22 April 2014

Menara Kuala Lumpur #VMY2014









Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.


Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.


Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia, NTV7 milik Media Prima Berhad dan TV Alhijrah milik Al Hijrah Media Corporation siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.
Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.


Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.
Menara Kuala Lumpur memperlihatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di Kampung Budayanya yang dipanggil Kampung Budaya 1Malaysia. Antara aktiviti di sini ialah permainan tradisional, persembahan tarian tradisional, gamelan, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu asli setiap hari

Sumber: wikipedia / youtube/sumber
Read more ...

Jenis - Jenis Kucing


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Birman

Kucing jenis ini kebiasaanya tinggal di kuil,bahkan terdapat satu kepercayaan menganggap jika kucing kuil ini mati maka jasad kucing itu akan ditanam si sebelah kubur pendetanya (Tuannya)
Menurut sebuah catatan sejarah,kucing Birman mulai hidup di seluruh pelosok dunia seperti Ragdoll pada tahun 1919 apabila dibawa oleh dua orang Perancis iaitu Auguste Pavie dan Gordon Russel yang mendapatkan hadiah sepasang kucing Birman kerana membantu pada pendeta kuil.Tetapi sayangnya kucing jantan mati dalam perjalanan manakala kucing betina sedang bunting dan terus membiak di Ragdoll.

Ciri-ciri kucing Birman :-

  1. Berat badan antara 4-6 Kg
  2. Pola warnanya serua dengan warna point dengan lebih pucat pada telinga,muka,kaki dan ekor.
  3. Bulu ekor dan leher yang paling menonjol iaitu tebal dan halus.
  4. Panjang tubuh kucing sederhana tetapi berbentuk tegap.
  5. Tidak seperti kucing Abyssinian yang memiliki telinga panjang,telina kucing ini berukuran sederhana dan melengkung.
  6. Kucing jenis ini sangat suka pada manusia. (Jinak)
Abyssinian 


Kucing jenis ini dikatakan adalah kucing tertua di dunia.Ini adalah berdasarkan wujudnya patung-patung kucing ini di zaman Mesir Purba dulu kala lagi.Tetapi bukan bererti kucing ini berasal dari Mesir.Menurut penyelidikan,kucing ini dikatakan berasal dari Ethiopia,bahkan para ahli genetik juga berpendapat kucing ini berasal dari Asia Tenggara atau Lautan Hindi.
Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1. Tubuhnya berotot
  2. Mata berbentukmenyerupai almond dan telinganya yang besar.
  3. Kaki panjang dan langsing.
  4. Kepala berbentuk segitiga dan sudut-sudut yang agak bulat.
  5. Pola warna bulu yang berbintik-bintik. 
Turkishvan

Kucing ini kebanyakkannya terdapat di USA (United States of America)






Ciri-ciri kucing ini ialah :

  1.  Memiliki badan yang cukup besar.
  2. Memiliki bulu "semi long hair" tetapi bulunya tebal.
  3. Jangka hayat antara umur 3-5 tahun.
  4. Berat maksima yang maksimum ialah 9 Kg.
  5. Memiliki bulu yang cepat kering apabila terkena air. 
Ragdoll

Menurut sebuah catatan,Ragdoll dijumpai pada tahun 1963 lagi apabila seorang Ann Baker yang sering meminjam kucing daripada jiran tetangganya yang bernama Blackie (Mempunyai induk kucing Persia Putih) dan juga saudara tirinya Daddy Warbucks. Ann kemudian mengacukkan kucingnya dan menghasilkan baka baru bernama RAGDILL dan kemudiannya menubuhkan organisasi khusus untuk pencinta Ragdoll.

Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1.  Mempunyai 4 jenis warna iaitu seal,blue,chocolate dan lilac.
  2.  Memiliki tubuh dan berat yang besar.Kucing betina (5-7.5 kg) dan kucing jantan (6-10 kg)
  3. Bahagian dada yang lebar.
  4. Pada waktu kecil,kucing ini lahir hanya bewarna putih,tetapi kemudian barulah warna-warna lain muncul.
  5. Menjadi dewasa pada umur 3 tahun. 
Siamese


Kucing ini berasal daripada Thailand.
Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1. Bentuk tubuh badan yang panjang,langsung dan berotot.
  2. Kepala kecil dan berbentuk segitiga.
  3. Bermata biru.
  4. Telinga yang lebar.
  5. Ada perbezaan warna di hujung-hujung anggota tubuh badan seperti kaki,telinga,mulut,ekor,hidung da sekitar mata. 
Sphinx 


Kucing ini dinamakan Sphinx kerana rupanya seperti patung Sphinx di Mesir tetapi kucing ini bukanlah berasal dari Mesir tetapi dari Kanada.






Ciri-ciri kucing ini ialah :-

  1. Tidak mempunyai bulu walau sehelaipun di badannya.
  2. Kulit berkedut dan telinga menghala ke hadapan.
  3. Berat badan mencecah 4-5 kg bagi kucing dewasa.
  4. Harga yang mahal.

Sumber 

Kat rumah angah ada banyak kucing.Tapi angah tak tau diorang tu spesies yang mana satu,maybe sebab dah banyak kacuk kut?? huhu
Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Biodata Tokoh Tun Dr Mahathir


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Biodata Tokoh Tun Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925.Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18,Lorong Kilang Ais,bersebelahan dengan Jalan Pegawai,Seberang Perak,Alor Setar,Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik.Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School,Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947,selepas tamat pengajian peringkat menengah,Dr Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward 7 College Of Medicine,Singapura. Semasa di Kolej,beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran,aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953,beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari Universiti Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan,Dr Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerahaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi,Jitra dan Perlis. 

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohamad Ali (kini Tun Dr Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward 7 College Of Medicine berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing.Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina ( kini Datin Paduka Marina),Mirzan,Melinda,Mohkzani (kini Datuk Mohkzani),Mukhriz (Kini Datuk Mukhriz),Maizura dan Mazhar. 
Pada tahun1957,setelah tamat kontraknya dengan kerajaan,Dr Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA,di Jalan Tunku Ibrahim,Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik melayu yang pertama di negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan,klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti setempat.

 Keprihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkn oleh Sunday Times di bawah nama pena C.H.E.Det antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr Mahathir hinggalakan ke hari ini. Pada tahun 1945,semasa beliau masih dibangku sekolah,Dr Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman,majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid.Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah  majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di amana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.
 Selain daripada menulis,Dr Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup.Tuntutan profesional dan politik juga tidak menjadi penghalang beliau dalam menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi.Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahao kemahiran beliau. Dalam tahun 1989,berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini,Dr Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worchipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.
Penglibatan Dr Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di universiti. Walau bagaimanapun,beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr Mahathir bergiat semula dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertandung pada pilihanraya tahun 1959,tetapi menolaknya. 
Semasa pilihanraya umum tahun 1964,Dr Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan.Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. 
 Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964,Dr Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen.Bagaimanapun ,beliau hilang kerusi pilihanraya umum berikutknya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968,Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972,Memeber Of The University Court and University Of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974.Dr Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.
Berikutan daripada pilihanraya itu,Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai menteri pelajaran,langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka.Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran,beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi,mengubah kuota kemasukan,dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut,mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Saisn Mara.
Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisiplin dan tegas beliau  berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong Umno (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. 
Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 3 dan Presiden UMNO,Dr Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti. 
Daripada jawatan Menteri Pendidikan,Dr Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliaui juga adalam Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdangan dan pelaburan asing. 
Kemenangan Dr Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliaui mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya,pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn di atas sebab kesihatan,Dr Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke 4 pada usia 55 tahun.
Dr Mahathir digelar " Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri,iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. 
Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara,banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan.Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami,namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan,malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya. 
Pada tahun 1997,majalan Asiaweek telah menamakan Dr Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalan tersebut. 
Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada di dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia ,Thailang dan Filipina. 
Dr Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerikan,satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti Kesannya,Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan didi daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu "mengikat diri" kepada syarat-syarat yang ditetapkan IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah ,Pengurus Besar IMF,Horst Kohler,pernah memuji tindakan yang diambil Dr Mahathir dalam mengawal matawang negara.
Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasakan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia,sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah,kelapa sawit,timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,maka pada awal taun 1980-an Dr Mahathir telah memebuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi.Kepeutusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an,harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk.Halini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.
Kini,kebergantungan ekonomi negara terhapda bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. 
Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar pensyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara,Jabatan Telekom dan sebagainya,telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi,daya pengeluaran serta imej negara.Diantara langkah-langkah lain ialah peningkatan pembangunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia.Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomotif negara,yang menunjukkan kereta-kereta dan motorsikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan untuk menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam.Dr Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam portfolio PNB.
 Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa,pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr Mahathir.Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation Of Malaysia). 

Walaupun projek beliau dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun neagra kita boleh berbangga kerana projek itu begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara,masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.
Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya.Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik. 
Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini,disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yan ditawarkan projek-projek kerajaan,namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini. 
Selain itu,dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.
Kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu,Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan. 

Selain projek kereta nasional,satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC).Projek ini diilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. 
Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi' CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Stadium Nasional Bukit Jalil,Litar Antarabangsa Sepang,tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij,Formula One dan Menara Berkembar Petronas.
Projek -projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia.Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara disegani dunia. 
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri,Dr Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan.Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal,mental dan sosial.Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia.Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja. 
Sumber : Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah(Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg Dr.Siti Hasmah binti Mohd Ali. 

Read more ...