodle ART <<

**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014


Dah lama rasanya angah tak join segmen.Tetiba rasa nak join plak,jom2 ramai-ramai kita supprt Deno! Klik banner di atas ye!
Read more ...

Flower Boy Next Door



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berkenaan tajuk entry ini,ia merupakan sebuah drama terbitan Korea.Sebenarnya kawan angah yang bagi drama ni kat angah. Sebab apa? Sebab angah kononnya boleh lah habiskan cuti sem dengan tonton drama.

Drama ni sebenarnya diterbitkan pada tahun 2013,tahun lepas la tu.Tapi angah baru tengok tahun ni.
Drama yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang duduk terperap dirumah. Kerana takutkan khalayak ramai setelah sesuatu perkara telah terjadi ketika dia bersekolah menengah dahulu.
Kisah percintaan antara beberapa orang yang sangat romantik dan juga begitu rumit.Apa yang penting dalam cerita ni,pengakhirannya adalah happy ending.Bagi angah drama ni mengajar angah untuk berani hadapi cabaran dan dugaan tanpa perlu takut akan sesuatu.
Angah juga belajar bahawa dalam bercinta,yang penting adalah perasaan dan bukannya perwatakan. Selain itu,angah juga terfikir adakah manusia hanya mementingkan rupa setiap kali ingin memilih pasangan?? 
Sekian. 

Read more ...

Final Exam Semester 2 Akhirnya Berakhir




Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Alhamdulillah,sudah berakhir Final Exam semester kedua bagi pengajian angah di UiTM Shah Alam. Sebenarnya dah habis lebih 4 hari lagi. Hehe,cuma terlambat nak update. Apa yang angah rasa adalah sangat lega apabila segalanya dah selesai.





Subjek yang angah ambil untuk semester ini :-
Theory Of Music 2
Aural Skills 2
Traditional Music 2 
BEL 260
CTU 151
History Of Music 2
Music Management
Principal Instrument
Forum
HPD
Orchestra

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Kadang-kala ada juga ketika mananya angah agak tertekan apabila semester ini lebih mencabar. Kadang-kadang angah tidak dapat tumpukan perhatian disebabkan adanya hal-hal remeh. Selain itu,angah juga menerima cabaran yang hebat apabila semester ini,angah terpaksa menggunakan masa atau membahagikan masa juga untuk latihan PERWIRA,kelas Tutor Theory,dan juga ulangkaji.

Untuk pengetahuan semua,angah dipilih untuk menjadi Tutor dalam subjek Theory of music. Pada mulanya angah tak sangka yang angah akan dipilih. Tapi alhamdulillah,lecturer memilih angah untuk menjadi tutor.
Apa yang angah harap adalah supaya semester ini angah akan mendapat anugerah Dekan sekali lagi,sekaligus dapat mencapai impian angah untuk mendapat ANUGERAH NAIB CANSELOR
Sekian. 
Read more ...

Pelacur Murahan Berleluasa




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni angah nak kongsi satu pengalaman yang ngeri. Ya,sangat ngeri bagi angah sepanjang angah hidup dalam dunia ini.
Pada suatu malam,angah dan rakan-rakan sebilik angah bercadang untuk pusing-pusing di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kononnya pada malam itu kami semua tak mau tidur,dan terus overnight di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya adalah apabila kami ke tempat-tempat berhantu di kawasan Kuala Lumpur. Tempat pertama adalah di Bukit Tungku. Kononnya nak buat macam Seekers,apabila setiap orang dari kami akan diletakkan di kawasan berbeza. Begitu juga ketika di Gerbang Belakang Zoo Negara, dan juga rumah Doktor Frenzy. 
Bagi angah suasana seram ini tidaklah seseram mana apabila selepas sahaja kami ke rumah Doktor Frenzy,kami meneruskan perjalanan ke tempat pelacur selalu bertenggek di Kuala Lumpur.




Kami ke suatu tempat di Pudu,jalan pasar Pudu kalau tak silap. Terdapat banyak pelacur yang angah tengok kebanyakannya adalah berbangsa cina. Mungkin dari Vietnam. Astagfirullahhalazim. Apa yang dapat angah katakan adalah betapa murahnya manusia apabila sanggup menjual diri.
Yang paling angah tak sangka adalah apabila ramai orang melayu yang ke tempat sebegitu. Selepas itu,kami terus ke tempat lain. Pelacur-pelacur di situ ditemani oleh bapa ayam mereka,selain mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta yang lalu lalang. Nasib baik kereta yang angah naik tu,cerminnya ditutup,kalau tak,habislah angah. 
Pelacur yang berleluasa di  Kuala Lumpur adalah salah siapa? Apa yang angah nampak,ada je polis di kawasan  itu,tetapi seolah-olah mata mereka tertutup untuk melihat kawasan itu. Dan yang paling menghairankan adalah mereka seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara.
Salah siapakah ini??

Nota : Angah ke kawasan itu bukanlah untuk melanggan pelacur itu,tetapi angah ingin tahu,kerana selagi kita tak tahu,kita tak kan belajar,apa yang angah belajar adalah tempat itu sangat menakutkan.Rasa seperti sudah berdosa walaupun baru sahaja masuk ke kawasan itu. 



Read more ...