3 Mei 2014

Bercinta : Perlukah Ber"COUPLE"??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perlukah berCOUPLE sekiranya antara seorang lelaki da seorang perempuan bercinta? Adakah itu syarat yang telah ditetapkan oleh sekian-sekian?? Sebab apa? Zaman sekarang ni kononnya kalau tak berkaple,tak sah kalau nak bercinta.
Kononnya lagi,sebelum kahwin,kita kenalah keluar dating,berpegang-pegangan tangan,jalan-jalan di taman bunga,bincang pasal anak,dan banyak lagi...
Angah rasa tak perlu kut macam tu. Buang masa + buang duit. Haha,angah malas nak keluar duit untuk orang,tambah-tambah kalau orang tu belum pasti lagi nak jadi isteri kita. Lain la kalau dah bertunang or what ever ke. Tapi bertunang pun macam membazir je,baik terus kahwin kan senang. Lepas tu,nak berpegangan tangan ke apa ke.. buat je la kan?? :D
Sekian. 

Read more ...

Kalau Dah Tengah Lapar..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau dah tengah lapar...
Dapat sejug air bandung+ cincau sungguh menyegarkan. Dapat segarkan diri,tambah-tambah bila minum dekat tepi pantai,atau dekat atas bangunan tinggi.Mesti best,bila ada family ramai-ramai yang sama-sama join,sangat menyelerakan.
Apa yang lagi menyelerakan adalah,bila dapat makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan.Sungguh sedap dan lazat.Ya Allah,bilalah aku boleh dapat semua ini??

Dapat makanan dalam keadaan yang tengah panas lagi makanan tu,dengan udangnya,ayamnya,semuanya dimasak dengan sempurna,siapa yang tak terliur?? Huhu
Sekian. 
Read more ...

Facebook : Kejahatan Tanpa Sebarang Petanda


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Facebook : Rasanya zaman sekarang ni,boleh dikatakan semua golongan umur manusia di dunia ini sedang menggunakan facebook,walaupun sekarang ini,golongan muda lebih suka pada social media yang lain,tetapi tidak bermakna Facebook di lupakan.
"Apa yang menjadi hal di sini adalah benarkah kita sudah menggunakan Facebook dengan secara telus dan sah di sisi agama?"
Ada perkara yang boleh dan ada juga beberapa perkara yang kita tak boleh lakukan di Facebook.
Kadang-kadang ada yang suka Like dan Share berita atau cerita yang dia lihat dan baca di facebook. Apa yang menjadi kisah di sini adalah,tak semestinya cerita itu benar,mungkin ianya fitnah semata. Apa nasihat angah adalah,lebih baik kita siasat dulu kebenarannya,kerana kalau tidak kita akan mendapat akibatnya di akhirat kelak.
Kadang-kadang ada beberapa manusia yang suka upload gambar di Facebook. bukannya tidak boleh,boleh. Cuma yang tak boleh kalau gambar kita itu,lebih kepada maksiat. Kalau gambar kita tu tak tutup aurat,sudah semestinya berjuta-juta orang akan melihatnya. Jadi,saranan angah adalah settingkan gambar atau folder itu kepada Only Me,iaitu hanya anda sahaja yang akan nampak gambar itu. Jadi,anda akan terlepas daripada dosa mendedahkan aurat. Tapi yang lagi elok adalah,tak perlu upload langsung gambar itu.
Kadang-kadang ada yang jenis berkawan di dalam Facebook,secara alam maya.Seperti yang angah cakapkan di atas tadi,bukannya tak boleh,berkawan biarlah ramai.Tapi kadang-kadang sebab berkawan itu,kita akan menjadi seperti yang tidak sepatutnya. Mungkin orang yang kita telah berkawan di Facebook itu sebenarnya mempunyai agenda tertentu? Jadi,saranan angah adalah selidik dulu latar belakang seseorang dahulu sebelum berkawan rapat.
Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh angah kongsikan,tetapi cukuplah setakat ini sahaja. Angah rasa anda mungkin lagi tahu lebih banyak,apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di Facebook ini.
Sekian.

Read more ...