17 April 2014

Dunia Kucing : Comel



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dekat rumah angah,ada banyak sangat kucing.Jangan terkejut kalau angah katakan bahawa ada lebih dari 20 ekor kucing dekat rumah angah. Sebenarnya semua kucing ni bukannya angah bela.Cuma mereka hanya tinggal di rumah angah. Bila datang waktu malam,kucing-kucing ini ditinggalkan diluar.
Seronok bila tengok kucing-kucing ni gembira. Orang kata kalau kita buat baik dekat binatang,dia akan doakan untuk kita,betul tak?? Apa-apapun angah sayang kucing-kucing ni. Kenapa angah kata angah tak bela kucing-kucing ini? Sebab angah tak pernah mandikan diorang.Selain diorang akan tidur di luar pada wakktu malam.Cuma di waktu siang kucing-kucing ni akan tidur dalam rumah,sebab kat luar panas sangat. Bila datang waktu petang,diorang akan duduk kat pondok depan rumah angah,sambil bermain.


Kalau diikutkan sejak angah pindah ke Kulim pada tahun 2006,lebih 50 ekor kucing dah kami satu keluarga jaga. Ada yang mati kena langgar,ada yang kena penyakit.Dan yang paling sedih,ada orang curi,at last dapat tahu kucing tu dah dibuat makanan orang Myanmar.
Apa-apapun lebih baik angah layan dan belai kucing-kucing ini daripada membelai dan melayan seorang perempuan yang bukan mahram.Itu lagilah HARAM.
Sekian. 


Read more ...

Boleh Ubah...



Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Tak semestinya seseorang yang mempunyai kisah lampau atau perbuatan buruk di masa lalu tidak boleh berubah."
Jangan menilai seseorang melalui apa yang sedang dilakukannya. Kadang-kadang anagh tengok ramai orang yang melihat kepada kisah lampau seseorang.Contohnya seorang makcik tua ini,bekas pelacur,tetapi sekarang sudah bertaubat dan semakin mendalami ilmu agama.Tapi masyarakat sekeliling memandang makcik itu sebagai seorang yang sangat keji.
Mengapakah mentaliti masyarakat menjadi sebegitu rupa? Tidak bolehkah kita turut membantu mak cik itu untuk berubah?? Ada orang yang dahulunya rajin ke masjib, alim dan akhirnya apabila pengaruh rakan sebaya , akhirnya dia juga tergolong dalam orang yang sesat.
Sebab tu angah pernah dengar seorang tokoh ni bercakap. Jangan nilai seseorang melalui kisah lampaunya. Tetapi nilailah seseorang itu melalui pekerjaannya sekarang. Tapi bagi angah buat apa nak menilai orang,kalau diri sendiri pun tak tau nilainya macam mana. 
 AURAT

Apa yang angah tengok adalah trend masa kini. Apabila ramai remaja perempuan yang berebut-rebut memakai tudung. Alhamdulillah ,itu suatu perkara yang baik. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah itu adalah kerana mereka mengikut trend. Ada jugak yang kononnya dipaksa oleh ibubapa.
Tapai tak boleh lawan lagi dengan pakai tudung litup,tetapi bahagian bawah ketat. Apa nak jadi? Mungkin tujuan utamanya nak tutup aurat, tetapi itu adalah balut aurat dan bukannya tutup aurat.
Jadi, di sini angah rasa perlunya mendalami ilmu-ilmu agama berkaitan aurat dan juga berkaitan dosa pahala. Kerana apa yang angah huraikan disini adalah salah satu pendapat angah sahaja. Mungkin ada yang benar,dan mungkin ada juga yang salah.
Sekian. 


Read more ...

Rojak Buah : Sakit Perut atau Berkhasiat?




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seronok rasanya bila ketika petang,dapat makan ROJAK BUAH bersama keluarga. Apa yang angh nak sampaikan adalah makan bersama family di waktu petang. Kalau berkelah macam tu,mesti best. 
Tapi sekarang macam susah nak kumpul satu keluarga.Sebab akak angah ada dekat Kuala Lumpur,adik angah seorang tinggal di asrama. Jadi tinggallah kami berempat. Bila kakak angah balik Kulim,angah pulak ada kat Shah Alam. Nampaknya hanya hari raya sahajalah masanya untuk kami semua berkumpul bersama. 






Apa yang angah suka tentang Rojak adalah kuahnya. Kalau kuahnya tak sedap,maka rojaknya tak sedap. Selalunya buah yang angah suka adalah buah jambu. Ubi sengkuang dengan nenas.Yang angah kurang suka adalah timun. Hehe.
Mak cik yang jual rojak berdekatan rumah angah selalu letak timun banyak-banyak dalam rojak yang dia jual. Kadang-kadang dia potong timun dalam saiz besar,buah-buahan lain pulak potong kecil-kecil.Mungkin buah-buahan dia tak cukup kut.*Bersangka Baik 




Anda suka rojak? Angah suka,tapi tak boleh makan selalu,sebab nanti sakit perut.Jadi kena banyakkan makan makanan berkhasiat :D


Read more ...