29 April 2014

Bidang Muzik : Satu Kesalahan Besar??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebenarnya angah nak cerita la jugak,kenapa angah betul-betul minat dalam bidang muzik ni. Ya,memang kebanyakan orang melarang angah untuk terus melangkah ke dalam bidang yang dikatakan HARAM ini.
Masih ingat lagi tentang entry-entry sebelum ini,ada beberapa pandangan daripada rakan-rakan blogger,yang menyatakan supaya bidang muzik ini sepatutnya angah jadikan sebagai hobi sahaja. Ada juga yang mengatakan bahawa bidang ini,tidak memberi manfaat langsung kepada sesiapa pun.

Macam mana angah boleh minat muzik??

Angah akui,tiada langsung sedara mara mahupun keluarga terdekat yang meneruskan pengajian dalam bidang muzik. Jadi sudah semestinya bukan daripada pengaruh keluarga. Ceritanya bermula ketika angah di tingkatan 1,angah dapat kelas Muzik. Dari situ,angah belajar dan tahu tentang Pancaragam. Selama 5 tahun angah di sekolah menengah,angah sangat aktif dalam pancaragam.
Ketika angah di sekolah rendah,angah langsung tak minat muzik.Angah masuk pertandingan bersajak,lepas tu menang tempat pertama,angah dapat hadiah Recorder. Tapi angah tak main pun alat muzik tu. Bila time kelas muzik,angah dengan kawan angah main-main je kat belakang kelas.
Jadi,jelaslah disini bermulanya minat angah dalam bidang muzik sejak tingkatan 1 lagi.
Kenapa angah boleh minat muzik? Apa yang bestnya??

Sebabnya ialah,angah suka perasaan bila dapat bermain alat muzik.Bila kita dapat memainkan sesuatu lagu dengan jayanya. Sebab apa? Sebab sebelum kita dapat bermain muzik dengan bagus,sudah semestinya kita akan berlatih secukupnya. Angah paling suka bila part berlatih. Kita dapat tengok macam mana prestasi kita,daripada bermain lagu tak sedap,sehingga menjadi sedap di dengar.
Lagi satu,angah dulu adalah ahli orchestra,jadi angah suka bila satu kumpulan ramai dalam 60-70 orang bermain alat muzik berlainan dan dalam waktu yang sama menghasilkan bunyi dan lagu yang sangat merdu.
Sekarang pula,angah masih dalam orchestra,tapi di dalam tahap yang lebih tinggi.Apa yang angah dapat belajar adalah,bila bunyi tu betul-betul dah bersatu dan dalam laras yang betul,sudah semestinya lagu yang dihasilkan akan menjadi betul-betul mendayu.

Kenapa tak pilih bidang lain??
Sebenarnya time selepas SPM,angah ada dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan sains.Tapi setelah berfikir,angah rasa angah nak mencuba dalam bidang muzik. Angah tak rasa bidang muzik adalah sesenang yang orang lain anggap,tapi mungkin dengan kelebihan yang angah ada iaitu seorang student muzik di sekolah menengah,telah menjadikan ianya sebagai satu batu loncatan untuk angah  lebih giat dalam bidang muzik.
Selain itu,angah nak cabar diri angah untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang angah lalui.Bila ada cabaran barulah kita akan tahu bahawa ianya adalah benar-benar sesuai dengan kita atau tidak.
Ada tentangan dari orang lain??


Itu sudah semestinya. Tentangan dan larangan daripada orang yang angah sayang iaitu IBU BAPA angah sendiri ,Cikgu-cikgu sekolah rendah,rakan-rakan serta rakan-rakan blogger. Tapi selepas angah terangkan dekat mak dan ayah angah,akhirnya mereka restui juga. 
Angah berikan contoh senior2 angah yang sambung bidang muzik. Mereka sudah berjaya.Angah nak jadi seperti mereka,dan kalau boleh,angah nak jadi lebih berjaya daripada mereka. In shaa Allah.

Apa yang angah nak tegaskan di sini,bidang Muzik ini bukannya HARAM. Apa yang menjadikan sesuatu itu Haram adalah apabila ia melalaikan dan menyebabkan kita tinggalkan suruhan Allah S.W.T.Sama juga dengan bidang-bidang lain,contohnya bidang perubatan,kalau melalaikan juga,ia menjadi Haram juga. Apa yang angah nak katakan disini,Muzik juga adalah satu cabang ilmu. Tak salah kalau kita nak mencari ilmu.
Apa yang penting adalah Iman. Iman dalam diri kenalah kuat. Selain itu,diri sendiri adalah penting,sebab kerana diri jugalah seseorang akan terpesong dan kerana diri juga seseorang akan berjaya. Selagi kita mampu menjaga diri dan batas-batas pergaulan,in shaa Allah sesuat yang kita buat itu,pasti akan di redhai Allah S.W.T.
Sekian. 
Untuk pengetahun semua,sekarang angah sedang menyambung pengajian di UiTM Shah Alam,Diploma Seni Muzik. Sekarang di semester 2 dan akan masuk ke semester 3 pada bulan 6 nanti. Alhamdulillah,result semester 1 angah cemerlang. :D
Read more ...

Your Wifi Connection



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selalu terjadi tak??

Ianya benar-benar terjadi pada angah.Kadang-kadang bila kita nak guna sangat internet,wifinya sangatlah tak laju. Bila kita tak nak guna,dia jadi laju pulak.
Sekian. 

Read more ...

Jenis-Jenis ZINA!!





Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).




ZINA MATA
Jika mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat aurat orang lain .

ZINA TELINGA
Jika telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan .

ZINA HIDUNG
Jika hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah. contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita .

ZINA MULUT
Jika mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang/berkata-kata perkara yang tidak baik

ZINA TANGAN
Jika tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

ZINA KAKI
Jika digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “
Read more ...

Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Read more ...