24 April 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta #BKATC



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Drama bersiri adaptasi novel karya E-Man Sufi yang ditayangkan di Astro Mustika HD, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) telah mencatat jumlah penonton sebanyak 780 ribu pada episod akhir drama tersebut yang ditayangkan pada malam Selasa.
Ini menjadikan BKATC sebagai drama bersiri yang paling ramai penonton sejak ia diperkenalkan di saluran Mustika HD berbanding drama bersiri lain sebelum ini.
Menurut Pengarah Urusan Pena Creative, Ziela Jalil sambutan tersebut adalah di luar jangkaannya.
“Saya sendiri tak sangka akan mendapat sambutan yang hangat macam ni…Saya sebenarnya berterima kasih kepada E-Man Sufi kerana membenarkan kami menggunakan hasil karya beliau untuk diadaptasi dalam bentuk drama.“Alhamdulillah, saya juga dikelilingi para pelakon dan krew belakang tabir yang sangat-sangat ‘supportive’,”katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama tersebut, di Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara.
Sementara tonggak utam drama ini Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga berkongsi pendapat sama dan terharu dengan sokongan para penonton BKATC.
“Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong Jebat dan Mastura. Tak sangka ramai yang suka gandingan kami dalam BKATC,” kata mereka.
Pada majlis tayangan episod akhir yang di adakan semalam, seramai 3 ribu penonton telah membanjiri dataran Encorp Strand.
Dalam pada itu #BKATC juga telah menjadi trending di laman sosial Twitter yang menduduki tempat ke empat selepas bekas pengurus pasukan Manchester United, David Moyes.
Malahan rata-rata penonton di laman sosial Twitter dan Facebook juga memuji jalan cerita BKATC dan sukakan gandingan mantap Sharnaaz dan Nelydia.


Komen angah : Angah pun tengok jugak cerita ni.Boleh dikatakan satu family angah tengok cerita ni.Best dan romantik pun ada jgak. Kadang-kadang tengok si Nelydia ni berlakon macam over. Tapi maybe dia ikut kehendak pengarah.*bersangka baik.
Read more ...